{"id":185,"date":"2009-05-16T16:37:52","date_gmt":"2009-05-16T16:37:52","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=185"},"modified":"2009-10-16T14:19:28","modified_gmt":"2009-10-16T14:19:28","slug":"ghazal-parti-sungai-bakau-ke-orkes-suara-gunung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=185","title":{"rendered":"Ghazal Parti Sungai Bakau ke Orkes Suara Gunung."},"content":{"rendered":"<p>Sebaik saja perwatakan saya dikenali sedikit sebanyak oleh warga sekolah dan penduduk setempat, saya telah dilantik menjadi setiausaha Persatuan Ibubapa (sekitar awal 70an).\u00a0 Ketika itu belum lagi dikenali sebagai Persatuan Ibubapa dan Guru. Guru mentor saya ialah allayarham cik gu Saad bin Dahaman.\u00a0 Salah satu aktiviti persatuan ialah menganjurkan pertunjukan pentas untuk mengutip derma.<\/p>\n<p>Saban tahun aktiviti itu menjadi kemestian. Tiada ada apapun bantahan ketika cadangan untuk mengadakan pertunjukan pentas dibincangkan.\u00a0 Semua AJK mengiyakan saja, tanda kata ; bukan saja merestui tapi sudah siap sedia untuk memberi kerjasama.<\/p>\n<p>Boleh dikatakan kawasan Kampung Panchor itu agak pendalaman ketika itu. Tiada bekalan letrik dan jarang-jarang penduduk kampung memiliki peti televisyen.\u00a0 Pertunjukan pentas merupakan aktiviti kemuncak dalam kategori hiburan di kampung itu.\u00a0 Secara tersiratnya Persatuan Ibubapa lah yang dipertanggungjawab untuk mengendalikanya.<\/p>\n<p>Saya menemani cik gu Saad untuk merayau-rayau mencari &#8216;host&#8217; untuk pertunjukan pada tahun itu. Saya ajukan cadangan agar Ghazal Parti Sungai Bakau di jadikan &#8216;host&#8217; pada tahun itu. Cik gu Saad kurang setuju dengan alasan Pasukan Ghazal itu baru saja mengadakan pertunjukan di sebelah kampungnya.\u00a0 Akhirnya kami bersetuju untuk melamar Kumpulan Orkes Suara Gunung, dari Gunung Semanggul.<\/p>\n<p>Bermulalah langkah kedua saya menimba pengalaman menjadi &#8216;promoter&#8217; pertunjukan pentas.\u00a0 Saya dibimbing dengan sebaiknya oleh &#8216;mentor&#8217; saya(yang sangat saya hormati dan kagumi).<\/p>\n<p>Dari urusan surat menyurat hingga ke permohonan permit dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh. Dari urusan cetakan tiket hingga kepada susunan petugas.\u00a0 Dari mendirikan khemah, hingga ke pada menyusun bangku &#8216;kelas satu&#8217; untuk penonton di hadapan pentas. Dari penjual tiket, hingga kepada petugas kawalan pagar sekolah. Dari penyediaan &#8216;janakuasa letrik&#8217; hingga kepada urusan &#8216;PA System&#8217;.\u00a0 Semuanya dibuat dengan kerjasama yang sangat erat dari penduduk setempat.<\/p>\n<p>Dengan penuh yakin, semuanya saya pelajari demi menimba pengalaman baru.\u00a0 Saya menggunakan sedikit sebanyak pengalaman lama (ketika di kampung) bila mana saya diasuh sebagai Setiausaha Persatuan Belia Tasek oleh beberapa orang guru &#8216;lama&#8217; saya.<\/p>\n<p>Petang itu (menjelang pertunjukan pada malamnya, saya bersama cik gu Saad dengan keretanya (KE 20 &#8211; baru beli), \u00a0&#8216;pusing keliling kampung-kampung sekitar membuat hebahan melalui pembesar suara mengenai pertunjukan pentas itu.\u00a0 Sungguh seronok; kelihatan anak-anak kampung kegirangan mendengar suara saya menjemput <em>&#8216;hadir menderma .. sambil berhibur&#8217;.<\/em>\u00a0 Saya (orang muda teruna) sungguh bangga kerana bukan semua orang berpeluang berbuat demikian ketika itu. (kalau difikirkan sekarang &#8230;rasa nak tergelak pun ada).<\/p>\n<p>Malam tiba, saya semakin sibuk.\u00a0 Penonton mula tiba, tiket laris dijual dan muzik mula berkumandang. Orkes Suara Gunung memang hebat pada masa itu.\u00a0 Gigih pemimpin orkes itu\u00a0dengan tiupan merdu seksopfon nya ala P. Ramlee.\u00a0 Berbudi bahasa pula orangnya.<\/p>\n<p>Beberapa orang guru bersama dengan AJK kuasa, penduduk setempat \u00a0dan para belia juga sibuk.\u00a0 Lampu &#8216;gasoline&#8217; (minyak sendiri) yang di bawa dari rumah mereka, di pasang di merata tempat. terutama di tempat-tempat strategik yang boleh dimasuki oleh &#8216;penceroboh&#8217; ke \u00a0&#8216;kawasan hiburan&#8217;. Kawalan ketat dilakukan.\u00a0 &#8216;Torch light&#8217;\u00a0 (ubat sendiri) juga di bawa dari rumah. Tiada merungut, dan tiada merenget atas sumbangan yang diberi. Cuma sekali sekala merungut kerana terkena balingan ketul batu oleh budak-budak nakal yang tidak berjaya &#8216;menceroboh masuk&#8217;<\/p>\n<p>Malam semakin larut,\u00a0 saya di bilik urusetia menguruskan tiket yang dikeluarkan, wang jualan tiket dan cukai gerai makanan yang diterima.\u00a0 Jualan tempat duduk khas (di hadapan pentas) juga laris.\u00a0 Semuanya di terima dan dikira untuk diagihkan kepada &#8216;host&#8217; diakhir pertunjukan malam itu nanti.\u00a0 Di situ hanya diterangi oleh lampu gasoline sahaja kerana semua bekalan letrik di tumpukan ke kawasan sekitar pentas persembahan.\u00a0<\/p>\n<p>Ramai AJK dan petugas akan sama-sama mengira wang yang diterima.\u00a0 Mereka begitu bersemangat dan gembira di akhir persembahan.\u00a0 Raut wajah mereka begitu bangga kerana berjaya bersama-sama menganjur &#8216;charity&#8217; untuk sekolah.\u00a0 Juga ada suara-suara yang menyatakan kejayaan penganjuran itu adalah kebanggaan kampung.\u00a0 Ada antaranya yang\u00a0 membandingkan dengan kampung-kampung lain pula.<\/p>\n<p>Gotong royong membersih kawasan, ramai yang\u00a0turut serta.\u00a0 Ada sedikit jamuan disediakan.\u00a0 Gelak ketawa, se mesra sebelumnya.\u00a0 Dari mula pembikinan sehingga selesai pertunjukan, hanya sekali sahaja mesyuarat .. untuk membuat keputusan, selepas itu akur dan bekerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.\u00a0 <em>Luhurnya budi mereka<\/em> &#8230;.<\/p>\n<p>Saya akan\u00a0mendokumentasikan kira-kira kewangan dan jualan tiket.\u00a0 Kemudian\u00a0saya akan ke Ipoh untuk mendapatkan semula wang deposit di Pejabat Duti Hiburan setelah dokumentasi diserahkan nanti. Selepas itu saya <em>bersedia<\/em> untuk mengadakan pembentangan dalam mesyuarat yang akan datang.<\/p>\n<p>Juga <em>bersedia<\/em> (<em>selepas beberapa bulan kemudian<\/em>) menjemput Kumpulan <strong>Orkes El Suraya<\/strong> dan Indonesia &#8211; dengan lagu nasyid popular mereka <em>&#8216;selimut putih&#8217;<\/em> &#8211; pak cik Desa (orang tua yang agak miang di kampung itu) pernah berkata kepada saya, selimut putih.. <em>peha pun putih<\/em>). Kami meneruskan kesinambungan tradisi di sekolah \/ kampung itu.\u00a0 &#8220;<strong><em>sekolah itu kampung ku, kampungku itu sekolah ku<\/em><\/strong>&#8221; mungkin itulah prinsip yang tersirat kepada penduduk di situ<\/p>\n<p>..<em>..gurubesarpencen .. teringat ketika mengendalikan persembahan Kumpulan Budaya Guru-Guru Pulau Pinang (hai.. cg Nasrun &amp; cg Baha)\u00a0dan Jamal Abdilah mengadakan persembahan di sekolah itu.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebaik saja perwatakan saya dikenali sedikit sebanyak oleh warga sekolah dan penduduk setempat, saya telah dilantik menjadi setiausaha Persatuan Ibubapa (sekitar awal 70an).\u00a0 Ketika itu belum lagi dikenali sebagai Persatuan Ibubapa dan Guru. Guru mentor saya ialah allayarham cik gu Saad bin Dahaman.\u00a0 Salah satu aktiviti persatuan ialah menganjurkan pertunjukan pentas untuk mengutip derma. Saban [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/185"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=185"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/185\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":531,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/185\/revisions\/531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=185"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=185"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=185"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}