{"id":206,"date":"2009-06-05T19:21:39","date_gmt":"2009-06-05T19:21:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=206"},"modified":"2009-10-17T03:04:57","modified_gmt":"2009-10-17T03:04:57","slug":"tony-air-asia-yang-humblekan-ntfa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=206","title":{"rendered":"Tony Air Asia yang &#8216;humble&#8217;kan NTFA"},"content":{"rendered":"<p>Kami sampai dulu daripada Yang Berhormat Dato Zainal Abidin bin Osman (Dato&#8217; Non) di LCCT, KLIA.\u00a0 Saya dengan Ong, Naib Presiden NTFA menunggu di lobi lapangan terbang itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Oleh sebab kali pertama kami sampai di situ, banyak kali juga kami menghubungi orang-orang kanan Dato Tony Fernandez, CEO, syarikat penerbangan Air Asia untuk mengetahui lokasi perjumpaan kami dengannya.<\/p>\n<p>Kami sambut Dato&#8217; Non sebaik saja dia sampai di pintu masuk lapangan terbang itu.\u00a0 Beliau bersama kami berserta dengan seorang lagi penaja (pengangkutan bas) untuk NTFA, En Hisham mengikut setiausaha khas En Tony ke biliknya pejabatnya di tingkat atas.<\/p>\n<p>Alangkah terkejutnya saya bila saya sampai di sana, \u00a0kerana jalan ke lokasi pejabatnya agak sempit.\u00a0 Bila saya ditunjuk pintu masuk, saya dapati pintunya juga kecil.\u00a0 Pada <strong>anggapan<\/strong> saya, tentulah jalan ke pejabatnya luas dengan pintu pejabatnya bercermin mewah, besar dan mempunyai sistem kawalan yang terkini.<\/p>\n<p>Bila berada di dalamnya pula, hanya lorong yang sempit saja membawa kami ke bilik mesyuaratnya. Diantara lorong-lorong itu kelihatan bergantungan kain rentang promosi Air Asia dengan lunggokan cenderahati di merata tempat. Kelihatan 2 \/ 3 orang kerani di pejabatnya (perempuan) sedang menjalankan tugas di bilik-bilik kecil (yang saya tak pasti berapa bilik yang ada). Mereka menyambut kami dengan &#8216;selamat datang&#8217; dan sentiasa tersenyum.\u00a0 Manis seperti pramugari di atas pesawat.<\/p>\n<p>Kelihatan 2 orang lagi pembantunya mengiringi kami masuk ke bilik mesyuarat Air Asia.\u00a0 Kesemuanya 3 orang.\u00a0 Mereka berpakaian &#8216;casual&#8217;\u00a0 tidak bertali leher, sedangkan kami semuanya bertali leher dan Dato&#8217; Non, berkot (sesuai dengan jawatanya sebagai Timbalan Menteri pada masa itu).\u00a0 Kesemua pembantu Dato&#8217;\u00a0 Tony memakai seluar &#8216;jean&#8217; dan berkemeja biasa, salah seorang daripada mereka bajunya di lepaskan keluar saja&#8230;<\/p>\n<p>Kami semua berhimpit-himpit dengan kerusi untuk duduk di bilik mesyuarat Air Asia itu.\u00a0 Saya menjadi bertambah hairan.\u00a0 Biliknya agak besar sedikit dari bilik tidur saya saja, ada sebuah meja bulat dan beberapa kerusi kayu.\u00a0 Di dinding bilik terlekat bermacam-macam poster termasuk poster pasukan bolasepak Machester United.\u00a0 Ada sebuah LCD Projector di atas meja, 2 keping &#8216;white board&#8217; dan pelekat-pelekat memo di merata-rata tempat di dinding. Di sebelah bilik itu terdapat bilik yang kecil sedikit dari bilik mesyuarat itu; pada agakan saya mungkin bilik itu bilik Dato Tony Fernandez, CEO, syarikat penerbangan Air Asia.<\/p>\n<p>Tidak lama kemudian,\u00a0\u00a0CEO, syarikat penerbangan Air Asia pun sampai.. tepat pada masanya.\u00a0 Seorang yang sangat mesra (friendly).\u00a0 Bertanyakan nama kami dan\u00a0memperkenalkan nama rakan-rakannya.\u00a0 Salah seorang rakannya, yang saya faham adalah seorang yang sangat &#8216;berpengaruh&#8217; menggerakan operasi syarikat mereka. (yang pakai baju lepas keluar itu). Begitu mesra sekali berbual sebelum kami memulakan perbincangan. Bercerita sedikit sebanyak dengan Dato Non mengenai hal-hal politik tanah air.<\/p>\n<p>Tujuan kami difahami olehnya.\u00a0 Beliau menyatakan bahawa beliau telah menaja pasukan bolasepak Manchaster United (tidak diterangkan bentuk penajaannya) dalam jumlah yang cukup besar.\u00a0 Sebelum itu\u00a0beliau juga telah pun diminta untuk menaja pasukan-pasukan lain seperti Selangor dan Johor, sebaliknya beliau telah menolak atas alasan yang sama .. kalau Air Asia menaja pasukan negeri (mana-mana negeri),\u00a0 negeri lain juga akan turut memohon, maka tidak adillah untuk beliau. \u00a0Oleh itu beliau hanya akan memberi sumbangan kepada badan induk Bolasepak Malaysia (FAM) sahaja.<\/p>\n<p>Celahan saya bahawa NTFA (Nibong Tebal Foot ball Association &#8211; Liga Perdana 2006) bukan sebuah pasukan negeri tetapi sebuah pasukan daerah, yang daif.. Beliau nampaknya faham akan situasi NTFA tetapi menyatakan bahawa semua kelab pasukan Liga Malaysia adalah sama seperti NTFA juga, juga beliau akan tidak berlaku adil pada kelab-kelab yang lain. Atas simpati itu beliau telah sudi menaja 2 penerbangan perlawanan NTFA untuk 25 tempat dudk ke tempat lawan di mana-mana distinasi dalam Malaysia.<\/p>\n<p>Pada saya itu adalah satu kejayaan kerana memperolehi 2 penerbangan percuma dari Air Asia.\u00a0 Saya memang tidak mengharapkan apa-apa dari Air Asia semasa En Ong mengajak saya untuk bertemu dengan Tony Fernandez, tetapi saya bangga kerana beliau (Tony) sanggup bersetuju mengaturkan temu janji untuk bertemu dengan kami\u00a0yang sekerdil ini (tidak Dato&#8217; Non) dari sebuah pasukan bolasepak daerah yang terpencil. Kami menggunakan kemudahan penajaan penerbangan itu dengan sebaik-baiknya.\u00a0 Terima kasih Dato Tony. Kami bertolak balik dengan <em>&#8216;Perdana&#8217;<\/em> En Hisham.<\/p>\n<p><strong><em>Moral pertama<\/em><\/strong> yang saya perolehi dari pengkisahan ini ialah, sebesar syarikat Air Asia, sebegitu saja keadaan pejabat dan kakitangan pengurusannya &#8230;. (?)<\/p>\n<p><strong><em>Moral kedua<\/em><\/strong> , betapa tidak mahu menghampakan apabila orang yang datang meminta, ibarat : tiada nasi, air semangkuk dihulurkan jua&#8230; (<em>Karam Singh Walliah &#8211; peribahasa moden<\/em>)<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen &#8230; dapatkah kita mengambil iktibar dari perlakuan Tony itu.<\/em>..<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen &#8230; masih simpan topi airasia yang dihadiahkan oleh Tony&#8230;<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami sampai dulu daripada Yang Berhormat Dato Zainal Abidin bin Osman (Dato&#8217; Non) di LCCT, KLIA.\u00a0 Saya dengan Ong, Naib Presiden NTFA menunggu di lobi lapangan terbang itu sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Oleh sebab kali pertama kami sampai di situ, banyak kali juga kami menghubungi orang-orang kanan Dato Tony Fernandez, CEO, syarikat penerbangan Air Asia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[19],"tags":[12],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/206"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=206"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/206\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":552,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/206\/revisions\/552"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=206"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=206"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=206"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}