{"id":209,"date":"2009-06-08T15:36:32","date_gmt":"2009-06-08T15:36:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=209"},"modified":"2009-10-16T14:14:24","modified_gmt":"2009-10-16T14:14:24","slug":"mengapa-umno-bahagian-nibong-tebal-kalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=209","title":{"rendered":"mengapa UMNO Bahagian Nibong Tebal kalah ?"},"content":{"rendered":"<p>Segan rasanya nak bercakap mengenai politik.\u00a0 Disebabkan saya pernah terlibat secara aktif sebelum ini maka sebagai warganegara , rasa keperihatinan kepada bangsa dan negara (tidak dapat dinafikan) memang ada dan dengan itu saya juga sentiasa terpanggil untuk membicarakannya.<\/p>\n<p>Politik saya politik kampung.\u00a0 Politik saya hanya setakat mana pengalaman dan penglibatan yang dilalui.\u00a0 Politik saya tak ke mana.\u00a0 Politik saya tiada berkepentingan.\u00a0 Asas politik saya hanya melalui pemerhatian.\u00a0 Ianya politik realiti (bukan program realiti tv).\u00a0 Satu (1) kerusi Parlimen dan satu (1) kerusi Dewan Undangan Negeri UMNO Bahagian NIBONG TEBAL kalah di tangan pembangkang pada piliharaya ke 12 yang lalu. (1) kerusi ADUN (Sungai Acheh) milik UMNO Bahagian NIBONG TEBAL menang dengan majoriti yang sangat kecil. \u00a0Pembangkang tidak sehebat mana.\u00a0 Cakap berdegar-degar tetapi tiada atau belum tahu keberkesanannya.\u00a0 Ketiga-tiga kerusi itu kalah kerana perilaku organisasi kepimpinan UMNO di kawasan tersebut.<\/p>\n<p>Telah lama UMNO di kawasan itu &#8216;bertakhta di mata dan berraja di hati&#8217;.\u00a0 Semasa era pemerintahan Tun Mahathir, kekuatan UMNO tiada siapa yang dapat mengganggu-gugatnya.\u00a0 Sebut saja UMNO (atau orang UMNO) semua orang akan &#8216;respect&#8217;\u00a0 kekuasaan mereka tetapi di dalam hati &#8216;rakyat&#8217; (rakyat &#8211; ditakrifkan &#8211; orang bawahan yang tidak terlibat aktif dengan organisasi UMNO) ada yang menyimpan dendam yang kian membara.\u00a0 Sebagai contoh (kekuatan UMNO) yang paling mudah, ada pegawai kerajaan yang boleh diugut oleh orang UMNO untuk ditukarkan sekiranya &#8230;.. (dan banyak lagi contoh-contoh lain yang di ketahui ramai)<\/p>\n<p>Begitulah jasa Tun membina kekuatan UMNO sehingga sebegitu rupa &#8230;.. sehingga seorang rakan saya (pembangkang) pernah menyatakan bahawa, UMNO hanya boleh kalah sekiranya Dr Mahathir mati..<\/p>\n<p>Aktiviti harian setempat keseluruhannya berfokus kepada kekuatan UMNO. Majlis, kursus, projek pembangunan, bantuan kebajikan, mesyuarat, aktiviti keagamaan, masjid, sekolah agama, sekolah arus perdana, aktiviti swasta, sukan, program pejabat kerajaan, kementerian-kementerian semuanya bertunjangkan UMNO. Pendek kata, pemimpin atau wakil rakyat UMNO pada ketika itu sangat sibuk (tambahan) sangat &#8216;glamour&#8217;. Yang lebih sibuk\u00a0dan lebih sangat &#8216;glamour&#8217;nya tentulah seluruh pendokong organisasinya termasuk berpuluh-puluh pegawai khas masing-masing.<\/p>\n<p>Ke sana &#8211; ke sini bergerak mempamerkan kemewahan dengan kereta yang serba &#8216;ada&#8217;.\u00a0 Dengan cerut berjenama, dengan pakaian yang menarik dan sembang-sembang mereka yang\u00a0\u00a0tidak tergapai oleh kita untuk di tumpang, di tempat-tempat yang istimewa, berduyun ke sana, ke luar negara, ke lobi hotel itu dan ini dan sebagainya..\u00a0 Sana projek, sini projek,\u00a0 sana program, sini majlis bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, dari atas hingga ke bawah.\u00a0 Meriah dan mempesonakan.<\/p>\n<p>Rakyat melihat, rakyat mendengar terutamanya orang yang <em>resam<\/em> hidupnya seperti orang melayu (iri hati).\u00a0 Ada yang terasa pemimpin ini sombong, ada yang merasa pemimpin ini bongkak, ada yang merasa pemimpin lebih-lebih dan ada yang mendiamkan diri, tunggu dan lihat saja.\u00a0 Yang lebih malang, pemimpin ini semakin hari semakin lupa tunjang kekuatan mereka dan mereka lebih lupa\u00a0 bahawa dunia sedang berubah terlalu cepat meninggalkan mereka. Dan mereka kadang-kadang lupa bahawa &#8216;Allah&#8217; juga sedang memerhatikan mereka.<\/p>\n<p>Maka yang dikatakan &#8216;tsunami&#8217; politik pun berlaku seperti yang semua ketahui pada piliharaya yang lalu.\u00a0 Kepimpinan utama tidak sempat belajar semua dari yang terdahulu.\u00a0 Kepimpinan utama merasa selesa dan tersilap <strong>&#8216;congak&#8217;<\/strong> kekuatan yang <em>tidak<\/em> dibinanya.<\/p>\n<p>Rakyat yang tadinya <em>hanya memerhati<\/em> telah tidak sanggup lagi melihat perlakuan pemimpin UMNO di kawasan saya.\u00a0 Mereka sudah muak dengan gelagat organisasi kepimpinan UMNO. Mereka menukar arah apabila kepimpinan pembangkang mendominasikan gelagat organisasi UMNO secara lebih jelas sama seperti yang mereka perhatikan selama ini.\u00a0 <em>Sesuai<\/em> .. kata mereka. Kepimpinan organisasi UMNO terkapa-kapa.<\/p>\n<p>Yang jelas pada saya, mereka tidak membenci UMNO. Mereka tidak buta perjuangan UMNO sebelum ini tetapi kepimpinan UMNO telah tersalah &#8216;bawa&#8217; sokongan yang mereka beri sebelum ini.\u00a0 Mereka tidak merajuk tetapi &#8216;sesal&#8217; dengan pemimpin yang telah diberi amanah tetapi tidak menunaikan mengikut cita rasa rakyat.\u00a0 Di gula-gulakan dengan (2) biji bas, (80) orang di dalamnya di bawa melawat ke Putra Jaya, sudah bukan caranya lagi untuk membina kekuatan.<\/p>\n<p>Saya ingin bertanya soalan\u00a0(1) : \u00a0Berapa ramaikah usahawan tempatan yang dibangunkan oleh UMNO di kawasan saya untuk menjamin kesinambungan kekuatan ekonomi melayu di daerah saya selama era kekuasaan organisasi kepimpinan UMNO , siapa ?<\/p>\n<p>Solana (2) :\u00a0 Adakah plan tindakan ekonomi melayu yang digubal oleh UMNO kawasan saya dan sejauh manakah pencapaiannya pelan selama ini ?<\/p>\n<p><em>Harapan menggunung untuk kepimpinan baru menjawab (2) soalan di atas.<\/em><\/p>\n<p>Petang itu tidak hati rasanya hendak pergi ke tempat mengundi.\u00a0 Akhirnya saya redah juga hujan lebat untuk mengundi UMNO kerana sayangkan\u00a0 perjuangan lalu yang sangat mahal harganya.\u00a0 Dalam hati penuh rasa marah .. tapi tetap sayang kerana suatu masa dulu\u00a0 pernah sama-sama\u00a0 bersilat segelanggang tapi perguruan baru banyak langkah yang sumbang&#8230;.<\/p>\n<p><em>..gbpencen&#8230; satu undi ibarat menabur gula di lautan&#8230; bergelombang.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Segan rasanya nak bercakap mengenai politik.\u00a0 Disebabkan saya pernah terlibat secara aktif sebelum ini maka sebagai warganegara , rasa keperihatinan kepada bangsa dan negara (tidak dapat dinafikan) memang ada dan dengan itu saya juga sentiasa terpanggil untuk membicarakannya. Politik saya politik kampung.\u00a0 Politik saya hanya setakat mana pengalaman dan penglibatan yang dilalui.\u00a0 Politik saya tak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[13],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/209"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=209"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/209\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":526,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/209\/revisions\/526"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=209"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=209"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=209"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}