{"id":221,"date":"2009-07-01T14:55:00","date_gmt":"2009-07-01T14:55:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=221"},"modified":"2009-10-16T14:10:46","modified_gmt":"2009-10-16T14:10:46","slug":"megahnya-sekolah-agama-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=221","title":{"rendered":"Megahnya Sekolah Agama Rakyat&#8230;"},"content":{"rendered":"<p>Begitu megahnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengikut kacamata En Azri (bukan nama sebenar).\u00a0 Disebalik itu, &#8216;lecehnya&#8217; Sekolah Kebangsaan (SK) arus Perdana. Semua anaknya bersekolah di (SAR).\u00a0Berbayar dan bermula dari tahun Satu sudah tinggal di asrama. Begitulah kesimpulannya perbualan kami semasa dalam pemanduan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Katanya : ketika minum semuanya duduk (tidak berdiri).\u00a0 Tidak ada kebisingan.\u00a0 Semuanya berpunca dari disiplin tinggi yang diterapkan kepada murid-murid mereka. Pergerakan terurus, tersusun, terkawal dan teratur.<\/p>\n<p>Gurunya pula bersungguh-sungguh dalam pengajaran maupun dalam penerapan disiplin.\u00a0 Selain itu penerapan nilai juga amat dititik beratkan. Gurunya sangat perihatin terhadap permasalahan murid, disamping itu bersedia untuk memberi ruang waktu yang lebih dalam melaksanakan tanggung jawab.<\/p>\n<p>Katanya lagi :\u00a0 Dalam serba kekurangan dan serba kesempitan, murid-murid di asuh dengan nilai keagamaan yang tinggi secara berterusan (sepanjang masa).\u00a0\u00a0Kesempitan prasarana dan keadaan bilik darjah yang tidak kondusif bukan menjadi penghalang kepada guru-guru untuk menabur bakti tetapi ianya menjadi sebahagian dari cabaran untuk terus diharungi.<\/p>\n<p>En Azri amat tersentuh apabila melihat murid-murid mendakap &#8216;quran&#8217; apabila bergerak di dalam kawasan sekolah (ke bilik-bilik darjah).\u00a0 Bagaimana tingginya martabat &#8216;quran&#8217; itu di junjung, begitulah hati budi guru dan muridnya mengharungi cabaran menuntut \u00a0ilmu &#8211; dunia dan akhirat.\u00a0\u00a0<\/p>\n<p>Disebalik kata-katanya itu, secara bersahaja beliau membandingkan (memperlekehkan) apa yang berlaku dalam (SK) arus perdana dengan\u00a0\u00a0(SAR).\u00a0 Gurunya tidak\u00a0bersungguh-sungguh mengajar, lebih jelas &#8216;tidak komited&#8217;.\u00a0 Disiplin murid, \u00a0rendah, \u00a0kerana sekolah (guru) kurang menitik beratkannya.\u00a0 Pengabaian disiplin menguwujudkan berbagai-bagai gejala yang membantutkan proses belajar dan proses &#8216;mendidik&#8217; nilai. \u00a0Pengwujudkan berbagai arahan dan tekanan tidak membantu meningkatkan komintmen guru dalam hal-hal yang sedemikian.<\/p>\n<p>Kesediaan guru (SAR) (warden) meluangkan masa (tanpa rungutan + dengan kerelaan) untuk sentiasa bersama dengan murid menyebabkan murid sentiasa terdidik dan terasuh. Sebaliknya di sekolah kebangsaan &#8211; katanya lagi &#8211; semua aktiviti tambahan; \u00a0&#8216;berbayar&#8217;.\u00a0 Ada antara guru yang menganjurkan lagi kelas tambahan, juga berbayar.\u00a0 Soal En Azri lagi, dimana letaknya ketelusan, keikhlasan, dan dimana laungan perjuangan untuk &#8216;agama (Islam) bangsa dan tanah air (Melayu)<\/p>\n<p>Kesediaan saya mendengar menyebabkan beliau terus membuat huraian mengenai kelecehan di (SK) : Banyak kemudahan prasarana yang diberikan oleh kerajaan tetapi semuanya tidak dimenfaatkan sebaiknya. Pencapaian murid tidak mencerminkan kemudahan yang di berikan. Sistem yang diwujudkan di sekolah begitu canggih dan tersusun tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah.\u00a0 Kemudahan (gaji dan elaun) termasuk berbagai isentif yang banyak yang diberikan kepada guru oleh kerajaan, tidak dapat menarik kesyukuran guru memberikan input yang terbaik seperti yang diharapkan.\u00a0 (SK) terus dipersoalakan.<\/p>\n<p>Begitulah antara intipati luahan perasaannya kepada saya petang itu.\u00a0 Saya gambarkan bahawa En Azri amat menyanjung tinggi keikhlasan budi guru-guru (SAR). Saya juga dapat rasakan bahawa beliau merasakan bahawa kelemahan di (SK) sudah lama berlarutan dan tidak dapat diperbaiki lagi.\u00a0 Juga saya dapat merasakan isi hatinya bahawa guru-guru di sekolah sangat tebal sifat invidualistiknya. Akhirnya dia sangat berpuas hati atas pencapaian kerohanian anak-anaknya yang bersekolah di (SAR).<\/p>\n<p>Saya agak keliru dengan luahan semacam ini.\u00a0 Telah banyak saya dengar orang bercerita mengenainya.\u00a0 Walau bagaimana pun saya ingin mengemukakan pendapat saya secara pro dan kontra mengenainya.<\/p>\n<p>1.\u00a0 Perlukah menghantar anak ke\u00a0(SAR)? sedangkan telah ada kemudahan yang lengkap disediakan di (SK) .\u00a0 Ada dua situasi mengenai pandangan ini. (1)\u00a0\u00a0 ibubapa ingin anak mereka mendapat pendekatan keagamaan yang\u00a0lebih terarah kerana di SK, mata pelajaran agama adalah sebahagian dari kurikulum sahaja. (2) Di kalangan waris melayu, menjadi orang agama adalah tinggi martabatnya di sisi masyarakat (tidak dinafikan) dan beranggapan bahawa <em>&#8216;kepayahan&#8217;<\/em> itu sesuatu yang boleh meningkatkan tahap keagamaan masing-masing.<\/p>\n<p>2.\u00a0 Adakah benar guru dan sekolah di SK kurang komited dengan tugas dan mengabaikan pendekatan keagamaan ?. Ianya berkait rapat dengan kontrak pekerjaan yang mempunyai landasan yang harus diikuti.\u00a0 Namun\u00a0kita juga tidak dapat menerima <em>seratus peratus<\/em> kebocoron\u00a0yang berleluasa di (SK) telah semakin lama semakin meruntun nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai sahsiah nya.<\/p>\n<p>3.\u00a0 Benarkah guru (SAR) lebih ikhlas dalam perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ?.\u00a0 Keikhlasan guru (SAR) lebih dipandang tinggi oleh masyarakat daripada guru sekolah biasa.\u00a0 Sekolah adalah sumber pendapatan untuk menyara kehidupan guru-guru (SAR) yang datangnya dari jumlah murid yang bersekolah di situ; oleh itu, mahu tidak mahu, guru-guru (SAR) mesti menunjukan komitmen yang padu di samping nilai-nilai peribadi &#8216;guru agama&#8217; itu sendiri. Guru SK selesa mengajar dengan pendapatan yang lumayan.\u00a0 Oleh yang demikian ada diantaranya akan\u00a0menggambarkan tingkah laku yang boleh dipersoalkan keikhlasan mereka.<\/p>\n<p>5.\u00a0 Senario politik keagamaan juga dapat mempengaruhi ibubapa bahawa (SAR) adalah alternatif yang terbaik untuk disertai.\u00a0 SK juga menggambarkan manifistasi politik tanah air yang sekian lama telah berkofrantasi antara satu sama lain, tanpa menunjukan jalan penyelesaian.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen I&#8230; Maukah kita cari titik persamaan survival melayu dan survival Islam agar kedua-duanya terselamat.<\/em><\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen II&#8230; <strong>nampak seperti \u00a0sudah tidak selamat<\/strong><\/em> tetapi <em>akhirnya seorang anak en Azri ke Politeknik kerajaan dan seorang lagi ke\u00a0 UiTM.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Begitu megahnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengikut kacamata En Azri (bukan nama sebenar).\u00a0 Disebalik itu, &#8216;lecehnya&#8217; Sekolah Kebangsaan (SK) arus Perdana. Semua anaknya bersekolah di (SAR).\u00a0Berbayar dan bermula dari tahun Satu sudah tinggal di asrama. Begitulah kesimpulannya perbualan kami semasa dalam pemanduan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Katanya : ketika minum semuanya duduk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[7],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/221"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=221"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/221\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":520,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/221\/revisions\/520"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}