{"id":231,"date":"2009-06-25T15:32:09","date_gmt":"2009-06-25T15:32:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=231"},"modified":"2009-10-16T14:11:25","modified_gmt":"2009-10-16T14:11:25","slug":"setahun-di-sebuah-kilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=231","title":{"rendered":"Setahun di sebuah kilang.."},"content":{"rendered":"<p>Sudah lebih setahun saya bekerja sambilan di kilang ini iaitu selepas 4 bulan saya bersara.\u00a0 Gajinya tidak banyak, \u00a0tapi cukup sekadar saya mempunyai\u00a0tempat untuk saya menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja \u00a0mengumpul maklumat <em>pengeluaran<\/em> dan sedikit sebanyak menguruskan kebajikan pekerja dan\u00a0gaji pekerja kontrak. Masuk jam 10pagi dan balik selepas solat Zuhur. Saya seronok kerana masih ada kawan di sini.<\/p>\n<p>Dengan\u00a0 gaji antara RM15.00 hingga kurang dari RM20.00 sehari, banyak ceritaragam pekerja yang saya ditemui. Ada seramai 100 orang pekerja am\u00a0 di situ dengan 85%\u00a0 daripadanya adalah pekerja warga asing. Bakinya pekerja tempatan (melayu) yang gaji mereka juga sama (atau lebih sedikit) dengan pekerja warga asing.<\/p>\n<p>Agihan pekerja tempatan melayu \u00a0: 50% adalah wanita &#8211; ibu tunggal,\u00a0 35% wanita berpelajaran rendah 10% pekerja lelaki sebagai pemandu dan 5% selebihnya lelaki yang tiada pelajaran. Dapatkah kita bayangkan pekerja tempatan dengan 8 jam bekerja dan berpendapatan sebegitu menjalani kehidupan. Hanya kategori pemandu memperolehi gaji sebanyak RM37.50 sehari.<\/p>\n<p>Namun begitu, mereka akan bekerja selama 8 jam sehari dengan penuh kepatuhan.\u00a0 Kemudian dilengkapi pula dengan kerja lebih masa untuk memperolehi gaji antara RM20.00 hingga RM25.00 sehari menjangkau sehingga antara jam 8.00 hingga 11.00 malam. Diikuti pula dengan bekerja pada hari-hari cuti am atau cuti hujung minggu untuk mendapatkan &#8216;gaji berganda hari cuti&#8217;. \u00a0Sebulan &#8211; saya kira antara RM550 hingga RM750 boleh diperolehi sekiranya jadual bekerja diperlengkapkan seperti yang disebutkan tadi.\u00a0 Gaji pemandu lori boleh mencecah sehingga RM1200 hingga RM1500 termasuk elaun-elaun isentif yang lain.<\/p>\n<p>Namun, pekerja berketurunan Cina (8 orang sahaja) pula berbeza tangga gaji mereka (di luar perkiraan saya..\u00a0 no komen)<\/p>\n<p>Dengan penuh kesabaran dan kesyukuran, mereka bekerja.\u00a0 \u00a0Nora dan Jamilah bekerja untuk menyara 2\/3 anak yang di tinggalkan &#8216;bapa&#8217;.\u00a0 Mak Su, Kak Biah dan kak Minah, janda kematian suami menyara anak dara yang semakin pandai bergaya\u00a0tapi tak pandai bekerja dan bersekolah.\u00a0 Che\u00a0Mariam, isteri kedua yang jarang dikunjungi suami, \u00a0bekerja untuk menyara 3 anak masih bersekolah.\u00a0 Udi, berusia 13 tahun, tidak tamat darjah 6 sudah boleh membantu keluarga,\u00a0 Selainnya cukup pendapatan untuk menyara diri dan membantu menyara kehidupan bersama suami. Begitulah setiap hari mereka akan mengunjugi kilang IKS bertaukeh berbangsa Cina ini. Dengan tekun dan tenang dan dalam suasana yang tidak\u00a0 memerlukan <em>&#8216;kundusif&#8217;<\/em>, untuk menempuh kehidupan dan masa depan yang penuh cabaran di kampung saya. Terasa saya keperitannya.<\/p>\n<p>Teringat saya ketika di sekolah dulu,\u00a0\u00a0saya sering dikunjungi oleh ibubapa yang sering membawa berbagai episod &#8216;cerita yang bermasaalah&#8217;. Saya dengari dan cuba atasi dengan hatibudi dan bicara bersama PK HEM.\u00a0 Kadang kala kita tidak dapat bayangkan bagaimana sebenarnya keperitan kehidupan keluarga melayu yang tidak sempurna pendidikan mereka; \u00a0yang sudah tentu tidak boleh ditengahkan mereka ini ke dalam pasaran pekerjaan. akhirnya terjerumus dengan kesempitan terutama dalam era globalisasi masa kini.<\/p>\n<p>Apa yang saya cuba garapkan melalui pengalaman berharga ini ialah :<\/p>\n<p>1.\u00a0 <strong>Kecanggihan pendidikan<\/strong> tidak dapat dimenafaatkan oleh semua warga melayu kerana tindakikut dari kalangan masyarakat tidak berkesan.\u00a0 Berbagai-bagai ejensi dan pertubuhan (termasuk pertubuhan politik)\u00a0berdegar-degar bunyinya tapi tidak tercapai juga sasaran asas untuk membina dan membangunkan pendidikan akar umbi. Pemimpin silih berganti di desa \/ kampung tetapi kebocoran terus berlaku dalam melaksanakan agenda pendidikan melayu tidak mencapai matlamat &#8216;sifar keciciran&#8217;<\/p>\n<p>2.\u00a0 Terdapat <strong>dua darjat pendidikan melayu di kampung<\/strong>, sebahagiannya adalah yang terdidik dengan aset pendidikan yang ada dan di bantu dengan sebaiknya melalui saluran yang disediakan oleh berbagai pihak dan satu lagi : bimbingan, bantuan \u00a0dan motivasi tidak sampai kepada golongan darjat kedua kerana sifat golongan tersebut dan sifat kepimpinan yang ada di sekeliling mereka. Golongan kedua ini terus tersasar, semakin lama semakin jauh dan kepimpinan yang ada juga tidak turun ke padang secara bersungguh-sungguh untuk menampung kebocoran.<\/p>\n<p>3.\u00a0 Golongan kedua ini <strong>tidak dimanipulasi (secara bersungguh-sungguh)<\/strong> oleh pihak-pihak yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat setempat melalui ejensi kerajaan yang ada untuk \u00a0meningkatkan taraf hidup mereka sebaliknya taukeh saya yang memanipulasi mereka ini untuk perniagaannya.<\/p>\n<p>4.\u00a0 <strong>Kegagalan<\/strong> (kepimpinan yang diberi tanggung jawab) untuk \u00a0<strong>membentuk satu komuniti melayu melalui asas-asas pendidikan dan ekonomi<\/strong> <em>terserlah<\/em>.. apabila kita dapat melihat bagaimana pemimpin yang dipilih selalu membawa masaalah peribadi mereka ke pihak atasan <strong><em>dari<\/em><\/strong> membawa cadangan atau rangka kerja masaalah masyarakat untuk dibuat perhitungan ke arah penyelesaian.\u00a0 Di akhir-akhir ini (sebagai contoh), pemimpin sibuk memperjuangkan agenda (pemilikan kuasa memerintah) mereka sahaja, bukan agenda (seperti) pekerja melayu malang yang dimsnipulasi oleh pihak lain.<\/p>\n<p>5.\u00a0 Pemimpin kampung <strong>tidak dapat menghidu kepayahan<\/strong> dan keperitan penduduk setempat kerana jarang meluangkan masa bersama golongan ini, kalau adapun sekadar memberi bantuan &#8216;one off&#8217; yang lazim dilakukan (<em>tidak ajar mengail, sebaliknya hanya memberi ikan untuk digoreng<\/em>) tetapi tiada plan jangka panjang (plan strategik) yang dirancang, dibahas untuk dilaksanakan bagi membina masa hadapan masyarakat setempat.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen &#8230;.. hanya boleh membantu pemimpin.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah lebih setahun saya bekerja sambilan di kilang ini iaitu selepas 4 bulan saya bersara.\u00a0 Gajinya tidak banyak, \u00a0tapi cukup sekadar saya mempunyai\u00a0tempat untuk saya menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-kerja \u00a0mengumpul maklumat pengeluaran dan sedikit sebanyak menguruskan kebajikan pekerja dan\u00a0gaji pekerja kontrak. Masuk jam 10pagi dan balik selepas solat Zuhur. Saya seronok kerana masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[16],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/231"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=231"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/231\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":522,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/231\/revisions\/522"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=231"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=231"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=231"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}