{"id":233,"date":"2009-06-24T14:46:58","date_gmt":"2009-06-24T14:46:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=233"},"modified":"2009-10-16T14:12:00","modified_gmt":"2009-10-16T14:12:00","slug":"bermain-bola-jaring-dengan-ustaz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=233","title":{"rendered":"Bermain bola jaring dengan ustaz"},"content":{"rendered":"<p>Ustaz Mahmud pendek dan gempal orangnya.\u00a0 Sepadan dengan isterinya Ustazah Rogayah, \u00a0tapi isterinya tidak meminati bola jaring. Ustaz berlari di sekeliling gelanggang sambil meniup wisel.\u00a0\u00a0 Sebagai peminat bola jaring, ustaz menjadi pengadil setiap kali pertandingan bola jaring MSSPk Zon Pengkalan Baharu.\u00a0 Ketika itu saya baru mula menjadi guru.\u00a0 Saya\u00a0merasa satu kelainan mungkin juga satu kekaguman pula, tambahan dia adalah jiran saya tetapi tidak mengajar di sekolah yang sama.<\/p>\n<p>Selepas musim itu, ustaz Mahmud sudah tidak kelihatan lagi mengadili pertandingan bola jaring MSSPk di Zon Pengkalan Baharu.\u00a0 Diberitakan bahawa pengadil lelaki tidak dibenarkan lagi mengadili pertandingan bola jaring &#8211; yang dimainkan oleh orang perempuan \u00a0\/ murid perempuan \/wanita<strong>.<\/strong>\u00a0 <strong>Mengapa? <\/strong>Sedangkan pada pandangan saya, pengadil &#8216;guru perempuan&#8217; kelihatan gagal melakukan ketegasan, tiupan wisel pun lemah, tidak yakin dengan keputusan, larian masih lemah \u00a0dan sering menyalahkan antara satu dengan lain &#8211; pengadil ke (2) dan\u00a0.. dan ..\u00a0 dan (pada masa itu)<\/p>\n<p>Bukan kerana saya lelaki untuk memperlekehkan pengadil-pengadil perempuan tetapi saya juga pernah menjadi pengadil bolasepak yang berkesan. Di ajar, di latih dan di bimbing dengan sebaiknya untuk menjadi pengadil yang berkesan.\u00a0 Tok Guru saya (dengan bangganya) ialah Mohd Nazri Abdulah (allahyarham) yang nama sebelum Islamnya ialah Letcumanasamy. Jawatan terakhirnya setelah menjadi pengadil FIFA ialah Penyelaras Kepengadilan Persataun Bolasepak Asia (AFC).\u00a0 Seorang lagi Tok Guru saya ialah Cik gu Wahab bin Mohamed, pengadil kebangsaan, bekas setiausaha Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dan pernah menjadi Guru Penolong Kanan di SK Juru yang sekarang ini masih aktif sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Bukit Mertajam (BMFA)\u00a0\u00a0\u00a0<strong><em>Jadi tahulah saya sedikit sebanyak etika sebagai pengadil.<\/em><\/strong> Walaubagaimanapun pengadil bolajaring (wanita) MSSPP sekarang.. memang hebat dan mantap tapi masih terbawa-bawa &#8230;. (rujuk perenggan terakhir artikel ini)<\/p>\n<p>Saya terpanggil untuk melakar-rapu coretan rencana ini\u00a0 setelah saya menyaksikan Pasukan Bolajaring Malaysia mengalahkan Pakistan untuk berada di tempat ke 12 kejohanan yang baru selesai di adakan di Malaysia. Dalam perlawanan tersebut saya melihat kelibat pengadil lelaki mengadili perlawanan\u00a0tersebut.\u00a0\u00a0\u00a0Punyai ketegasan, tiupan wisel kuat, yakin dengan keputusan, larian bersemangat dan tidak menyalahkan antara satu dengan lain &#8211; bertindak profesional. <strong>Boleh pulak ?<\/strong> . Pada ketika itulah saya mengimbas kelibat Ustaz Mahmud (dengan lariannya yang <em>hebot-hebot<\/em> dan ketajaman pemerhatiannya) dalam tahun 1975. Ketika SK Panchor (sekolah saya) melawan SK Sungai Batu (selepas 5 tahun kemudian,\u00a0\u00a0juga menjadi sekolah saya) untuk mengadili bola jaring MSSPk yang di adakan di Zon Pengkalan Baharu. Hati kecil saya menyatakan bahawa 30 tahun dahulu ustaz memang telah mengambil tindakan yang &#8216;betul&#8217;\u00a0 bukan kebetulan.\u00a0 Suara-suara sumbang yang menafikan hak Ustaz Mahmud sebagai pengadil bolajaring (lelaki) yang sah itu lah yang tidak betul.\u00a0 Walau bagaimanapun perjuangan ustaz 30 tahun dahulu telah berhasil. Kesian dan tahniah untuk Ustaz Mahmud.<\/p>\n<p>Setahun sebelum persaraan saya, sekolah saya diberi tanggunjawab menganjurkan Kejohanan Bolajaring MSSPP, Zon Bukit Mertajam. Dengan kerja kuat dan kerjasama dan kerja rapat rakan-rakan (Syabas Cik gu Mazlan &#8211; PKKK dan semua yang dalam senarai <em>panjang<\/em> saya) \u00a0saya amat yakin untuk menyatakan itulah kejohanan yang terbaik yang pernah &#8216;saya&#8217; kelolakan.\u00a0 \u00a0Antara unsur-unsur lain yang membantu menjadikannya &#8216;terbaik&#8217; ialah kerana saya seorang ketua yang mahu bekerja keras untuk yang terbaik (yang saya minati &#8211; sukan).\u00a0 Juga dengan kerjasama\u00a0 dan kerja kuat Unit Pengadil Bola Jaring MSSPP. Berlaku pula hari ini dalam sejarah, sekolah kami berada di tempat ke 4 kejohanan di mana kesemua 8 pasukan yang layak ke suku akhir mendapat hadiah masing-masing (yang ditaja oleh PIBG kami yang sungguh murah hati\u00a0&#8211; Tahniah Encik Md Noor, Yang DiPertua PIBG merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian\u00a0 Batu Kawan) dan 2 orang sahabat akrab yang menjadi jurulatih pasukan sekolah &#8211; tahniah .. tahniah .. tahniah .. <em>nana dan khairatul.<\/em><\/p>\n<p>Seperti yang saya nyatakan (penganjuran kejohanan <em>terbaik<\/em> (?) saya)\u00a0ada pula cacatnya <em>konon<\/em>.\u00a0 Seorang waris dan seorang jurulatih sekolah mempertikaikan beberapa keputusan pengadil dengan tindakan yang &#8216;agak agresif&#8217;. Memang kurang sopan dan kurang patut. Semasa jamuan makan di akhir majlis penyampaian hadiah\u00a0 saya terus mempromosikan kekemasan penganjuran tetapi pengadil\u00a0\u00a0mempromosi rasa tidak puas hati atas bantahan si waris dan guru tadi.\u00a0 Terbawa-bawa rasa tidak senang hati dengan insiden terakhir itu (mereka\u00a0 seperti kurang selera makan) walaupun dari hari pertama kejohanan pengadil-pengadil ini (guru wanita) nampak sangat selesa dengan penganjuran.<\/p>\n<p>Pada saya, ini lah asam garam menjadi seorang pengadil.\u00a0 Yang diluar sana (penonton) lebih pandai dari pengadil\u00a0 &#8211; kononnya (walaupun mereka tidak di latih untuk menjadi pengadil). Pangadil mesti adil tetapi lebih ramai pengadil (dari kalangan penonton dan penyokong) yang sedang mengadili pengadil yang sedang bertungkus lumus menengakkan keadilan di dalam padang.\u00a0 Apa yang puan-puan kena ingat\u00a0 \u00a0ialah : pedulikan mereka.. anda telah dilatih untuk menlakukan pengadilan, tegakkan keadilan.\u00a0 Tahniah cik gu Saadiah dan rakan-rakan, anda memang hebat.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; pernah di&#8217;hambat&#8217; dengan tiang bendera tepi padang oleh penyokong bolasepak, lari ke masuk ke balai polis Jalan Dato&#8217; Keramat mencari perlindungan ketika\u00a0mengadili perlawanan Liga FAP di padang Broom, George Town, Pulau Pinang sekitar awal &#8217;80an.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ustaz Mahmud pendek dan gempal orangnya.\u00a0 Sepadan dengan isterinya Ustazah Rogayah, \u00a0tapi isterinya tidak meminati bola jaring. Ustaz berlari di sekeliling gelanggang sambil meniup wisel.\u00a0\u00a0 Sebagai peminat bola jaring, ustaz menjadi pengadil setiap kali pertandingan bola jaring MSSPk Zon Pengkalan Baharu.\u00a0 Ketika itu saya baru mula menjadi guru.\u00a0 Saya\u00a0merasa satu kelainan mungkin juga satu kekaguman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/233"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=233"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/233\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":238,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/233\/revisions\/238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=233"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=233"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=233"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}