{"id":247,"date":"2009-12-21T09:51:26","date_gmt":"2009-12-21T09:51:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=247"},"modified":"2009-12-21T09:51:26","modified_gmt":"2009-12-21T09:51:26","slug":"jangan-pinggirkan-ibu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=247","title":{"rendered":"Jangan pinggirkan ibu."},"content":{"rendered":"<p>Hari ini isteri suruh saya membeli apom, satu-satu kuih yang tok bomoh kata boleh dimakan. Jam 9.00 malam, apom yang dihajatinya dapat dimakan sambil menonton tv.\u00a0 Ikan kembung dan ikan haruan masak rebus boleh juga dimakan.\u00a0 Hanya air teh dan air kosong saja sebagai minuman.\u00a0 Semuanya untuk memantapkan lagi perubatan dengan bomoh yang mengubati sakit barah angin atau gestrik yang telah berlarutan. Sambil menonton tv, sambil berborak.<\/p>\n<p>Sakit telah pun pulih selepas menjalani pantang kira-kira sebulan yang lalu.\u00a0 Kehidupan menjadi ceria.\u00a0 Sembang pun sudah agak kuat dan panjang.\u00a0 Banyak sembang mengimbas kembali kualiti kehidupan yang menurun semasa tempoh sakit yang dialami.\u00a0 Kesyukuran yang amat sangat. Jamuan kesyukuran pun sudahpun dilaksanakan.\u00a0 Alhamdulillah.<\/p>\n<p>Ibu mertua saya sering mengatakan kepada isteri saya dengan nada berdoa untuk kesihatannya selama ini.\u00a0 Doanya agar anaknya pulih dan dapat menjaganya ketika sakit.\u00a0 Walaupun begitu ketika sihatnya, isteri saya suka membelai emaknya dengan melayan kehendak makan minumnnya.\u00a0 Doanya dimaklbulkan..<\/p>\n<p><em>Sinopsi coretan di atas bagi menggambarkan cerita sebenar mengenai ibu bapa yang tidak seharusnya dipinggirkan.<\/em><\/p>\n<p>Tidak lupa kami\u00a0 mengimbas duka adik ipar saya yang telah lapan bulan terlantar.\u00a0 Walaupun telah pulih dari koma selama 4 bulan, beliau hanya boleh diarahkan untuk menunjukkan jari sehingga bilangan lima.\u00a0 Dalam lawatan saya dua tiga hari yang lalu dia sudah boleh menyalakan lampu picit dan boleh menunjuk ke arah saya dan isteri saya bila nama kami\u00a0 disebut.\u00a0 Makan bercorong dan berlampin.<\/p>\n<p><em>Isteri saya <strong>mengimbas <\/strong>pada suatu ketika dahulu ketika adik ipar saya itu masih sihat<\/em>:<\/p>\n<p>Isteri saya pernah bertanyakan\u00a0 adik nya, bagaimana kalau dia d<em>iminta untuk menjaga emak dan ayah seketika<\/em> yang ketika itu tidak begitu sihat di kampung.\u00a0 Isteri saya menyatakan kepadanya\u00a0 bahawa ibubapa kami amat rindukan mereka kerana anak lelakinya itu\u00a0 sudah lama berjauhan dengannya di perantauan.\u00a0 Sebagai penegasan isteri saya menyatakan yang ibubapa kami selalu menyebut-nyebut namanya. Kami di sini memang menjaganya tetapi mereka berdua amat kempunan untuk berada di sisi anak lelaki yang dikasihininya.<\/p>\n<p>Dengan selamba, adik ipar saya menjawab :\u00a0 <strong>Kau oranglah (<\/strong>pelat KL<strong>) saja yang menjaganya, kite orang tak bolehlah menjaga bapa dan emak.<\/strong>&#8230;\u00a0 Begitulah ungkapan yang sentiasa menghantui saya dan isteri yang kami dengari dari mulutnya dengan jelas.\u00a0 Isteri adik ipar saya juga tidak bersedia dengan sedikit pengorbanan yang dihajati oleh ayah dan ibumertuanya.<\/p>\n<p>Selang beberapa lama ayah mertua saya meninggal dunia di hospital\u00a0 kerana sakit jantung.\u00a0 Dia meninggal dalam kerinduan yang amat sangat terhadap anak lelakinya itu.\u00a0 Juga kerinduannya dibawa bersama kematiannya terhadap seorang lagi anak lelakinya yang 3 \/ 4 tahun sekali baru kelapangan menjengahnya.\u00a0 Titisan air mata hari kematian sudah tidak berguna lagi.\u00a0 Penyesalan tidak akan dapat diubat lagi.\u00a0 Mungkin hanya doa saja yang dapat meleraikan segala.<\/p>\n<p><strong>Salah <\/strong>kalau saya menyatakan bahawa <strong>hukum tuhan telah jatuh<\/strong> ke atasnya dan isterinya kerana terpaksa menjaga suaminya yang telah 8 bulan dalam keadaan terlantar.\u00a0 <strong>Salah<\/strong>.\u00a0 Tetapi itulah hakikat yang saya dan isteri saya (<em>mungkin kita semua<\/em>) perlu renung. Bahawa sesungguhnya -cakap siang dengar-dengar &#8211; cakap malam pandang-pandang.\u00a0 Ibu dan ayah jangan sekali di perlakukan secara <em>enteng <\/em>kerana cakap malam atau siang atau bila-bila saja, Allah itu maha mendengar &#8230;<\/p>\n<p>Selepas 2 kejadian itu saya mengingatkan semua orang bahawa jangan sekali-kali pinggirkan ibu dan ayah,\u00a0 buruk padahnya.\u00a0 Dan selepas itu juga,\u00a0 seorang lagi adik ipar saya (lelaki juga) yang\u00a0 telah membawa emak mertua saya tinggal dirumahnya di Kulala Lumpur dan membelainya sepanjang masa.\u00a0 Kami semua beryukur bahawa banyak <strong>hikmah <\/strong>yang diperolehi disebalik kejadian-kejadian yang menyayat hati tersebut.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; hutang saya dengan ibu masih tak terbalas.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini isteri suruh saya membeli apom, satu-satu kuih yang tok bomoh kata boleh dimakan. Jam 9.00 malam, apom yang dihajatinya dapat dimakan sambil menonton tv.\u00a0 Ikan kembung dan ikan haruan masak rebus boleh juga dimakan.\u00a0 Hanya air teh dan air kosong saja sebagai minuman.\u00a0 Semuanya untuk memantapkan lagi perubatan dengan bomoh yang mengubati sakit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[18],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/247"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=247"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/247\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":633,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/247\/revisions\/633"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=247"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=247"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=247"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}