{"id":297,"date":"2009-07-13T15:02:25","date_gmt":"2009-07-13T15:02:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=297"},"modified":"2009-10-16T14:05:49","modified_gmt":"2009-10-16T14:05:49","slug":"ppsmi-di-mansuh-1-sama-serupa-semacam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=297","title":{"rendered":"PPSMI dimansuh (1) :  sama, serupa, semacam.."},"content":{"rendered":"<p>Awal tahun 1974 telah bermula era pendidikan moden menyeluruh ke serata pelusok tanah air.\u00a0 Saya berVespa ke pekan Bruas (SK Gangga) untuk menghadiri <strong>kursus KBSR<\/strong>.\u00a0 Ramai guru-guru sekitarnya ke sana.\u00a0 Masih muda ketika itu dan tiada mengomel apa-apa mengenai persekolahan maupun pendidikan.\u00a0 Ikut saja.\u00a0 Seingat saya perkara yang dikehendaki dilaksanakan ialah sedikit perubahan dari sebelumnya yang mana &#8211; mengajar hendaklah berpusatkan murid, lengkap dengan ABM yang perlu disediakan dan sedikit pengkaedahan penyampaian pengajaran.<\/p>\n<p>Semua ABM kena buat sendiri.\u00a0 Sibuklah dengan &#8216;manila kad&#8217; dan \u00a0marker (mahal ketika itu).\u00a0 Ada ditunjukan ABM yang agak canggih oleh &#8216;cikgu&#8217; yang memberi kursus yang menonjolkan kerajinannya (sebagai role model).\u00a0 Semua guru yang hadir tertarik melihatnya.\u00a0 Kemudian kami diminta membuat &#8216;homework&#8217; dalam masa seminggu sebelum datang semula untuk menerima buku-buku panduan yang akan dibekalkan.<\/p>\n<p>Semenjak kursus itu, yang merupakan kursus pertama saya dalam kehidupan sebagai seorang guru kerajaan; \u00a0maka bermula-lah perubahan-perubahan demi perubahan sehinggalah tarikh persaraan saya setelah menamatkan perkhidmatan selama 35 tahun + 3 bulan sebagai Guru Simpanan Kebangsaan (GSK).\u00a0Diandaikan bertujuan murni; kerana perubahan dalam pendidikan amat perlu demi menghambat perubahan sekeliling yang mencabar keperluan negara dalam era yang sentiasa \/ cepat berubah. Kita terima.<\/p>\n<p>Hari pembentangan &#8216;home work&#8217; telah tiba.\u00a0 ABM yang saya sediakan, biasa saja.\u00a0 Saya belum arif lagi mengenai penyediaan ABM kerana baru saja mengajar.\u00a0 Suasana di bilik kurusus itu menjadi semakin hangat apabila &#8216;cikgu penceramah&#8217; mempersoalkan seorang guru yang tidak membuat &#8216;home work&#8217; nya. Nada penceramah agak tinggi tapi nada cikgu yang terlibat itu bersahaja dan tersenyum selamba.\u00a0<\/p>\n<p>&#8220;Macam mana saya hendak bawa mai (datang), saya mai dengan moto&#8221;\u00a0 Masing bertengkar dengan hujah masing-masing padat, tapi <strong>tidak berkesan<\/strong>.&#8221;Cik gu bagi kereta cik gu, nanti saya p ambil dan bawak mai&#8221;.\u00a0 Kata cik gu Ramli. Hujah semakin reda. &#8220;Ok kata penceramah, ambil kereta saya, pegi ambil&#8221;.\u00a0 Satu penyelesaian dan menunggu pelaksanaan.<\/p>\n<p>Sekembalinya cikgu Ramli ke SK Gangga dari rumahnya di Sungai Batu, semua orang terpegun melihat kecanggihan alatan mengajar yang ditukanginya.\u00a0 Dengan ukirannya, kayu-kayuannya, warnanya dan dilengkapi dengan kereativiti yang agak lain dari yang lain (walaupun tidak luar biasa). Kalau tuanlah \u00a0sebagai penceramah.. bagaimana rasanya. Hebat juga pukulannya.Saya termanggu-manggu kerana saya tidak kenal perangai cik gu Ramli walaupun mengajar di satu sekolah.\u00a0 Kemudian saya mengetahui yang beliau seorang guru yang pandai bertukang, suka berniaga dan bengis orangnya.<\/p>\n<p>Akhir kursus KBSR itu, semua orang seronok dengan perubahan pendidikan itu kerana dijangka akan memberi impak <em>khasnya <\/em>kepada penduduk kampung\u00a0sekitar Bruas, Pengkalan Baru, Sungai Batu, Kampung Kota, Dendang, Batu Hampar, Matang Acheh (sekurang-kurangnya), <em>negara\u00a0amnya<\/em>&#8230; walaupun mereka terpaksa berkorban.\u00a0 Penceramah tersebut juga turut terkorban .. kerana cepat melatah yang tak bertempat itu.<\/p>\n<p>Kita tidak nafikan yang <strong>kita memerlukan perubahan pendidikan<\/strong>. Perubahan memerlukan pengorbanan.\u00a0 Perubahan dalam pendidikan memerlukan pengorbanan yang sangat besar kerana melibatkan <strong>terlalu banyak<\/strong> pihak. Dengan pengorbananlah sesuatu kejayaan dapat dicapai.\u00a0 Semua orang perlu berkorban.\u00a0 Tapi perlukah kita kira berapa ramai dan siapa pula yang terkorban dalam pengorbabnan itu ?\u00a0 Nampaknya ada pihak yang sedang mengira orang yang terkorban dan jumlahnya ?<\/p>\n<p>Perubahan PPSMI juga ada episod pengorbanannya, kerana\u00a0daripada <em>TIADA<\/em> kepada <em>ADA<\/em>\u00a0 <em>dan<\/em> dari <em>ADA<\/em> kepada <em>TIADA<\/em> &#8230;..pulaa. &#8230;.. semua kena tahanlah kerana, <em>cikgu tetap cikgu<\/em>&#8230;sampai pencen pun, cikgu lagi.<\/p>\n<p><em>&#8230;..gbpencen\u00a0 (1)&#8230;. tak lama lepas itu, cikgu Ramli tumbuk orang kampung Panchor sampai berdarah kepala masa saya sedang main bolasepak&#8230;..(penceramah KBSR itu memang bernasib baik ).<\/em><\/p>\n<p><em>&#8230;..gbpencen (2)&#8230;. nak tulis PPSMI dimansuh(2) : sama tapi tak serupa.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Awal tahun 1974 telah bermula era pendidikan moden menyeluruh ke serata pelusok tanah air.\u00a0 Saya berVespa ke pekan Bruas (SK Gangga) untuk menghadiri kursus KBSR.\u00a0 Ramai guru-guru sekitarnya ke sana.\u00a0 Masih muda ketika itu dan tiada mengomel apa-apa mengenai persekolahan maupun pendidikan.\u00a0 Ikut saja.\u00a0 Seingat saya perkara yang dikehendaki dilaksanakan ialah sedikit perubahan dari sebelumnya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/297"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=297"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":513,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/297\/revisions\/513"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}