{"id":30,"date":"2009-02-17T15:31:39","date_gmt":"2009-02-17T15:31:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=30"},"modified":"2009-10-16T14:28:21","modified_gmt":"2009-10-16T14:28:21","slug":"tukarkan-ppd-24-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=30","title":{"rendered":"Tukarkan PPD 24 jam"},"content":{"rendered":"<p>Dalam tahun 1982 saya sudah 10 tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Panchor, Pantai Remis di dalam daerah Dinding (sekarang ini dikenali sebagai Manjung) di negeri Perak.\u00a0 Sekolah itu merupakan\u00a0\u00a0sekolah pertama saya mengajar selepas tamat kursus perguruan pada tahun 1971 dan 1972. Memang penuh dengan kenangan dan nastolgia.\u00a0 Bila saya imbas kembali perwatakan saya,\u00a0\u00a0sehingga hari ini\u00a0 yang saya &#8216;dengan rasa penuh bangga&#8217; menyatakan yang saya adalah seorang guru yang sangat komited dengan tugas saya.<\/p>\n<p>Suatu hari (dalam tahun ke 10 saya berada di sekolah itu) saya telah diberitahu oleh kerani sekolah itu bahawa saya telah diarahkan bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal saya (di Pantai Remis) iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.\u00a0Sungguhpun sekolah tersebut sangat hampir dengan rumah saya (kurang dari 1 km jaraknya) tetapi saya tidak gembira untuk ke sana. Saya lebih suka untuk terus berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Panchor yang jaraknya hampir 6 km dari Pantai Remis, tempat tinggal saya. Baru saya sedar\u00a0ada seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Dinding (Manjung) datang ke sekolah beberapa hari sebelum itu.\u00a0 Mungkin beliau lah yang mencadangkan\u00a0yang saya perlu ditukarkan kerana sudah lama berada di sekolah itu.<\/p>\n<p>Pada masa itu saya sangat aktif dalam persatuan belia yang baru di tubuhkan di kampung tempat saya mengajar itu.\u00a0 Persatuan Belia itu ditubuhkan\u00a0semenjak saya ditukarkan ke situ. Banyak aktiviti yang dijalankan melalui pertubuhan itu. Yang paling ketara saya bersama-sama dengan belia-belia tempatan dapat mengembelingkan tenaga muda supaya bergerak dalam satu haluan. Pendekatan turun padang dapat menangani gejalah penagihan dadah yang sudah mula bertapak di kalangan anak muda di kampung nelayan itu. Dengan berkonsepkan &#8216;mengawal belia yang belum terjebak dadah&#8217; telah membawa kepimpinan saya dan rakan-rakan diterima baik oleh penduduk setempat. Aktiviti sukan dan kebudayaan ternyata berkesan menarik perhatian belia setempat selain aktiviti kebajikan masyarakat.<\/p>\n<p>Semasa surat pertukaran sekolah itu saya\u00a0terima, saya sudah sekian lama dilantik sebagai setiausaha kerja JKKK\u00a0kampung berkenaan. Pada ketika itu (akhir era 80an) peranan JKKK mula diaktifkan dan ahli jawatankuasanya mendapat elaun mesyuarat.\u00a0Tok Sidang (Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung) pada masa itu (Pak Chu Chin) sangat menyukai saya kerana kepimpinan saya dalam Persatuan Belia dan kebolehan saya dalam urusan dokumentasi (surat menyurat) serta sistem fail yang saya wujudkan.\u00a0 Sebagai &#8216;orang lama&#8217; kebolehan itu langsung tidak ada dalam dirinya dan rakan-rakan seperjuangannya yang diberi tanggungjawab menerajui kepimpinan JKKK.\u00a0 Disamping itu, dengan melantik saya sebagai setiausaha JKKK, \u00a0beliau juga mendapat kemudahan melalui saya untuk menggunakan kemudahan yang ada di sekolah di kampung itu seperti kemudahan padang, tempat mesyuarat dan peralatan cetakan (Gestetner) kerana Guru Besar sekolah itu sangat mempercayai dan menghargai perhubungan saya dengan masyarakat setempat.<\/p>\n<p>Tok Sidang telah menerima perkhabaran itu dengan rasa amat terkejut.\u00a0 Beliau merasakan \u00a0akan kehilangan sesuatu yang menjadi harapannya selama ini.\u00a0 Sebagai seorang yang berjawatan politik (JawatanKuasa UMNO Bahagian Pengkalan Bahru) beliau rasa amat tercabar.\u00a0 Pada suatu malam, di bawah sinaran lampu &#8216;gasoline&#8217; \u00a0(kawasan disitu masih tiada bekalan letrik pada masa itu)\u00a0beliau bersama rakan karibnya (Pak Chu Min) dan beberapa orang penduduk kampung mengambil keputusan untuk berjumpa dengan EXCO Kanan Negeri Perak pada masa itu, Dato Hj Abd Malik bin Ahmad,\u00a0 yang juga Ketua Umno Bahagian Pengkalan Bahru untuk mengadu bagi membatalkan pertukaran mengejut saya itu.\u00a0 Saya hanya diminta berdiam diri.<\/p>\n<p>Selang beberapa hari saya pun berangkat meninggalkan sekolah tersebut untuk mengajar di sekolah yang baru (Sekolah Kebangsaan Sungai Batu) kerana saya sedar bahawa sebagai penjawat awam saya terpaksa patuh kepada perintah jabatan. Pihak Jabatan Pelajaran Perak <strong>enggan tunduk<\/strong> kepada desakan politik untuk membantalkan pertukaran saya seperti mana yang dikehendaki oleh pemimpin politik tempatan.<\/p>\n<p>Beberapa hari kemudian saya mendapat &#8216;khabar&#8217;\u00a0 yang pegawai PPD yang menukarkan saya telah diarahkan (oleh arahan politik) untuk <strong>bertukar serta-merta (dalam tempoh 24 jam)<\/strong> dari PPD Dinding ke Ipoh.<\/p>\n<p>Moral dari cerita ini bahawa pada ketika itu, ketikamana kerajaan yang memerintah sangat kuat (mendapat sokongan padu rakyat) semua perkara boleh berlaku.\u00a0 Kadang-kadang kita perlu menerima hakikat yang kita\u00a0amat \u00a0memerlukan pemerintah yang mempunyai &#8216;kekuatan&#8217; dan menggunakan kekuatan untuk kebaikan masyarakat.\u00a0 Saya amat sedar yang tenaga saya amat diperlukan di sekolah asal itu.<\/p>\n<p>Ketikamana pemerintah sudah lemah (tiada sokongan padu dari orang ramai) seperti sekarang, maka berlakulah apa yang dapat\u00a0 kita saksikan &#8216;sandiwara&#8217; yang dipertontonkan kepada kita (rakyat bawahan) sekarang. Kebetulan apa yang terjadi sekarang dan kepada saya 26 tahun yang lalu berlaku di Negeri Perak tempat saya memulakan karier saya sebagai seorang &#8216;GURU&#8217;<\/p>\n<p>Permohonan saya untuk bertukar ke negeri asal saya, Pulau Pinang berlaku setahun kemudian.<\/p>\n<p><em>.. gurubesarpencen teringat arwah Pak Chu Chin, alfatihah.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam tahun 1982 saya sudah 10 tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Panchor, Pantai Remis di dalam daerah Dinding (sekarang ini dikenali sebagai Manjung) di negeri Perak.\u00a0 Sekolah itu merupakan\u00a0\u00a0sekolah pertama saya mengajar selepas tamat kursus perguruan pada tahun 1971 dan 1972. Memang penuh dengan kenangan dan nastolgia.\u00a0 Bila saya imbas kembali perwatakan saya,\u00a0\u00a0sehingga hari ini\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=30"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/30\/revisions\/34"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=30"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=30"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=30"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}