{"id":301,"date":"2009-07-17T09:43:02","date_gmt":"2009-07-17T09:43:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=301"},"modified":"2009-10-16T14:05:29","modified_gmt":"2009-10-16T14:05:29","slug":"ppsmi-dimansuh-2-sama-tapi-tak-serupa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=301","title":{"rendered":"PPSMI dimansuh (2) :  sama tapi tak serupa."},"content":{"rendered":"<p>Perubahan struktur rumah melibatkan keseluruhan\u00a0\u00a0rumah terpaksa di runtuhkan.\u00a0 Perubahan bilik air supaya lebih canggih (seperti di hotel) melibatkan sedikit ketukan dan turapan semula dengan bahan lebih baik dan bermutu tinggi.\u00a0 Melibatkan struktur akan melibatkan kos, tenaga kerja dsb.\u00a0Tentunya semua orang\u00a0sependapat\u00a0sebegitu.<\/p>\n<p>Dula tiada PPSMI, sekarang ada, kemudian tiada.\u00a0 Dulu belajar SAINS dan MATEMATIK dalam Bahasa Melayu boleh, kemudian tak boleh kemudian BOLEH pula. Apa sebenar yang ada dan apa yang tiada.\u00a0 Apa sebenarnya yang boleh, dan apa pula yang tidak boleh.<\/p>\n<p>Maka berkata-katalah cendikiawan-cendikiawan melayu, cina dan tamil.\u00a0 Maka bermesyuaratlah peneraju utama pendidikan di Malaysia.\u00a0 Maka berhujah lah pemimpin-pemimpin politik (yang kesemuanya ada berkepentingan) untuk survival politik mereka.\u00a0 Maka berdemontrasilah pejuang-pejuang bahasa melayu, bahasa cina dan bahasa tamil.\u00a0Bergegak gempitalah dunia\u00a0 pendidikan di Malaysia. Yang tidak bersuara ialah <em>guru<\/em> semacam kita.\u00a0 Terus mengajar membimbing anak bangsa dengan keputusan lalu atau yang mendatang&#8230; demi memartabatkan etika perguruan.<\/p>\n<p>Perubahan dalam pendidikan tetap sama tapi tidak serupa.\u00a0 Menjangkau 2012 struktur pendidikan dimana murid yang kini berada di Tahun 3 akan mula distruktur semula sedangkan mereka sudah hampir 3 tahun bergelumang dalam Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.\u00a0 Dah pandai mereka ini berjinak dengan Bahasa Inggeris (yang akan dinaik taraf penekanannya) kemudian diajak pula berjinak dengan Bahasa Melayu semula.\u00a0 Penstruktur semula insan seawal umur 9 tahun nampak mudah, sebenarnya tidak mudah untuk dipermudahkan &#8211; tidaklah semudah penstrukturan semula Unit PPSMI di Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (ada ke unit ini di KPM?).<\/p>\n<p>Oleh itu dengan tegas kita harus menyatakan bahawa sebarang perubahan yang di buat dalam alam pendidikan hendaklah berasaskan kepada murid.\u00a0<\/p>\n<p>Demi\u00a0pendidikan maka berbillion ringgit sedia dan rela dibelanjakan. Walaupun kerajaan sanggup berbelanja (demi pendidikan masa depan generasi akan datang &#8211; iya ke ?) untuk mengubah struktur yang sedia ada tapi kemusnahannya kepada pelanggan kita adalah lebih mudarat.\u00a0 Kemudaratan kepada murid (pelanggan terhormat kita) tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.\u00a0 Sebenarnya tiada siapa sangat yang memikirkan kemudaratan kepada manusia-manusia kecil ini.\u00a0 Yang selalu memikirannya ada manusia-manusia yang berada di bilik darjah (insan kecil dan guru-guru mentornya). Tentu ada soalan sumbang yang bertanya (?) Apa mudaratnya.\u00a0 Jawapan yang mudah ialah :\u00a0sekejap itu,\u00a0 sekejap ini,\u00a0 itu, dan ini, ini dan itu, ianya akan lebih keliru dan <em>haru biru<\/em>, hijau, kuning, \u00a0merah dan pelbagai warna yang mewarnai insan kecil ini dan guru-guru mentornya.<\/p>\n<p>Kita tidak sangat memikirkan kemusnahan yang berlaku ke atas struktur PPSMI\u00a0kerana ianya telah dapat mememberikan impak yang berkesan kepada <strong>ekonomi<\/strong>, (bisnes) sekurang-kurangnya (kalau tidak pun\u00a0<strong>&#8216;kesenangan&#8217;<\/strong>)\u00a0\u00a0kepada pemain-pemain pekej (bekalan dsb) PPSMI di seluruh Malaysia.\u00a0\u00a0Mungkin masih ada pekej yang belum sempat dibekalkan lagi.\u00a0 (?)\u00a0 Semua pemain-pemain ini tidak akan mengalami apa-apa, bekalan dah sampai, LO dah ditandatangani dan <strong>habuan<\/strong> atau keuntungan sudah diterima. Nak mansuh ke, nak lingkup ke, nak pandai ke, nak bodo ke, &#8230; <em>tidak jadi hal pada\u00a0\u00a0 i.\u00a0\u00a0<\/em><\/p>\n<p>Selepas ini <em><strong>akan berlaku lagi<\/strong><\/em> tsunami bagi melengkapkan perubahan.\u00a0 Tidak akan terkira banyak aktiviti yang akan berlaku.\u00a0 Semuanya sudah faham.\u00a0\u00a0Dari kursus, susunan jadual, perubahan matapelajaran, pencerapan, pemantauan, kajian, penilaian <em><strong>hinggalah<\/strong> ke <strong>tekanan<\/strong><\/em>.\u00a0 Buku teks, buku panduan, modul, kertas konsep, penulisan buku ringkasan <em><strong>hinggalah<\/strong> ke <strong>tugasan pekeranian<\/strong><\/em>. Maka tinggallah murid dengan guru ganti, tinggallah bahan ICT yang akan bertukar ganti,\u00a0 tinggallah buku teks lama untuk dihapus kira dan tinggallah Guru Besar yang menunggu sampai jam 5.30 petang menunggu bekalan baru yang akan sampai.\u00a0 Semua terus \u00a0berlaku berperingkat-peringkat sehingga (menanti) perubahan apa pula akan berlaku pula.<\/p>\n<p>Secara negatifnya bergitulah.\u00a0 Tetapi haruskah kita tidak memikirkan bahawa perubahan besar melibatkan struktur akan memakan korban. Disebabkan itu semua orang akan berkata dan berkata, tak kira siapa tetapi guru <em>yang menurut perintah<\/em> akan terus mewarnai kehidupan anak kecil di sekolah. Nampak semacam sama, hakikatnya tidak serupa.. sekiranya pengubahsuaian dilakukan setelah mengambil kira kecacatan yang akan berlaku kerana yang sedia ada (Sebelum PPSMI) sudah banyak &#8216;baiknya&#8217;\u00a0 mungkin hanya satu dua perkara sahaja yang perlu diperlengkapkan, di buang atau di tambah.<\/p>\n<p>Secara\u00a0positifnya\u00a0:\u00a0 Berubah lah demi untuk anak kita setelah PPSMI dihina dan dicerca oleh orang yang bijaksana.\u00a0\u00a0dan setelah ibubapa (istimewa) puas menggaru kepala.\u00a0 Secara positif juga kita boleh mencongak sejumlah wang yang akan dibelanjakan demi pendidikan yang sentiasa memerlukan perubahan yang <strong>kadang-kadang tidak memerlukan perubahan<\/strong>.<\/p>\n<p><strong><em>Dan akan berlakulah pula<\/em><\/strong> Pakej Rangsangan Ekonomi Pendidikan Pemansuhan PPSMI, \u00a0yang akan menjana ekonomi Pendidikan Malaysia.\u00a0 Ianya telah menjadi sebahagian daripada aspek pemansuhan ini.\u00a0 Kita semua meneruskan <em>doa<\/em> agar pemain ekonomi dalam pekej ini akan beroleh keuntungan disamping memikirkan juga kemudaratan, kepayahan dan pengorbanan insan-insan yang berada di bilik-bilik darjah. <em>Juga kita menangih bijaksana dari pemain utama dalam <strong>perubahan kembali<\/strong> ini.<\/em><\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; boleh mengajar dengan pakai LCD\/ICT, boleh juga dengan pakai manila kad dan boleh juga mengajar dengan tidak pakai apa2&#8230; <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perubahan struktur rumah melibatkan keseluruhan\u00a0\u00a0rumah terpaksa di runtuhkan.\u00a0 Perubahan bilik air supaya lebih canggih (seperti di hotel) melibatkan sedikit ketukan dan turapan semula dengan bahan lebih baik dan bermutu tinggi.\u00a0 Melibatkan struktur akan melibatkan kos, tenaga kerja dsb.\u00a0Tentunya semua orang\u00a0sependapat\u00a0sebegitu. Dula tiada PPSMI, sekarang ada, kemudian tiada.\u00a0 Dulu belajar SAINS dan MATEMATIK dalam Bahasa Melayu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/301"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=301"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/301\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":309,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/301\/revisions\/309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=301"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=301"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=301"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}