{"id":315,"date":"2009-07-25T15:47:26","date_gmt":"2009-07-25T15:47:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=315"},"modified":"2009-10-16T14:04:37","modified_gmt":"2009-10-16T14:04:37","slug":"robohnya-kota-melaka-didirikan-tembok-besar-negeri-cina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=315","title":{"rendered":"&#8230;robohnya Kota Melaka&#8230; didirikan Tembok Besar Negeri Cina"},"content":{"rendered":"<p>Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah (darjah 3 &#8211; 1960) saya melihat padang di sebelah kanan itu amat luas sekali.\u00a0 Disebelah kiri kebun kelapa (lagi luas). Dihadapan sebuah &#8216;Titi Batu&#8217; yang amat kukuh, di bawahnya mengalir air yang jernih dari Ulu Chempedak, dari atas bukit. Ramai sedang mandi-manda di sungai itu termasuk beberapa ekor kerbau.\u00a0 Nyaman sekali mata memandang.<\/p>\n<p>Aktiviti perhimpunan masyarakat diadakan di padang itu termasuk permainan bolasepak &#8216;kampung&#8217;. Mungkin pertunjukan bakat tempatan atau kempen piliharaya atau sebagainya, saya tidak pasti.\u00a0 Hutan kelapa itu menjana ekonomi desa yang tidak seberapa dan sungai itu tempat anak muda bermain, mandi manda setelah penat bekerja di bendang yang tidak jauh dari situ.\u00a0 Sungguh tenang dan menghiburkan.<\/p>\n<p>\u00a0Tidak lama selepas itu, pokok di hutan kelapa kelihatan dipotong. Setiap hari saya melaluinya kelihatan makin banyak telah di potong. Terdengar pada suatu hari diberitakan bahawa anak Tok Megat, mati ditimpa pokok kelapa.\u00a0 Itu saya yang dengar dan hilang begitu saja .\u00a0 Akhirnya berdirilah sebuah bangunan yang menjadikan sumber pendapatan penduduk setempat.\u00a0 Sebuah kilang kitar semula kertas dan membuat semula kertas.\u00a0 Makin lama makin besar kilang itu sehinggalah pertengahan tahun &#8217;60an ianya sudah menjadi ikon di kampung saya. Banyak penduduk yang menumpang rezeki daripadanya dengan gaji permulaan $3.50sen, sehari ketika itu.<\/p>\n<p>Tok Penghulu Senawi sebagai MP (Nibong\u00a0Tebal) ketika\u00a0itu telah dapat menjadikan kewujudan kilang tersebut tanpa banyak &#8216;bicara desa&#8217;.\u00a0 Ianya berjalan seperti dirangka. Tiada protes dan tiada sengketa; kilang terus menabur jasa di atas pembangunan ekonomi desa. Kilang semakin besar dan <em><strong>pemain ekonomi desaku<\/strong><\/em> semakin berkuasa; Tok Penghulu Senawi semakin hilang taringnya.\u00a0 Air limpahan kilang dilepaskan ke Sungai Ulu Chempedak.\u00a0 Keruh, pekat dan berbisa. Perwira desa mula membuka langkah silat.\u00a0 Mungkin perundingan di buat untuk mengatasi masalah yang timbul kerana sudah terjejas huma di bendang, sudah mengelupur keli di sungai, sudah pening haruan di petak, sudah mengapai sepat di aur, kerbau pula enggan ke alur.\u00a0<\/p>\n<p>Setelah berunding demi berunding maka penduduk kampung telah dianugerahkan sejumlah pampasan kerana kerosakan tanaman.\u00a0 Wang tersebut semuanya dikumpul dan terbentuklah sebuah koperasi-Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Tasek (PEKATRA).\u00a0 Bermesyuaratlah pemimpin kampung (yang terdiri dari generasi kedua selepasa Tok Penghulu Senawi) demi mengendalikan wang anugerah dari kilang kertas tersebut atas nama pampasan.<\/p>\n<p>Tampil pula wira-wira kampung, kononnya (termasuk saya) mempertahankan kewujudan koperasi agar tidak di salah tadbir.\u00a0 Juga menuntut untuk dipertahankan tanah-tanah sekitar agar kilang kertas tidak memperluaskan jajahan takluknya kerana kawasan tersebut adalah kawasan kampung. Juga menuntut agar\u00a0\u00a0kawasan yang dulunya padang awam supaya diambil alih oleh pihak berwajib dijadikan semula lapangan perhimpunan masyarakat.\u00a0\u00a0<strong>Tuntuan &#8216;gagal&#8217;\u00a0 <\/strong>Dan sah\u00a0dinyatakan di akhir pada tahun 1990an, koperasi ini berkubur atau pun hidup segan (sebab banyak pengendalinya rajin berjual beli) mati belum lagi.<\/p>\n<p>Ku pandang kira, ku pandang kanan ketika berjalan dari sekolah dalam tahun 60an dulu; \u00a0hutan kelapa, padang perhimpunan dan sungai mengalir jernih.\u00a0<\/p>\n<p>Suatu hari dalam abad ke 21, ketika berjalan dari sekolah\u00a0 : kilang membesar hingga ke pinggir sungai, laman perhimpunan masyarakt di jadikan (3) buah stor gergasi.\u00a0 Sungguh megah dan bergaya. Aktiviti ekonomi rancak berjalan, pendatang asing berselerak di dalam perut kilang, penduduk kampung menumpang rezeki (yang mula bekerja semenjak kilang dibuka telahpun\u00a0bersara).\u00a0 Sebuah kilang yang amat megah dan sombong (sesuai dengan peredaran zaman) dipinggir sebuah sungai yang pekat dan menjijikan.. mengalir lesu bersama-sama dengan penduduk asal sekitarnya yang menggigit jari kerana gagal mengejar <strong><em>kelincahan pembina ekonomi desanya<\/em><\/strong>.<\/p>\n<p>Juga diberitahu bahawa ada &#8216;prosedur&#8217;\u00a0 untuk tidak memberi ruang bagi anak-anak desa menumpang &#8216;belajar&#8217; di sana.\u00a0 Siapa berada di dalamnya (?) atau dibelakangnya (?) yang terus angkuh dan sombong dengan prosedurnya.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; sedih melihat tembok besar di sekitar kampung..<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah (darjah 3 &#8211; 1960) saya melihat padang di sebelah kanan itu amat luas sekali.\u00a0 Disebelah kiri kebun kelapa (lagi luas). Dihadapan sebuah &#8216;Titi Batu&#8217; yang amat kukuh, di bawahnya mengalir air yang jernih dari Ulu Chempedak, dari atas bukit. Ramai sedang mandi-manda di sungai itu termasuk beberapa ekor kerbau.\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/315"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=315"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/315\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":321,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/315\/revisions\/321"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=315"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=315"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=315"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}