{"id":335,"date":"2009-09-24T05:40:54","date_gmt":"2009-09-24T05:40:54","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=335"},"modified":"2009-10-16T03:44:18","modified_gmt":"2009-10-16T03:44:18","slug":"mgb-harapan-tidak-kesampaian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=335","title":{"rendered":"MGB : harapan tidak kesampaian"},"content":{"rendered":"<p>Disuatu masa cik gu (cg) Wan Din telah mencadangkan nama abang sulung saya untuk dilantik sebagai Guru Besar (GB). Nama itu dicadangkan kerana beliau telah dapat mengesan yang calon ini mempunyai keriteria untuk dilantik ke jawatan itu. Ketika itu (arwah) abang saya sebagai PK 1 di Sekolah Menengah Bakti, Tasek Gelugor dan (arwah) cg Wan Din adalah Pengetuanya.\u00a0 Cg Wan Din adalah seorang guru yang hebat <strong>keguruannya<\/strong>. Dikenali di seluruh negeri kerana keikhlasan dan ketulenan aura &#8216;cikgu&#8217;nya.\u00a0 Pandangan dan cadangannya jarang di tolak oleh pihak atasan pendidikan dan selalu dipertimbangkan dengan sebaiknya. Itulah prosedur ketika itu.<\/p>\n<p>Prosedur masakini pula, GB dipilih \u00a0oleh Pengurusan di JPN.\u00a0 Apa kriteria maka saya dipilih oleh Ketua Unit sebagai GB, saya juga kurang pasti.\u00a0 Oleh yang demikian\u00a0maka terlantiklah GB yang berbagai-bagai &#8216;jenis&#8217;.\u00a0 Saya juga adalah antara GB dari berbagai-bagai jenis itu. Oleh yang demikian maka bekerja keraslah pegawai JPN &#8216; mendidik dan membimbing&#8217; GB yang baru dilantik itu. Ianya jelas diperlihatkan di dalam perjumpaan-perjumpaan, GB sering kali ditegur tidak menepati kehendak JPN; yang menegur itu pula ada diantaranya tidak pun pernah menjadi GB.<\/p>\n<p>Seorang GB baru, baru bertugas dan baru dalam pentadbiran tercari-cari arah tuju untuk melayari bahtera bernama &#8216;sekolah&#8217;.\u00a0 Pengalaman bersama GBnya dahulu dijadikan panduan.\u00a0 Pengalaman PK di sekolah baru dijadikan pedoman. Rintihan guru bawahan dijadikan bekalan. Maka belayarlarlah bahtera itu sambil tercari-cari arah angin yang bertiup.\u00a0 Makin lama makin kuat angin yang membadai.\u00a0 Ombak di hujung tanjung mula bergelora.\u00a0 Air menghempas bahtera. Pelabuhan masih ada tapi samar-samar.\u00a0 Misi dan Visi di genggam erat.\u00a0 Amanat juragan\u00a0kuat disemat.\u00a0 Laut terus mengganas, hati semakin bergelora.\u00a0 Itulah ungkapan yang sebaiknya untuk GB baru. Tercari-cari.<\/p>\n<p>Apakah peranan Majlis Guru Besar (MGB) untuk rakan baru (GB) \u00a0ini.\u00a0 Seingat saya tiada satu modus operandi yang disediakan oleh MGB bagi membantu insan ini untuk melayari bahtera &#8216;sekolah&#8217;nya.\u00a0 Sesibuk manapun program orang besar-besar MGB, harus diingat bahawa GB-GB baru ini adalah\u00a0 kedaerahan kita yang kita perlu perkasakan untuk sama-sama dapat membina kejayaan bukan untuk peribadinya tetapi lebih penting ialah untuk pendidik anak-anak dan anak didik di bawah kelolaannya.<em> Pandai-pandailah sendiri.<\/em> adalah satu ungkapan yang <strong>tidak mungkin<\/strong>\u00a0dikeluarkan oleh \u00a0pucuk pimpinan MGB\u00a0kepada mereka.\u00a0 Masih tidak\u00a0jelas bimbingan yang diberi oleh peneraju MGB. Atau lebih tepat lagi ialah- seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing &#8211; mempertahankan\u00a0 populariti diri dan sekolah sendiri di mata&#8230;. (dot..dot..dot..).<\/p>\n<p>Silap tanggapan jika menyatakan yang GB dinilai oleh peneraju MGB atau oleh JPN.\u00a0 GB dinilai oleh guru-guru, murid-murid dan masyarakatnya. Guru, murid dan masyarakat menyaksikan GB pada setiap hari dan setiap masa, termasuk hari cuti. Penilaian umum boleh diperolehi dari mereka itu.\u00a0 Tanyalah\u00a0pandangan pihak (PK, guru dan staf\u00a0bukan guru) terhadap kepimpinan GB di sesebuah sekolah (<strong>dengan ikhlas<\/strong>) pasti anda akan mendapat jawapan yang sepatutnya, yang sebetulnya dan seikhlasnya.\u00a0 Baru anda boleh membuat penilaian yang betul terhadap sekolah dan kepimpinannya.<\/p>\n<p>Maka betullah kata seorang rakan GB:\u00a0 Bukan untuk mencari kelemahan sesiapa tetapi atas rasa hormat kepada &#8216;ketua&#8217;,\u00a0 saya sering menunjukan rasa hormat kepada semua pucuk pimpinan MGB\u00a0\u00a0 yang pernah saya &#8216;tumpang lalu&#8217; (istilah bloggers). Kepimpinan yang berkrisma.\u00a0 Ramai yang menawarkan diri telah menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh mencurahkan idea dan berkerja keras untuk MGB. Maka terbentuklah satu himpunan cerdik pandai GB di dalam MGB.\u00a0 Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti.<\/p>\n<p>Kepimpinan MGB harus boleh merendahkan martabat,\u00a0 duduk semeja dengan GB baru,\u00a0bagi membincangkan arah angin yang bakal bertiup dengan kaedah terbaik pengendalian kemudi menuju pengkalan maka\u00a0 banyak antara sesama kita akan lebih terarah dan terbela. Tidaklah kami (<strong>GB bawahan<\/strong>) hanya diajak menonton kelincahan perhubungan dengan pihak atasan di JPN, keboleham memperagakan gaya yang hebat juga ketokohan berkomunikasi di dalam sesuatu hal sahaja. Ianya tidak memberi apa-apa erti kepada GB bawahan ini.\u00a0 Ianya bererti untuk <em>kami<\/em>\u00a0\u00a0daripada mereka yang tidak mengerti isi hati kami.\u00a0 Yang lebih parah, ada ketikanya memperakui keruntuhan dan kegagalan GB baru di khalayak yang tidak sepatutnya.\u00a0 Juga memberi kesan luka ketika mana-mana kegagalan GB bawahan tanpa pembelaan, walaupun ternyata tidak benar.<\/p>\n<p>MGB boleh membuat apa lebih dari apa yang dibuat sekarang.\u00a0 Contoh :\u00a0 Keputusan untuk melaksanakan dan memansuhkan dasar PPSMI tidak melibatkan peringkat kepimpinan bawahan.\u00a0 Pandang dari &#8216;pemain&#8217; sebenar dalam pelaksanaan dan pemansuhan PPSMI tidak pernah diminta, maka akhirnya ia akan mencelarukan seluruh arus pembentukan generasi &#8211; anak-anak kita. Peranan kepimpinan MGB ialah menghayati apa yang berlaku di peringkat bawah (sekolah) dibincang dan diketengahkan sebagai satu wadah dari akar umbi.\u00a0 Bukan sekadar hadir mesyuarat untuk mendengar aktiviti dan mengundi kepimpinan baru dan lama.<\/p>\n<p>Di peringkat MGB atau sekolah, semua orang yang saya temui bernafsu untuk menjadi peneraju.\u00a0 Sesiapa juga sentiasa terdorong untuk menjadi ketua.\u00a0 Sesiapa juga sentiasa ingin untuk mempunyai kuasa, sama ada untuk memerintah atau menggunakan kedudukan. Ia dapat dilihat melalui pandangan, komen, teguran dan kata-kata yang diucapkan jelas\u00a0 menunjukan semua berminat untuk memperbaiki keadaan mengikut idea masing-masing, dalam lingkungan tugas masing-masing dan melalui jawaatan semasa yang disandang.\u00a0 Saya sentiasa menghormati semua itu. Oleh itu &#8230;.<\/p>\n<p>Ianya\u00a0 harus diperhati, dilihat, difikir-fikirkan, diubahsuai, diadun, digaul dan digarapkan dalam satu ramuan yang boleh di bawa ke mana-mana dalam kehidupan.<\/p>\n<p>Jadilah payung kepada semua GB.\u00a0 Tentukan makanisme penanda aras bagaimana peranan yang sepatutnya dimainkan oleh GB di sekolahnya.\u00a0 Ianya akan lebih berfokus dengan kemudi, layar, juragan dan bahtera yang terurus.\u00a0 Dan sentiasa akan dihargai dan di hormati.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;selalu teringat sumbangan guru bawahan yang sentiasa menghormati saya hingga ke hari ini.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Disuatu masa cik gu (cg) Wan Din telah mencadangkan nama abang sulung saya untuk dilantik sebagai Guru Besar (GB). Nama itu dicadangkan kerana beliau telah dapat mengesan yang calon ini mempunyai keriteria untuk dilantik ke jawatan itu. Ketika itu (arwah) abang saya sebagai PK 1 di Sekolah Menengah Bakti, Tasek Gelugor dan (arwah) cg Wan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[7],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/335"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=335"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/335\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":496,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/335\/revisions\/496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=335"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=335"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=335"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}