{"id":35,"date":"2009-02-22T04:21:25","date_gmt":"2009-02-22T04:21:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=35"},"modified":"2009-10-16T14:27:59","modified_gmt":"2009-10-16T14:27:59","slug":"perintah-tuanku-patek-junjung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=35","title":{"rendered":"Perintah tuanku patek junjung"},"content":{"rendered":"<p>Yusoff bin Hussain (Chop ) telah membenarkan permohonan saya untuk mengambil bahagian dalam lakonan drama purbawara kendaliannya bersama-sama dengan beberapa orang rakan yang lain.\u00a0 Sekeping kertas yang sebesar separuh wang kertas RM1.00 ditulisnya dengan tergesa-gesa dan diberikan kepada saya.\u00a0 Saya mengambil dan membacanya : &#8216;Perintah tuanku patek junjung di atas batu jemala patek&#8217;.\u00a0 Kami pun beredar ke pentas persembahan (sebuah pondok yang dibuat dari keratan pelepah kelapa).\u00a0<\/p>\n<p>Pada petang itu, beberapa orang rakan saya mula melakonkan watak-watak dalam drama purbawara dengan menggunakan skrip yang diberi oleh Chop. \u00a0Ada diantara &#8216;pelakon&#8217; petang itu yang tidak berbaju, kebanyakannya berseluar pendek dengan memperagakan tengkolok yang dibuat dari kain atau kertas surat khabar lama. Boleh dikatakan semua &#8216;pelakon&#8217; akan mengenakan keris (yang dibuat dari pelepah daun pinang) yang di sisip dicelah seluar (bahaya) di pinggang. Ramai di antara kami yang bermisai yang dilukis dibibir dengan menggunakan arang.\u00a0 Ada juga yang nakal menghitamkan seluruh muka mereka dengan arang tadi.<\/p>\n<p>Saya berdiri di sudut &#8216;pentas&#8217; \u00a0yang berlantaikan tanah dan tidak berbumbung.\u00a0\u00a0 Sambil menunggu giliran untuk saya membaca skrip yang diberikan tadi,\u00a0 \u00a0saya memerhatikan rakan-rakan lain berlakon melalui skrip yang mereka perolehi dari Chop.\u00a0 Satu babak demi satu babak berlalu dan saya makin bercelaru menunggu giliran skrip saya.\u00a0 Akhirnya drama purbawara sampai ke kemuncaknya.\u00a0 Babak pergaduhan pun bermula.\u00a0 Pelakon yang terlibat mula memencak silat, bertikam-tikaman dan sebagainya.\u00a0 Masing-masing menggunakan &#8216;keris&#8217;.\u00a0 Akhirnya drama purbawara itu tamat dengan perkelahian sebenar.\u00a0 Skrip saya tidak dapat diteruskan.<\/p>\n<p>Peristiwa itu berlaku berlaku pada saban petang dalam tahun 1960 atau 1961 ketika\u00a0saya bersama Chop di darjah 3 atau 4.\u00a0 .\u00a0 Kami dipengaruhi oleh pementasan yang sering diadakan di padang sekolah oleh pemuda-pemuda kampung kami pada sebelah malam. Pentas sebenar didirikan dan diterangi oleh lampu letrik yang dijana dengan kuasa enjin.\u00a0 Kami amat gembira sekiranya dapat menyaksikan pementasan itu kerana pentas akan diterangi dengan lampu yang terang benderang.\u00a0 Pada ketika itu di rumah kami tiada bekalan letrik. Sebagai kanak-kanak kami amat gembira apabila disajikan dengan berbagai pertunjukan pada malam tersebut.\u00a0 Ada nyanyian, lawak jenaka, boria dan yang tidak ketinggalan ialah Drama Purbawara.\u00a0 Kebanyakan pelakon atau pelawak adalah lelaki ; walau pun watak perempuan, lelaki yang melakonkannya.<\/p>\n<p>Ketika itu Radio Singapura sering memperdengarkan rancangan\u00a0 &#8216;Bangsawan di udara&#8217;, drama purbawara yang diminat dengan mendalam oleh generasi ketika itu.\u00a0 Lanjutan daripada itu terdapat filem melayu yang menonjolkan cerita-cerita istana.\u00a0 Ia berkaitan dengan ketaatan kepada raja dan peranan orang-orang di bawah raja dan rakyat biasa.\u00a0 Walaupun ramai antara kami tidak berpeluang untuk menonton wayang gambar tetapi saya dapat melihat gambar-gambar filem itu\u00a0melalui &#8216;majalah filem&#8217; yang amat diminati ketika itu.\u00a0 Semuanya menjadi pujaan saya dan rakan-rakan.<\/p>\n<p>Bertitik tolak dari situ, ketaatan kepada istana (raja-raja) telah bersemi.\u00a0 Secara ketidak langsung taatan itu telah\u00a0bersemai seterusnya telah menjadi darah daging kepada kami dari zaman kanak-kanak lagi.\u00a0 Sehingga sekarang, generasi sezaman dengan saya, masih menebal semangat ketaatan kepada institusi raja.\u00a0 Pendek kata tidak perlu lagi dipertikai, diperkatakan malah diubah samasekali\u00a0ketaatan kepada raja dan institusi istana itu.\u00a0 Ia merupakan satu kehidupan yang tetap berada bersama kehidupan seharian. Persoalannya mengapa ia berlaku begitu ? \u00a0Kerana Bangsa Melayu mesti mempunyai raja untuk memayungi Bangsa Melayu&#8230;<\/p>\n<p>\u00a0Ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun, <strong>perintah tuanku patek junjung<\/strong>.\u00a0<\/p>\n<p>Tentunya tidak akan berlaku :\u00a0 Ampun tuanku beribu ampun, <strong>sembah derhaka patek sembahkan<\/strong>. Patek tak mahu letak jawatan sebagai bendahara negeri <em>Perak <\/em>.\u00a0 Ampun tuanku.<\/p>\n<p><em>&#8230;. gurubesarpencen<\/em> &#8230;..\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 <em>pernah memenataskan drama purbawara &#8216;seuntian kasih di rimba neraka&#8217; yang dilaporkan oleh pemberita sambilan, Anuar Asmadi dalam akhbar Berita Harian sekitar tahun 1972 semasa dimaktab perguruan. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yusoff bin Hussain (Chop ) telah membenarkan permohonan saya untuk mengambil bahagian dalam lakonan drama purbawara kendaliannya bersama-sama dengan beberapa orang rakan yang lain.\u00a0 Sekeping kertas yang sebesar separuh wang kertas RM1.00 ditulisnya dengan tergesa-gesa dan diberikan kepada saya.\u00a0 Saya mengambil dan membacanya : &#8216;Perintah tuanku patek junjung di atas batu jemala patek&#8217;.\u00a0 Kami pun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=35"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":544,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/35\/revisions\/544"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=35"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=35"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=35"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}