{"id":353,"date":"2009-09-28T13:26:20","date_gmt":"2009-09-28T13:26:20","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=353"},"modified":"2009-10-16T03:43:46","modified_gmt":"2009-10-16T03:43:46","slug":"gb-kilang-guru-besar-perempuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=353","title":{"rendered":"GB Kilang &#8211; Guru Besar Perempuan."},"content":{"rendered":"<p>Coretan terdahulu\u00a0memperkenalkan profesion baru saya\u00a0 sebagai pekerja pengurusan terendah di sebuah kilang. \u00a0Kini masih bekerja dengan sedikit tambahan &#8216;item&#8217; dalam senarai tugas.\u00a0 Masuk jam 10.00 pagi, balik jam 3.00 petang cukup untuk tambah duit &#8216;top up&#8217; dengan duit &#8216;ikan&#8217;.\u00a0 Alhamdullilah,\u00a0\u00a0terisi juga masa lapang saya untuk mengelak &#8216;bergocoh&#8217; dengan bini jika panjang sangat masa di rumah terutama di bulan Ramadhan ini.<\/p>\n<p>Perempuan, lelaki sama-sama bekerja untuk &#8216;mencari makan&#8217;.\u00a0 Pada hemat saya (dipersetujui oleh tokeh &#8211; cina, saya) pengisian pekerja tempatan (komuniti melayu) di premisnya adalah perlu untuk melengkap sumbangan sosialnya supaya tidak dikabui oleh pandangan masayarakat setempat padahal menggajikan pekerja asing lebih menguntungkan.\u00a0 Pekerja asing tekun bekerja kerana segala tumpuan hanya kepada pekerjaan masing-masing saja, gaji pula murah.\u00a0 Pekerja tempatan banyak komitmen, keluarga, sakit, kematian, keagamaan dan kemasyarakatan selain dari hiburan dan sosial yang lain.<\/p>\n<p>Usia bekerja <strong>Pn Seri M<\/strong> (Namanya sebenar ialah <em>Seri M&#8230;.<\/em>) sama dengan usia kilang itu diasaskan. Selama ini dia diberi kepercayaan penuh oleh taukeh (tokeh) kilang tersebut.\u00a0 Banyak kemudahan yang diberikan kepadanya disitu.\u00a0 Gajinya sebualan termasuk &#8216;over time&#8217; tidak sampai RM900. Walaupun begitu dia selalu mendabik dada atas kekuasaan (yang diberi kepadanya) mengawal pengeluaran, mengawal pekerja tempatan dan asing.\u00a0 Kemudahannya \u00a0berkomunikasi dengan tokeh merangsangnya membuat berbagai-bagai\u00a0laporan yang tidak menyenangkan pekerja di situ. Cakapnya juga kadang-kadang &#8216;tidak berlapik&#8217; .\u00a0 Oleh yang demikian maka timbullah bibit-bibit tidak puashati yang memutikkan \u00a0pertelingkahan di kalangan pekerja kilang itu terutamanya pemandu-pemandu lori yang keletihan membawa barangan sepanjang hari dan kemudiannya &#8216;terpaksa&#8217; membantu operasi pengeluaran.\u00a0Pn Seri M adalah <strong>Guru Besar di kilang<\/strong> itu.<\/p>\n<p><strong><em>&#8216;Saya atau dia&#8217;<\/em><\/strong> merupakan kata dua Pn Seri M kepada tokeh yang mana menyebabkan <strong>Sari<\/strong> (<em>pekerja tempatan, melayu, lelaki<\/em>) di buang kerja. Kemarahan rakan sekerja yang lain memuncak kerana angkara Pn Seri M menyebabkan Sari dibuang kerja. Selain dari Pn Seri M, pemandu-pemandu lori juga menjadi harapan tokeh. Meraka juga\u00a0naik berang.\u00a0 Salah seorang pemandu tersebut (Dika namanya) amat disenangi tokeh kerana sanggup mendahulukan wang sakunya untuk menyelesaikan masaalah kilang.\u00a0 Amaun pendahuluannya kepada tokeh mencecah hingga3 ribu ringgit.\u00a0\u00a0Dika\u00a0 inilah yang paling berang.<\/p>\n<p>Selang beberapa hari pemandu harapan tokeh itu pula memberi kata dua kepada Tokeh . <strong><em>&#8216;Saya atau dia&#8217; .. &#8216;Pn Seri M atau Dika&#8217;.. <\/em><\/strong>Tokeh sudah serba salah.\u00a0 Akhirnya tokeh cina ini memilih untuk mengekalkan pemandu harapannya di kilang itu dan bersedia memberi laluan keluar kepada Pn Seri M.\u00a0 Kini Pn Seri M dalam dilema.\u00a0 Semua kemudahan yang diberi secara beransur-ansur ditarik balik.\u00a0 Tokeh sudah tidak bertegur sapa dengannya.\u00a0 Tanpa dia, perniagaan dapat berjalan.\u00a0 Tanpa pemandu harapan, barang pengeluaran susah untuk dijual. Akhirnya Pn Seri M ditunjuk laluan keluar dari kilang tempat saya bekerja itu.<\/p>\n<p><strong>Di sekolah<\/strong> terdapat ramai <strong>Guru Besar perempuan<\/strong>. Sepanjang saya bertugas, \u00a0ramai rakan-rakan GB terdiri dari GB perempuan.\u00a0 Secara ikhlas saya menerima banyak komen dari guru bahkan ramai diantara PK lelaki yang tidak menyenangi GB perempuan (walaupun bukan semua). Terdapat ramai pekerja yang susah untuk berurusan dengan GB perempuan. Kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah punca\u00a0timbul masalah GB dengan kakitangan \/ guru bawahan. Mereka seringkalai memperincikan\u00a0arahan yang diterima dan JPN \/ PPD secara langsung tanpa kompromi.\u00a0\u00a0Dalam arahan yang sebegini, budi bicaara merupakan aspek penting ketika membuat arahan.\u00a0 Ada diantaranya mempunyai kebolehan mengurus yang rendah disebabkan kurang pengetahuan (sebelum ini)\u00a0untuk menguruskan \u00a0kerja-kerja asas harian seperti kegagalan prasarana di sekolahnya &#8211;\u00a0 kerosakan, pembaikan, pembinaan, kemudahan letrik, air dan sebagainya.\u00a0\u00a0Perkara-perkara seperti ini adalah penting dalam memperkasakan kebolehan mengurus.<\/p>\n<p>Selain dari itu, pengalaman lalu dalam pengurusan sumber manusia juga penting. Ianya tidak diajar dengan cara khusus bila menjawat jawatan GB sebaliknya perlu dipelajari melalui pengalaman lalu ketika menjadi PK atau ketika melibatkan diri dalam organisasi lain \u00a0didalam atau diluar skop pendidikan. Pengurusan sistem pejabat dan lain-lain sistem di sekolah dengan berkesan dapat membantu meminima rasa tidak puashati orang bawahan kita. Selain itu, GB tidak boleh angkuh dan sombong.\u00a0 Saya &#8216;ketua&#8217;, saya &#8216;Guru Besar&#8217;, saya\u00a0&#8216;tahu&#8217;, saya &#8230; saya &#8230; semua saya (hebat), juga tidak membantu tetapi kata-kata yang lebih berhemah dengan raut wajah yang sering menyelesaikan masaalah menyebabkan tidak timbul banyak masaalah.<\/p>\n<p>Sungguhpun nasib GB perempuan ini tidak seperti nasib Pn Seri M tetapi didapati ramai GB perempuan yang menukarkan PKnya, berulang-alik ke PPD mengadu hal guru di bawahnya, meronta-ronta untuk menukarkan guru masing-masing, bermasam muka dengan staf dan sebagainya.\u00a0 Ini berlaku kerana GB ini tidak dapat menguruskan masaalah yang timbul di sekolahnya.\u00a0 Tidak dapat dinafikan ada GB lelaki pun yang seperti itu (termasuk saya).<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun &#8216;wajarkah saya menyatakan&#8217; <em>perempuan, tetap perempuan<\/em>.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;banyak cerita &#8216;ragam&#8217; GB perempuan, maupun GB lelaki yang ingin dicoretkan , tambahan ragam GBpencen (lebih teruk ) lebih banyak untuk dicoretkan. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Coretan terdahulu\u00a0memperkenalkan profesion baru saya\u00a0 sebagai pekerja pengurusan terendah di sebuah kilang. \u00a0Kini masih bekerja dengan sedikit tambahan &#8216;item&#8217; dalam senarai tugas.\u00a0 Masuk jam 10.00 pagi, balik jam 3.00 petang cukup untuk tambah duit &#8216;top up&#8217; dengan duit &#8216;ikan&#8217;.\u00a0 Alhamdullilah,\u00a0\u00a0terisi juga masa lapang saya untuk mengelak &#8216;bergocoh&#8217; dengan bini jika panjang sangat masa di rumah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/353"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=353"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":495,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/353\/revisions\/495"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}