{"id":355,"date":"2009-10-22T04:18:42","date_gmt":"2009-10-22T04:18:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=355"},"modified":"2009-10-22T14:31:30","modified_gmt":"2009-10-22T14:31:30","slug":"sentiasa-30-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=355","title":{"rendered":"Sentiasa 30 tahun .."},"content":{"rendered":"<p>Setiap kali ada kontoversi, akan kedengaran ungkapan &#8216;Aku sudah 30 tahun jadi Guru Besar (GB)&#8217;.\u00a0 Begitu juga kalau ada sembang-sembang kosong, cabar mencabar, ungkapan itulah \u00a0yang terkeluar dari mulutnya\u00a0menggambarkan begitu banyak pengalaman yang dilaluinya.\u00a0 Rasanya\u00a0tidak dapat ditandingi oleh sesiapa antara kami GB yang lain .. tambahan lah saya.<\/p>\n<p>Kerja dan penglibatannya dalam berurusan dengan JPN memang tidak dapat dipertikai.\u00a0 Kebolehan kawan saya ini untuk bersemuka dan berkomunikasi dalam banyak hal mengenai pengurusan sekolah jarang dapat di tandingi oleh sesiapa di kalangan kami. Sering dapat dilihat beliau mewarnai perjumpaan-perjumpaan dengan info-info terkini dan merujuk kepada maklumat Jabatan dan Kementerian\u00a0dengan \u00a0tepat (mungkin &#8211; sebab saya tidak banyak yang tahu).\u00a0 Calang-calang pegawai di JPN dan di PPD, jarang berani bersemuka dalam banyak hal. Suaranya yang tegas dan penuh yakin selalu membuatkan rakan-rakan GB lain hanya mampu mendengarnya sahaja.<\/p>\n<p>Beliau juga manusia biasa, sama seperti kita semua.\u00a0 Saya cuba menghidu bagaimana menangani keperkasaannya.\u00a0 Saya cuba memudahkan keadaan untuk mendekati\u00a0beliau moga saya dapat mempelajari sesuatu dari orang yang se gah ini.\u00a0Dengan berhemah saya selalu memuji kebolehannya.\u00a0 Saya suka bertanya mengenai perkara-perkara yang telah saya buat untuk menguji pandangannya.\u00a0 Nampaknya tiada banyak bezanya antara apa yang saya dan dia lakukan di sekolah.\u00a0 Malah ada antaranya yang saya lakukan yang beliau belum lakukan dan juga yang sebaliknya.<\/p>\n<p>Saya pernah menjadi GB di sekolah peninggalannya selepas beberapa orang GB selepasnya .\u00a0 Lama dia di sekolah itu.\u00a0 Saya dapati hasil peninggalannya memang banyak dan boleh dikatakan mengagumkan.\u00a0 Tetapi semasa saya mengambil alih semua hasil tangannya masih ada tetapi semakin pudar.\u00a0 Ada guru-guru yang seangkatan dalam masa pemerintahannya mengakui dan mengaguminya.\u00a0 Kepudaran itu\u00a0\u00a0disebabkan tiada &#8216;folow up&#8217; apa yang telah dilakukan oleh GB hebat ini.\u00a0 Dalam erti kata lain, tiada tindak ikut, pemantauan pembaikan dan naik taraf.\u00a0 Akhirnya tinggal bekas, tinggal kenangan.\u00a0 Saya pula cuba melakukan yang terbaik yang saya fikirkan, tetapi oleh sebab baru ke jawatan itu, saya masih tercari-cari rentak untuk terus menabur khidmat dan meninggal jasa di situ.<\/p>\n<p>Hasil peninggalan saya di sekolah lama juga akan menjadi pudar .. seperti itu akhirnya (?)<\/p>\n<p>Di akhir kariernya beliau berada di sebuah sekolah yang diberitakan tidak kurang juga hebatnya.\u00a0 Oleh sebab kehebatannya, \u00a0maka sekolahnya jarang dijadikan ikon mencari kesalahan.\u00a0 Banyak pihak beranggapan sekolah yang beliau kendalikan adalah hampir kepada taraf\u00a0 &#8216;perfect&#8217;.\u00a0 Jadi <em>bermaharajalela<\/em> lah dia untuk membuat apa saja berdasarkan pengalamannya yang &#8216;jenuh&#8217; di masa-masa lalu.<\/p>\n<p>Di akhir kariernya juga, perhubungan dengan GB lain penuh rasa hormat.\u00a0\u00a0 Perhubungannya dengan rakan kongsi perniagaan semakin menjadi.\u00a0 Beliau berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sebagai bekalan menjelang persaraannya.\u00a0 Produk Pendidikan menjadi asas kepada perniagaannya.\u00a0 Jualan secara kecil-kecilan dibuat melalui rakan-rakan GB kami.\u00a0 Nampak dia sudah mula menempa kejayaan.\u00a0 Sehubungan dengan itu dia telah layak untuk mempunyai isteri kedua yang muda, segak dan bergaya.<\/p>\n<p>Tarikh persaraan semakin hampir.\u00a0 Audit terakhir sebelum persaraannya menimbulkan banyak masaalah.\u00a0 Dokumen kewangannya bertaburan disebabkan pemantauan ke atas kerani kewangannya dialpakan.\u00a0 CC sekolah saya juga diarahkan untuk membantu sekolah GB rakan saya ini untuk menyelesaikannya tetapi masih tidak berjaya kerana kurang kerjasama.\u00a0 Audit sekolah juga datang menetap di sebuah hotel berhampiran dengan sekolahnya untuk membantu.\u00a0 Tidak tahu apa kesudahan.<\/p>\n<p>GB ini terus menyepi diri dari rakan-rakan.\u00a0 Sebagai kawan saya mengunjunginya tapi tidak banyak yang saya dapat membantu sekadar menyampaikan simpati.\u00a0 Dia bersara awal sedikit dari saya pada usia 55 tahun.\u00a0 Saya tidak dapat menghubunginya sehingga sekarang.\u00a0 Begitu juga dengan rakan-rakan GB yang lain.\u00a0 Saya terus berharap beliau selamat dalam persaraan.<\/p>\n<p>Semoga menjadi satu iktibar kepada semua.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang kerani tegur-tegurkan.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap kali ada kontoversi, akan kedengaran ungkapan &#8216;Aku sudah 30 tahun jadi Guru Besar (GB)&#8217;.\u00a0 Begitu juga kalau ada sembang-sembang kosong, cabar mencabar, ungkapan itulah \u00a0yang terkeluar dari mulutnya\u00a0menggambarkan begitu banyak pengalaman yang dilaluinya.\u00a0 Rasanya\u00a0tidak dapat ditandingi oleh sesiapa antara kami GB yang lain .. tambahan lah saya. Kerja dan penglibatannya dalam berurusan dengan JPN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[7],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/355"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=355"}],"version-history":[{"count":13,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/355\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":566,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/355\/revisions\/566"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=355"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=355"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=355"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}