{"id":363,"date":"2009-08-14T15:36:30","date_gmt":"2009-08-14T15:36:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=363"},"modified":"2009-10-16T14:03:06","modified_gmt":"2009-10-16T14:03:06","slug":"ulang-setengah-tahun-di-alam-maya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=363","title":{"rendered":"Ulang setengah tahun di alam maya."},"content":{"rendered":"<p>14hb Ogos, 2009\u00a0 (HARI INI) genap enam bulan Guru Besar Pencen (GBP) berada di alam maya. Ia merupakan detik sejarah peribadi yang hanya perlukan penilaian sendiri. Berbagai perasaan bermain di hati namun ia hanya beberapa lakaran kenangan yang belum sempat <em>di kategorikan<\/em>. Merangkumi semua aspek yang menjadi kenangan &#8211; sepanjang melayari kehidupan. Ada banyak lagi lakaran entri yang sedang menunggu giliran (sementara belum ada kesempatan) sebelum kehidupan disini\u00a0berakhir.\u00a0\u00a0<\/p>\n<p>Kajian separuh penggal pertama syarikat koprat menjana keuntungan berbillion ringgit, namun kajian separuh penggal GBP menjana kenangan yang tidak ternilai harganya. Bertuah blog ini berada dalam penulisan maya walaupun tiada seindah blog-blog lain.\u00a0 Peluang untuk mencoret kenangan digunakan sebaiknya untuk dikongsi pada yang sudi, jika tidakpun, \u00a0ianya akan menjadi diari kehidupan peribadi sepanjang zaman. Pada prinsipnya, GBP mempunyai cara tersendiri mempersembahkan coretan.\u00a0 Ianya didorong oleh cara GBP menguruskan keadaan &#8211; telah terbawa-bawa dengan gaya dan cara menulis di blog ini.\u00a0 Tidak ada apa-apa yang cuba ditonjolkan dalamnya,\u00a0hanya pengalaman lalu terus mengajar kita semua &#8211; hanya itu yang mahu dikongsi.<\/p>\n<p>Tidak dapat dinafikan penulisan blog mempunyai cabarannya..\u00a0 Sekerdil blog ini pun mendapat komen peribadi dari rakan-rakan yang ditemui.\u00a0 Berbagai pandangan telah diterima namun ianya akan terus berada di maya untuk selama yang boleh.\u00a0 Semuanya akan dijadikan panduan untuk GBP terus memperkasakan diri dengan berpegang kepada kebenaran peribadi untuk dikongsi melalui komen\u00a0(dalam entri atau bersemuka).\u00a0 Dengan\u00a042 coretan (entri) bersama\u00a0 &#8216;visitors&#8217; mencecah 2017 (14hb Ogos, 2009) bukanlah sesuatu yang isitimewa tetapi ianya satu perkiraan yang tidak menghantui saya untuk terus berada di sini. Dengan 173 komen yang sebahagiannya adalah jawapan komen dari GBP sudah cukup membanggakan saya.\u00a0 Terima kasih pengomen (betulkah perkataan ini).<\/p>\n<p>Ramai (mungkin) pembaca (yang mengenali saya) yang tidak menurunkan komen (walaupun percuma) kerana <strong>segankan <\/strong>saya. Saya sedar bahawa perawakan wajah saya (yang bengis &#8211; walaupun tidak cengea) selalu menyukarkan seseorang untuk berkomunikasi dengan saya.<\/p>\n<p>Sepanjang pengamatan saya di blog-blog (kebanyakan blog guru) semuanya mempunyai kemahiran yang baik dan tinggi.\u00a0 Banyak informasi yang boleh diperolehi bagi membantu seorang guru melayari kehidupan. Serasanya setiap orang guru harus mempunyai blognya sendiri.\u00a0 Sungguhpun begitu blog guru-guru yang sedia ada sudah cukup untuk mereka yang tidak punya blog menumpangnya (termasuk blog saya &#8211; GBP).<\/p>\n<p>Mengunjungi blog-blog lain (yang begitu banyak sekali) terpanggil untuk memberi pendapat bahawa, kemudahan maya telah membuka ruang dan peluang kebebasan bersuara yang begitu luas.\u00a0 Terutamanya blog-blog politik.\u00a0 Ianya begitu lantang, garang tanpa di larang\u00a0&#8211; menyatakan pendapat, begitu terdedahnya pemikiran seseorang sehinggakan kadangkala kita tidak dapat memikirkan hala tuju sebenar.\u00a0 Ada yang benar dan ada yang kita perlu berfikir lebih panjang untuk mengakurkan kebenarannya.\u00a0 Biarlah begitu kerana kita yakin pembaca semua mempunyai citarasa dan prinsip sendiri untuk menerima atau menolaknya.<\/p>\n<p>Apa pun, &#8216;sebagai pelayan kecil tanah airnya&#8217; masih juga mahu (walaupun sudah berusia) bersama dalam arena sendiri, walaupun ilmu tiada seberapa tetapi bahasa masih ada, walau ceritanya cerita biasa tetapi ceritanya benar belaka,\u00a0 walaupun tulisan tidak semacam mana tetapi melalui pengalaman dakwat di tinta,\u00a0 walaupun sedikit pengalaman ditimba tetapi hakikat ingin dikongsi bersama, walaupun &#8230;<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;..hanya seorang guru biasa, yang mengajar tulis dan baca &#8230;(usmanawang)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>14hb Ogos, 2009\u00a0 (HARI INI) genap enam bulan Guru Besar Pencen (GBP) berada di alam maya. Ia merupakan detik sejarah peribadi yang hanya perlukan penilaian sendiri. Berbagai perasaan bermain di hati namun ia hanya beberapa lakaran kenangan yang belum sempat di kategorikan. Merangkumi semua aspek yang menjadi kenangan &#8211; sepanjang melayari kehidupan. Ada banyak lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[15],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/363"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=363"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":506,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/363\/revisions\/506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}