{"id":373,"date":"2009-08-22T11:10:58","date_gmt":"2009-08-22T11:10:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=373"},"modified":"2009-10-16T14:00:57","modified_gmt":"2009-10-16T14:00:57","slug":"iklan-harta-puaka-for-sale","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=373","title":{"rendered":"(Iklan) Harta Puaka &#8211; &#8216;for sale&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Maaf &#8211; hanya sebuah iklan (<em>cerita ini cerita sebenar sungguhpun begitu<\/em> <em>nama-nama dalam cerita ini bukan nama sebenar<\/em>) :<\/p>\n<p>Awal memang beria-ia untuk menjual tanah pusaka ini.\u00a0 Yang lain (perwaris lain) pun beria-ia juga tetapi mendiamkan diri.\u00a0 Tanah seluas 37.5 ekar itu bersebelahan dengan lokasi Crystal Golf, Valdor, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.\u00a0Tanah tersebut melalui satu rantaian sejarah keluarga yang unik.\u00a0 Ianya bukan sekadar harta pusaka tapi ianya sudah hampir menjadi <strong>harta puaka.<\/strong>\u00a0dengan sebab itulah <em>mungkin<\/em> telah\u00a0mendorongnya untuk mengiklankan jualan tanah tersebut dalam akhbar Metro, 19hb Ogos, 2009.<\/p>\n<p>Keluarga (arwah) ayah Awal dan keluarga (arwah) ayah Azmi memiliki separuh dari keluasan tanah tersebut.\u00a0 Ayah-ayah mereka adalah abang saya.\u00a0 Dan keluarga (arwah) Tok Smeea memiliki separuh lagi. Sekarang rangkaian pewaris sudah berleret-leret panjangnya tapi semua mereka sudah bernafsu benar untuk menjual tanah tersebut.\u00a0 Tanah itu sudah tidak berhasil lagi.\u00a0 Walaupun begitu semuanya membisu seribu bahasa kerana&#8230;..<\/p>\n<p>Dulu semasa arwah-arwah ini masih hidup, keluarga Tok Smeea mentadbir tanah tersebut sebagai sebuah ladang (estate) getah.\u00a0 Selepas meninggal dunia, salah seorang dari keluarga ini (En Aseop) meneruskan urustadbir tanah tersebut. Sehinggalah keluarga abang-abang saya sedar bahawa tanah tersebut telah tidak lagi memberi keuntungan kepada keluarga kami. Semua sepakat menyerahkan\u00a0urusan jualan kepada En Aesop.\u00a0 <strong>Jualan gagal<\/strong> dibuat dengan sedikit kekeliruan tetapi berjaya mengagihkan 10% cagaran pembelian bernilai RM400,000.00 kepada semua pewaris.<\/p>\n<p>Tanah telah di &#8216;kavet&#8217; oleh bekas pembeli yang telah kehilangan RM400,000 cagaran pembelian. Asas &#8216;kevet&#8217; kerana\u00a0ada diantara pewaris yang telah diberi\/menerima <em>wang tambahan<\/em> sebanyak RM100,000.00 (untuk keluarga kami) dan RM100,000.000 untuk keluarga En Aesop . Arwah abang-abang saya telah memulangkan semula wang tersebut\u00a0kepada peguam ( dan\u00a0masih dalam simpanan peguam) sebagai memudahkan urusan\u00a0membuka semula kavet bagi penjualan seterusnya nanti. Sehingga sekarang &#8216;kavet&#8217; tidak boleh dibuka melainkan keluarga En Aesop mengembalikan wang tambahan RM100,000.00 yang diterimanya.. <em>kata peguam<\/em>.<\/p>\n<p>Tahun ini saya telah membayar bayaran hasil tanah tersebut kerana <strong>takut tergadai<\/strong>.\u00a0 Tahun-tahun sebelumnya ada sanak saudara saya yang agak berada menjelaskan bayaran tersebut.\u00a0 Dia juga takut tergadai.\u00a0 (orang lain entahlah &#8230; ). Nama saya tidak pun tercatat dalam senarai pewaris di geran tanah itu.\u00a0 Demi sayangkan tanah pusaka bahagian abang-abang saya, saya gagahi juga.\u00a0 Saya juga berharap tanah tersebut untuk dijual.\u00a0\u00a0 Saya kasihankan arwah yang telah berusaha untuk menyediakan pusaka untuk anak cucunya\u00a0tetapi sekarang sudah semakin menjadi puaka dengan gelagat manusia. Awal menetapkan harganya RM6.00 sekaki persegi diiklannya dan saya mempertaruhkan RM5.00 adalah <em>last price<\/em> kerana wasiat tidak rasmi dari ayah Awal bahawa beliau berharap harga RM5.00 sekaki persegi itu harus dipertahankan. Hampir RM6juta boleh diagihkan mengikut &#8216;faraid&#8217; <strong><em>kalau <\/em><\/strong>boleh dijual dengan harga itu.<\/p>\n<p>Kepada semua keluarga saya, <strong>demi Allah<\/strong> tiada kepentingan apa-apa untuk mendesak saya menjual tanah itu untuk kepentingan saya.\u00a0 Yang penting kerukunan hubungan kekeluargaan yang dipertahankan selama ini telah agak tergugat dengan harta puaka ini.\u00a0 Kita kena rasional kerana tiada siapa yang berusaha untuk menjual tanah ini hanya Awal sahaja.\u00a0 Tiada siapa yang\u00a0mempunyai hak mutlak ke atas tanah tersebut, tambahanlah saya.\u00a0Sebenarnya semua keluarga ayah Awal, ayah Azmi dan keluarga Tok Smeea ada hak atas tanah ini <strong>TAPI<\/strong> kenalah duduk semeja untuk berpakat.\u00a0 Pakat membawa berkat;\u00a0 wasangka membawa perasangka dan camcamerba.<\/p>\n<p>Kepada keluarga Aesop :\u00a0 Bukalah \u00a0hati duduk semeja .. berunding.\u00a0 Semua akan dapat habuannya.\u00a0 Usaha perasangka kerana harta puaka ini jika diperolehi nanti,\u00a0 sudah\u00a0tidak perlu lagi <strong>&#8216;memegang cangkul&#8217;<\/strong>, hanya sediakan jari untuk mengira duit berjuta .\u00a0 Insyaalah.<\/p>\n<p>Kepada pembeli : kalau benar hendak membeli, usahlah jadi broker &#8216;air liur&#8217; saja.\u00a0 Tunjukkan kesungguhan, amanah dan telus, pasti hajat tidak terhalang. 2 <em>panggilan telefon dari bakal pembeli belum menunjukkan tanda-tanda positif. <\/em><\/p>\n<p><em>..gbpencen&#8230;bersedia untuk mengigit &#8216;gigit jari&#8217;&#8230;.. kerana sangat mengetahui bahawa inilah <strong>dunia<\/strong>.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Maaf &#8211; hanya sebuah iklan (cerita ini cerita sebenar sungguhpun begitu nama-nama dalam cerita ini bukan nama sebenar) : Awal memang beria-ia untuk menjual tanah pusaka ini.\u00a0 Yang lain (perwaris lain) pun beria-ia juga tetapi mendiamkan diri.\u00a0 Tanah seluas 37.5 ekar itu bersebelahan dengan lokasi Crystal Golf, Valdor, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.\u00a0Tanah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[11],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/373"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=373"}],"version-history":[{"count":11,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/373\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":504,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/373\/revisions\/504"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=373"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=373"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=373"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}