{"id":388,"date":"2009-09-12T03:15:36","date_gmt":"2009-09-12T03:15:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=388"},"modified":"2009-10-16T03:50:59","modified_gmt":"2009-10-16T03:50:59","slug":"satu-pencarian-pernikahan-tanpa-restu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=388","title":{"rendered":"Satu Pencarian : Pernikahan tanpa restu (?)"},"content":{"rendered":"<p>Rajmah merupakan anak ke 5 dari (6) orang adik beradik.\u00a0 Anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran.\u00a0 Sangat disenangi dan disayangi.\u00a0 Bila keluar saja keputusan SPM, telah melayakkannya untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (Amerika Syarikat). Abangnya juga menuntut di sana .\u00a0 Pada masa itu abangnya masih menuntut Amerika Syarikat &#8211; Nebraska University.\u00a0\u00a0Sebelum itu, diberitahu bahawa dia selalu berpesan kepada abangnya supaya jangan tinggalkan keluarga kalau seronok di luar negara.<\/p>\n<p>Setelah setahun di sana, Rajmah pulang dengan membawa banyak hadiah untuk ibu dan ayahnya nya, abang dan kakaknya, sanak saudaranya termasuk saya.\u00a0 Bergembiralah sekeluarga dengan kehadiran semula warga keluarga tersayang ini.\u00a0 Selepas sebulan bergembira di tanahair bersama keluarga, \u00a0ayah dan ibunya berangkat ke Mekah, dan <em>beberapa minggu lepas itu<\/em> Rajmah terbang kembali ke Amerika tempatnya belajar.<\/p>\n<p>1986 berlaku kegawatan ekonomi.\u00a0 Pihak MARA minta pelajarnya meneruskan pelajaran di luar negara atas dasar kalau kembali pun tiada ada pekerjaan yang boleh ditawarkan.\u00a0 Anak saudara saya akur;\u00a0 lagsung diberitakan telah berkahwin dengan lelaki berketurunan Amerika beragama Islam (katanya),\u00a0 sebelum sempat menamatkan pengajian &#8216;masternya&#8217;.\u00a0 Secara tersiratnya, abang saya begitu marah dengan perkahwinan itu langsung Rajmah tidak kembali ke tanah air. Betapa hancur hati ibu mengenangkan anak tersayang. Berbagai usaha di lakukan secara tradisonal atau cara ketuhanan namun Rajmah tidak kunjung tiba.\u00a0 Surat yang di hantar tidak di jawab, sebaliknya suratnya saja yang di terima (tanpa merujuk surat yang dihantar kepadanya) Konklusinya : keluarganya di sana menyembunyikan surat yang di terima dari Malaysia.<\/p>\n<p>Rindunya ibu bukan kepalang.\u00a0 Rindu seorang ibu jangan dikata.\u00a0 Walaupun saya bukan seorang ibu (sebab tidak boleh bersalin) tetapi rindu seorang ayah pun sudah bukan kepalang hebatnya.. <strong>inikan pula ibu<\/strong>.. <em>kehilangan anaknya<\/em>.\u00a0 Sesiapa saja yang mengenali kami sekeluarga tentu akan bertanya, adakah Rajmah telah kembali ke tanah air, adakah Rajmah, adakah, adakah &#8230;<\/p>\n<p>Putus sudah segala ikhtiar, \u00a0si ibu terus memendam rasa, si ayah juga sudah hilang bicara.\u00a0 Namun doa terus mengiringinya untuk membuka pintu hati anaknya untuk\u00a0 mengingati mereka (ibu, ayah dan keluarga)<\/p>\n<p>Walaupun hajat (seorang yang bernama ibu) \u00a0untuk bertemu Rajmah, anak kesayangannya tidak kesampaian tetapi hajatnya untuk melawat Pulau Langkawi jadi kenyataan.\u00a0 Tidak pula diceritakan kepada saya atau saya mendengar cerita dari sesiapa yang dia memang beriya-iya untuk melawat ke Pulau Langkawi. Dengan penuh kepiluan, kepulangannya saya sambut dengan pintu rumahnya terkopak (saya yang mengopak kerana tiada siapa di rumah yang berkunci) \u00a0semasa\u00a0 mayat kakak saya dalam perjalanan di bawa pulang dari\u00a0 Pulau Lagenda.\u00a0 Dia meninggal ketika berada di sana bersama sebahagian anak, menantu dan cucu-cucunya, \u00a0juga bersama suaminya (abang saya, juga seorang gbpencen).<\/p>\n<p>Ibu pergi dengan membawa bersama kerinduan yang bukan kepalang.\u00a0 Nadi berdenyut, jantung mengelombangkan perasaan sedih dan sayu. Dia jarang sekali mempamerkan kerinduan itu tapi semua tahu yang kesayuan itu telah memedihkan dadanya hingga membawa hati itu ke Pulau Lagenda.\u00a0 Jasadnya di kuburkan bersama kata-kata yang tersirat yang tidak mungkin di dengari oleh sesiapa sampai bila-bila.<\/p>\n<p>Pengkisahan ini berakhir dengan bayaran terakhir sebanyak RM25,000.00 kepada pihak penaja pengajian (MARA).\u00a0 Walaupun saya serta seorang lagi merupakan\u00a0 penjamin kepada pengajian Rajmah tetapi abang saya yang menglangsaikannya.\u00a0 Konon ceritanya, suami &#8216;mat sallehnya&#8217; menegaskan bahawa MARA telah engkar perjanjian awal, pulang setelah tamat pengajian tetapi meminta disambung pengajian.\u00a0 Adakah itu sebabnya atau itu alasannya hanya\u00a0 untuk berkahwin dengan.. (anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran)<\/p>\n<p>23 tahun telah berlalu Rajmah meninggalkan tanahairnya.\u00a0 Kini diberitakan\u00a0 Rajmah sudah beranak dua.\u00a0 Diberitakan bekerja sebagai guru Matematik di sana (USA).\u00a0 Berita dan maklumat kadang-kadang ada kadang-kadang terputus.\u00a0 E-mail mula berjawab kemudian hilang di telan alam maya. Semoga bicara kudus di petang Ramadhan ini semoga sampai ke pelusok\u00a0semesta,\u00a0 moga hati anak sekeras pepejal di bukit itu akan rapuh ditelan bayangan 2 pasang nesan kaku di pusara ibu &#8230; di pusara ayah&#8230; nya, di pagi raya nanti.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; USA entah di mana &#8211;\u00a0 pakai baju panas (University Machigan) hadiah dari\u00a0Rajmah &#8230;.. sampai hancur. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rajmah merupakan anak ke 5 dari (6) orang adik beradik.\u00a0 Anak yang paling cantik, manis, mudah senyum, peramah, warak dan alim , apatah lagi sangat pandai dalam pelajaran.\u00a0 Sangat disenangi dan disayangi.\u00a0 Bila keluar saja keputusan SPM, telah melayakkannya untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (Amerika Syarikat). Abangnya juga menuntut di sana .\u00a0 Pada masa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[11],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/388"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=388"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":500,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/388\/revisions\/500"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}