{"id":395,"date":"2009-09-20T03:41:56","date_gmt":"2009-09-20T03:41:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=395"},"modified":"2009-10-16T03:44:36","modified_gmt":"2009-10-16T03:44:36","slug":"raya-masuk-hutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=395","title":{"rendered":"Raya masuk hutan."},"content":{"rendered":"<p>Orang la (sekarang) ni bagus.. raya tak masuk hutan.<\/p>\n<p>Begitulah \u00a0salah satu antara ratusan ungkapan yang diucapkan oleh <strong>arwah emak saya<\/strong> yang saya tidak dapat lupakan.\u00a0 Dia seorang yang tidak berpelajaran tetapi (pada saya) penuh dengan pengalaman. Mutiara katanya terpahat kuat dalam minda saya sepanjang zaman.\u00a0Sinis dan bermakna serta berpengajaran.<\/p>\n<p>Seperti cerita sebelumnya, orang dulu-dulu tidak sekuat amalan agamanya seperti orang sekarang. Berkoyan-koyan cerita bomoh membomoh, kurafat, mistik, maksiat dan ada juga menjurus kepada perkara syirik sering diperdengarkan oleh emak kepada saya.\u00a0 Hari ini cerita itu diperdengarkan kembali melalui rakaman kerinduan saya kepada emak terutama menjelang hari raya.<\/p>\n<p>&#8216;Pak hang dulu, bila raya semua masuk hutan&#8221;\u00a0 <em>Semua<\/em> membawa maksud : dia (bapa saya) berserta kawan-kawannya ketika usia\u00a0muda.\u00a0 Mereka semua akan masuk ke hutan untuk berjudi menjelang hari raya sehinggalah beberapa hari raya berikutnya;\u00a0 ataupun sehingga kehabisan wang. Berjudi di hari raya hanyalah sebagai hobi biasa atau kemestian di hari raya, <em><strong>bukanlah sampai menjadi kaki judi<\/strong><\/em>.\u00a0 Ia dianggap sebagai satu kemestian dalam aturcara hari raya pada orang-orang muda ketika itu.<\/p>\n<p>Menjawab soalan saya,\u00a0emak menyatakan tiada siapa pun akan melarang orang-orang muda\u00a0ketika itu berjudi di hari raya kerana sebelum itu pun orang tua-tua juga telah melakukan perkara sedemikian semasa mereka muda.\u00a0 Tradisi sedemikian sudah menjadi budaya.\u00a0\u00a0Emak menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang pun masih longgar dan tiada tindakan dibuat oleh pengamal undang-undang pada masa itu.<\/p>\n<p>Mengapa perlu masuk hutan ? Jawapan :\u00a0\u00a0Sering diperkatakan dari dulu sehingga sekarang dan tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang melayu (orang kampung) sangat tinggi budi bahasanya.\u00a0 Oleh yang demikian, keganjilan tingkah laku berjudi pada hari raya\u00a0tidak di pamer di khalayak.\u00a0 Rasa hormat kepada orang tua dan masyarakat masih ada.\u00a0 Oleh itu gelanggang judi dibuka di kawasan belukar kecil yang banyak diketika itu.\u00a0 Emak pula hanya tersenyum ketika melakari ceritanya kepada saya; \u00a0menunjukan dia juga tiada apa-apa halangan untuk bapa saya berbuat demikian &#8211; katanya <em>larang pun buat.. tak larang pun buat<\/em>.. (lakukan juga).<\/p>\n<p>Ungkapan itu diucapkan kepada saya ketika saya duduk (bertimpuh katak) mengadap bersalaman dengannya disuatu pagi di hari raya.\u00a0 Mungkin salaman itu kali pertama saya lakukan terhadapnya setelah saya mendapat petunjuk dari guru di sekolah (<em>terima kasih cikgu<\/em>).\u00a0 Dia merasakan satu kelainan dari sebelumnya yang belum pernah dilalauinya sepanjang dia bergelar ibu.\u00a0 Abang sulung saya pernah berkata (bila saya bertanya) \u00a0bahawa dia malu (segan) untuk bersalaman dengan emak (?) di hari raya tapi <strong>tidak bermakna<\/strong> dia tidak sayangkan emak. Emak melihat ramai orang merayakan hari raya dengan adab tertib dan mengamalkan nilai-nilai agama dengan baik.\u00a0 Wajah gembiranya terpancar di pagi raya itu.<\/p>\n<p>Pada ketika itu, budaya negatif menjadi perkara yang agak biasa kepada anak-anak muda. Penerapan nilai di sekolah agak kurang berkesan kerana tiada penekanan khusus dan sering tidak mendapat kerjasama dari ibubapa.\u00a0 Ini berlaku kerana ibubapa di rumah juga tidak mengamalkan nilai-nilai agama dengan mantap.\u00a0 Namun lama-kelamaan selepas itu ianya menjadi semakin berkesan setelah mendapat kerjasama dari semua pihak. Semasa saya mula mengajar, amalan berjudi sebagai &#8216;hobi memenuhkan masa lapang&#8217;\u00a0 juga berlaku tetapi tidaklah di pagi raya&#8230;<\/p>\n<p>Bila meningkat dewasa, kata emak ; bapa saya telah merubah wajahnya kepada seorang yang mendampingi masjid.\u00a0 Bermula sebagai siak, kemudian bilal dan menjelang saat-saat akhirnya dia sudah menjadi imam.\u00a0 Sedap bacaan Qunutnya pada awal pagi, kata emak, <em>tapi saya masih <strong>tidur<\/strong><\/em>.<\/p>\n<p>Sekali\u00a0air bah, sekali pantai berubah.. pantai sekarang sudah banyak berubah, bahkan telah terhakis <strong>seperti terhakisnya<\/strong> nilai-nilai yang tidak baik di kalangan kita.. alhamdullilah.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; dah tak main judi,\u00a0 cuba belajar main forex pula.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang la (sekarang) ni bagus.. raya tak masuk hutan. Begitulah \u00a0salah satu antara ratusan ungkapan yang diucapkan oleh arwah emak saya yang saya tidak dapat lupakan.\u00a0 Dia seorang yang tidak berpelajaran tetapi (pada saya) penuh dengan pengalaman. Mutiara katanya terpahat kuat dalam minda saya sepanjang zaman.\u00a0Sinis dan bermakna serta berpengajaran. Seperti cerita sebelumnya, orang dulu-dulu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/395"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=395"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/395\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":497,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/395\/revisions\/497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=395"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=395"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=395"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}