{"id":426,"date":"2010-01-12T08:48:54","date_gmt":"2010-01-12T08:48:54","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=426"},"modified":"2010-01-12T08:48:54","modified_gmt":"2010-01-12T08:48:54","slug":"naik-taraf-amalan-ibadat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=426","title":{"rendered":"Naik taraf amalan ibadat"},"content":{"rendered":"<p>Cikgu Nick, nama sebenarnya Nick Ritchie De Souza berketuruana Spanyol Islam.\u00a0 Dia telah dimelayukan oleh isterinya,\u00a0 Kak Timah jiran saya. Mereka sahabat baik kami sekeluarga.\u00a0 Tabiatnya suka &#8216;complaint&#8217; rancanagan televisyen ketika itu &#8211; sekitar di penghujung tahun 70an ketika tv masih hitam-putih.<\/p>\n<p>Antara &#8216;complaint&#8217; yang pernah disanggah oleh isterinya ialah ketika beliau menegur seorang penyanyi satu program pertandingan nyanyian di televisyen yang tidak pandai menyanyi.\u00a0 <em>&#8216;walaupun saya tidak pandai menyanyi, tidak semestinya saya tidak tahu nyanyiannya itu tak sedap didengar&#8217; <\/em>katanya<em>.<br \/>\n<\/em><\/p>\n<p>Saya, \u00a0 walaupun saya tidak warak atau alim,\u00a0 tidak semestinya saya berdoasa jika memperkatakan sesuatu mengenai amalan agama yang mencelarukan beberapa individu mengikut peringkat kematangan dan kebolehan agamanya.\u00a0 Hanya satu yang menjadi kesalahan kerana ceteknya ilmu agama saya.<\/p>\n<p>Beberapa tahun dahlu saya rasa agak hairan kerana ada murid-murid saya menepuk tangan menggunakan bahagian belakang tangan.\u00a0 Kerana kejahilan saya, saya\u00a0 memberanikan diri untuk bertanya mereka mengapa dilakukan demikian (?)\u00a0 Jawapan yang saya terima ialah kerana bertepuk di bahagian dalam tangan akan mengeluarkan (membiakkan) syaitan. Mereka terus bertepuk begitu cara.<\/p>\n<p>Melalui pengalaman saya, dari dulu lagi kita melakukan tepuk tangan ialah untuk sesuatu yang menggembirakan &#8211;\u00a0 hanya dengan menggunakan tapak tangan.\u00a0 Tidak pula ada ustaz dulu-dulu yang\u00a0 menceritakan sedemikian.\u00a0 Ustaz-ustaz dulu pun bertepuk melalui bahagian dalam tangan juga.<\/p>\n<p>Adakah ketika itu tiada nas yang ditemui , atau masih belum terjumpa kaedah baru ini dalam kitab-kitab lama dan adakah ajaran ini ditemui dalam kitab-kitab agama moden yang baru dikeluarkan atau amalan ini dikeluarkan oleh tok-tok guru dalam zaman moden.\u00a0 Jika ini dijadikan persoalan,\u00a0 maka adakah orang itu dari kalangan orang jahil (?) kah.<\/p>\n<p>Duduk bersimpuh makan bertalam di dalam masjid di suatu ketika.\u00a0 Saya bersama 3 orang rakan makan bersama.\u00a0 Salah seorang dari kami menyepit nasi dengan dua jarinya.\u00a0 Maka bila ditanya, beliau menjawab inilah cara makan yang diamalkan oleh nabi &#8211; mengikut sunnah.\u00a0 Untuk tujuan kesihatan, makan begitu akan mengurangkan gelojoh dan kapasiti makanan.\u00a0 Kita sebagai ahli sunnah patut mengingkutnya.\u00a0 Secara jujur saya <strong>tidak selesa <\/strong>makan begitu.\u00a0 Saya terus menggunakan tangan dan kesemua jari saya untuk menyuapkan makan.\u00a0 Salahkah saya ?<\/p>\n<p>Selepas solat berjemaah, doa dibacakan.\u00a0 Dari dahulu lagi amalan doa dan wirit sudah menjadi sebati dengan semua jemaah.\u00a0 Diamalkan dengan sebaiknya.\u00a0 Dihayati dengan penuh keinsafan\u00a0\u00a0 Tetapi pada\u00a0 suatu ketika,\u00a0 tidak berapa lama dulu terdapat <strong>satu alunan lagu tambahan <\/strong>di dalam doa tersebut.\u00a0 Beberapa kali saya mengikutinya,\u00a0 saya juga telah boleh melagukannya.\u00a0 <strong>Tapi diakhir-akhir ini pula, <\/strong>saya tidak pernah pula terdengar imam melagukan alunan tersebut semasa berdoa. \u00a0 Mungkin saya tidak selalu mengikuti kuliah tapi mengapa dulu tiada, kemudian ada, kemudian tiada pula.\u00a0 Sekejap ada sekejap tiada ..<\/p>\n<p>Di suatu masa dulu,\u00a0 di sana sini akan kedengaran bunyi suara berbisik-bisik membaca ayat-ayat dalam rukun sambil bersembahayang jemaah.\u00a0 Semuanya <strong>antara dengar dengan tidak <\/strong>saja bunyinya. Bacaan Al Fatihah dan lain-lain ayat lazim juga begitu.\u00a0 Perbuatan itu tidak menarik perhatian jemaah lain kerana pada masa itu (dulu-dulu) , bunyi sebutan-sebutan itu perkara biasa sahaja.\u00a0 Di akhir-akhir\u00a0 ini pula,\u00a0 saya berperasan suasana begitu <strong>sunyi <\/strong>ketika berjemaah.\u00a0 Sebutan-sebutan yang saya nyatakan tadi yang sebelum ini <em>antara dengar dengan tidak <\/em>sudah tiada lagi.\u00a0 Hari demi hari saya semakin perasan.<\/p>\n<p>Saya belum lagi mendengar rasional yang perkara ini harus berlaku, \u00a0 dan dari mana amalan sedemikian diperolehi dan dipraktikkan.\u00a0 Jahilnya saya yang mana ketikamana ibadat telah d<strong>inaik taraf..<\/strong> tapi saya masih ketinggalan.<\/p>\n<p>Sekarang saya tidak berani memperdengarkan bisikan ayat-ayat sembahyang saya lagi, namun <strong>warga lama <\/strong>sebelum saya masih meninggikan bunyi bacaan seperti ketika saya berjemaah semasa kecil-kecil dahulu di masjid (??). Tapi, ada jemaah muda menjeling-jeling kepadanya tapi warga lama ini\u00a0 tidak menghiraukannya (buat deek saja)<\/p>\n<p>Begitulah ketika siak di kampung saya merungus lantas mempamerkan sebidang papan kenyataan di tepi kolah wuduk di masjid yang berbunyi :\u00a0 <strong>Jangan masukkan kaki ke dalam kolah semasa membasuh kaki ketika mengambil wuduk<\/strong>&#8216;\u00a0 Sebelum itu saya ada juga terdengar seorang <em>mualim berserban besar <\/em>di kampung saya menyatakan &#8211; Lebih &#8220;afdal&#8221; (sangat baik) jika memasukkan sepenuhnya kaki dalam kolah ketika menyelesaikan &#8216;wuduk&#8217; &#8211; saya diam saja kerana ini satu amalan &#8216;baru&#8217; bagi saya yang kurang mengetahui. Semenjak itu saya selalu mengambil wuduk di pili air, lebih bersih dan selamat.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230; tidak tergamak memasukkan kaki dalam air yang makmun lain menggunakannya\u00a0 untuk berkumur. .<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cikgu Nick, nama sebenarnya Nick Ritchie De Souza berketuruana Spanyol Islam.\u00a0 Dia telah dimelayukan oleh isterinya,\u00a0 Kak Timah jiran saya. Mereka sahabat baik kami sekeluarga.\u00a0 Tabiatnya suka &#8216;complaint&#8217; rancanagan televisyen ketika itu &#8211; sekitar di penghujung tahun 70an ketika tv masih hitam-putih. Antara &#8216;complaint&#8217; yang pernah disanggah oleh isterinya ialah ketika beliau menegur seorang penyanyi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/426"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=426"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/426\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":672,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/426\/revisions\/672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=426"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=426"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=426"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}