{"id":432,"date":"2009-09-16T14:36:07","date_gmt":"2009-09-16T14:36:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=432"},"modified":"2009-10-16T03:44:56","modified_gmt":"2009-10-16T03:44:56","slug":"datuk-shukor-memang-betul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=432","title":{"rendered":"Datuk Shukor memang betul .."},"content":{"rendered":"<p>Saban tahun, selama beberapa tahun, tiada seorang pun yang memperolehi 4A dalam penilaian darjah 5 ; \u00a0namun cik gu Amran sering\u00a0 mendakwa dialah satu-satunya guru yang tidak tercicir (layak) untuk mengajar darjah 5.\u00a0 Berkelulusan LCE tidak menghalang Guru Besar saya memberi kepercayaan untuk dia terus berada dalam kelompok guru-guru elit mengajar kelas peperiksaan (di sekolah kebangsaan).\u00a0 Bila keputusan Penilian Darjah 5\u00a0 diumumkan, secara selamba sahaja guru darjah lima dan guru-guru lain melihat keputusannya.\u00a0 Tiada pun antara kami yang membantah, kecuali suara-suara kecil dari cikgu Saad, Guru Penolong Kanan yang &#8216;sangat&#8217; berkriasma. (kedua-duanya telah pun arwah &#8211; <em>al fatihah<\/em>).\u00a0 <strong>Itu dulu .. <\/strong>sekitar awal 70an. <strong><br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p>UPSR 2009, baru saja berlalu dengan sedikit perubahan. Dulupun ada ujian kecrdasan, kemudian ditiadakan dan kemudian diadakan semula.\u00a0 Sekejap ada sekejap tiada.<\/p>\n<p>Setiap kali UPSR, sikap saya sama sahaja saban tahun. Bahawa UPSR bukanlah satu penilaian seperti PMR dan SPM maupun STPM.\u00a0 Ia hanya satu mekanisme menilai murid sekolah rendah sama ada &#8216;menguasai atau tidak&#8217; kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh mereka.\u00a0 Saya meletakkan helaian amanat Datuk Shukor (KPM &#8211; ketika itu, 2005) (melalui pekelilingnya)\u00a0 di kulit fail analisa UPSR bagi menggambarkan bahawa kegagalan murid dalam UPSR bukanlah &#8211; berakhirnya sebuah impian, samada kepada ibubapa atau guru.\u00a0 Hakikatnya ialah murid mesti diberikan kemahiran yang sepatutnya untuk menyediakan mereka belajar di peringkat menengah pada tahun berikutnya. Saya rasa bersalah sekiranya ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran ini.\u00a0 Oleh itu persediaan awal harus dibuat untuk membina kemahiran asas ini seawal Tahun 3 lagi.\u00a0 Jika dilakukan sedemikian murid pasti <strong>dapat menguasainya<\/strong> (minima C ) di peringkat UPSR.<\/p>\n<p>Mengimbas kembali\u00a0 penekanan yang sering dibuat diperingkat JPN untuk membuat penonjolan negeri terbaik UPSR di Malaysia.\u00a0 Hasil diakhirnya ialah <em>Penang Best<\/em> pada suatu ketika, mengatasi Terengganu sebelumnya.\u00a0 Begitu semarak sekali gong dicanang diseluruh negeri meraikan pencapaian itu. Kebangaan memang ada asasnya tetapi pada saya pekeliling Datuk Shukor itu yang lebih penting untuk sekolah menentukan yang penguasaan minima itu harus diutamakan.\u00a0 Semua sekolah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian 5A.\u00a0 Usahlah dikatakan lagi, berbagai usaha yang bukan sedikit dibuat untuk tujuan itu.\u00a0 Akhirnya tibalah hari keputusan UPSR diumumkan.\u00a0 <strong>Secara tersiratnya<\/strong>, satu &#8216;gred&#8217; akan diberi kepada setiap sekolah.\u00a0 Sekolah baik , kurang baik dan sekolah lemah.\u00a0 Guru Besar baik, Guru Besar kurang baik dan Guru Besar lemah.\u00a0Wajarkah diberikan gelaran itu ?.<\/p>\n<p>Ada suatu ketika, satu senarai &#8216;ranking&#8217; pencapaianUPSR\u00a0 sekolah-sekolah dikeluarkan oleh JPN dan dicanangkan juga dalam siri perjumpaan dengan Pengarah terbilang, ke seluruh negeri bagi &#8216;memotivasikan&#8217;\u00a0 sekolah (khasnya Guru Besarnya) untuk terus berusaha,\u00a0 dan yang tersiratnya pula ialah bagi menunjukkan sekolah mana yang terbaik, dan sekolah mana pula yang tidak terbaik, \u00a0 dan yang paling penting pengurus sekolah mana  terbaik atau terburuk.\u00a0 Suara-suara kecil terus <strong>membantah dalam kesenyapan<\/strong> tindakan ini dan kemudiannya didengari juga di hujung-hujung telinga JPN dan perlakuan ini telah dihentikan. W<em>ajarkah dibantah ? Ada asaskah maka ia dibantah ?<\/em><\/p>\n<p>Pada setiap kali keputusan UPSR dikeluarkan,\u00a0 saya akan berdiri dihadapan pentas untuk membuat pengumuman pada murid \/ guru \/ waris (jika hadir)\u00a0dan akan menerima dengan hati terbuka apa saja keputusan yang bakal diperolehi kerana (setelah) segala usaha telah dibuat. Saya suka melihat\u00a0kesungguhan (juga reaksi) mereka (murid dan guru) untuk mengetahui hasil dari usaha yang telah dibuat ke atas mereka oleh guru-guru yang sangat perihatin.\u00a0Tetapi saya hampir menitiskan air mata (sebak) bila melihat murid yang <strong>tidak diberi harapan<\/strong>, boleh\u00a0 lulus dengan minima &#8216;c&#8217; disamping bangga dengan peningkatan pencapaian 5A .\u00a0 Dan yang paling bangga ialah peningkatan peratus penguasaan minima, yang menggambarkan secara tepat hasrat Datuk Shukor untuk murid-murid sekolah rendah.<\/p>\n<p>Tidak berhenti di situ sahaja, pada setiap kali perjumpaan dengan JPN\u00a0selepas itu, \u00a0Guru Besar yang hebat pencapaian UPSRnya akan berada di hadapan majlis. yang kurang baik,\u00a0 tumpang duduk di belakang sikit dan saya akan menyorok-menyorok di bahagian belakang sekali.\u00a0 Guru Besar yang baik akan banyak bercerita, yang kurang baik akan mencelah cerita, dan saya akan mendengar banyak cerita. Strategi disusun semula untuk mempertahankan kejuaraan negeri pada tahun berikutnya.\u00a0 Maka semuanya akan &#8216;kalut&#8217; semula.<\/p>\n<p>Murid tahun 6 akan belajar waktu pagi, petang dan malam.\u00a0 Akan melalui motivasi secara berterusan dari pelbagai pihak. Berpuluh-puluh buku aktiviti, beratus-ratus helain kerja; lengkap dengan jadual anjal, anjakan kerohanian dan banyak lagi.. Sekalung tahniah atas kesedaran dan ia <strong>akan lebih bermakna<\/strong> jika turut dilakukan oleh semua guru di\u00a0 tahun 1,2 3,4 dan 5&#8230;<\/p>\n<p><em>..gbpencen&#8230; teringat (arwah) GB Tuan Hj Hassan bin Md Johor dari Lumut,\u00a0 menyatakan bahawa kita sebenarnya <strong>tidak perlukan kelas tambahan<\/strong>, jika cikgu kita <strong>mengajar betul-betul <\/strong>dalam kelas.<\/em><\/p>\n<p><em><br \/>\n<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saban tahun, selama beberapa tahun, tiada seorang pun yang memperolehi 4A dalam penilaian darjah 5 ; \u00a0namun cik gu Amran sering\u00a0 mendakwa dialah satu-satunya guru yang tidak tercicir (layak) untuk mengajar darjah 5.\u00a0 Berkelulusan LCE tidak menghalang Guru Besar saya memberi kepercayaan untuk dia terus berada dalam kelompok guru-guru elit mengajar kelas peperiksaan (di sekolah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[7],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/432"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=432"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":498,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/432\/revisions\/498"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}