{"id":458,"date":"2009-10-15T17:32:43","date_gmt":"2009-10-15T17:32:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=458"},"modified":"2010-01-29T10:07:29","modified_gmt":"2010-01-29T10:07:29","slug":"saya-presiden-parti-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=458","title":{"rendered":"Saya Presiden Parti Baru"},"content":{"rendered":"<p>Pagi raya yang lalu saya bertemu cg (cik gu) Mazlan, PK 1,\u00a0 SK Kampung Baru, Bukit Mertajam.\u00a0 Kami meninggalkan surau taman perumahan tempat saya tinggal sebaik saja doa di aminkan. Dua soalan yang saya inginkan sangat mendengar jawapan darinya.\u00a0 Mengapa sembahyang di surau saya, tidak di surau taman tempat tinggalnya ? dan mengapa tidak mendengar khutbah raya ?<\/p>\n<p>Sebenarnya seronok (semasa pencen ni) dapat berbual dengan guru yang menunjukkan kemesraan\u00a0dengan kita.\u00a0 Mungkin saya merasa kesepian tanpa &#8216;sekolah&#8217; .\u00a0 Jawapan saya perolehi, surau di Taman Kemuning ramai jemaahnya sampai melimpah ke luar.\u00a0 Surau di Taman Bersatu tidak begitu ramai jemaahnya.\u00a0 Hakikat itu saya persetujui.<\/p>\n<p>Untuk jawapan soalan yang kedua, jawapannya seperti yang saya sangkakan.\u00a0 Khutbah di Taman Bersatu selalunya akan <strong>lebih politik<\/strong> dari penerapan keagamaan, katanya.\u00a0Kami berdua meninggalkan khutbah hari itu sebaik saja khatib mula memperdengarkan suaranya.\u00a0 Dia menolak untuk ke rumah saya dan kami berbual-bual berhampiran sebuah kedai runcit.\u00a0 Sebenarnya kami sependapat bahawa jika surau atau institusi masjid diwarnai dengan mana-mana fahaman politik yang sempit ianya sudah tentu memecah belahkan masyarakat.\u00a0 Bukan semua anak khariyah mempunyai fahaman politik yang sama.\u00a0 Kalau surau atau masjid (tempat ibadat) di dominasi oleh satu pihak, maka pihak yang lain akan mengimarahkan masjid tersebut mengikut prosudur biasa, iaitu tidak melibatkan diri dalam aktiviti tambahan yang menjurus kepada fahaman politik anjuran kumpulan dominasi itu.\u00a0 Maka itulah yang berlaku ke atas kami berdua.<\/p>\n<p>Apabila tempat ibadat sudah melambangkan arca parti tertentu dengan jelas,\u00a0ianya sudah tidak lagi melambangkan penyatuan masyarakat sekitarnya.\u00a0 Sungguhpun begitu, kita besyukur kerana masih lagi ramai berkunjung beribadat di surau.\u00a0 Sungguhpun begitu (dalam kebisuan) kelihatan jelas &#8216;riak pengunjungnya terpisah dengan\u00a0fahaman politik\u00a0 yang \u00a0tidak menguntungkan. Itulah hakikat yang perlu kita terima disamping mengharapkan kebijaksanaan pemimpim kedua-dua fahaman itu mencari jalan keluar (kalau mahu bertolak ansur)<\/p>\n<p>&#8216;Saya sudah muak bersembang politik&#8217;, itu kata cg Mazlan.\u00a0 Saya akui kata-kata dan hujahnya.\u00a0 Saya sudah tidak &#8216;bisa&#8217; untuk sembang politik kampung di kedai-kedai kopi kerana ia sudah tidak ke mana dan bermakna lagi. Sebagai jalan keluar,\u00a0Maka terbentuklah Jawatankuasa Surau yang terdiri dari : Cg Mazlan (Setiausaha Surau)\u00a0dari UMNO, Pengerusinya dari PAS dan Bendaharinya dari PKR.\u00a0 Jawatankuasanya (++) demi untuk menyelamatkan\u00a0khariyah Surau\u00a0Taman Kemuning dari terus dibelenggu perpecahan.\u00a0 Objektifnya : Tiada\u00a0politik dalam rumah ibadat.\u00a0 Berpolitiklah semahu-mahunya di luar pagar surau dan datanglah beribadat di surau (Lilllaa.. hi), sambungnnya lagi.<\/p>\n<p>Untuk tujuan politik,\u00a0 beliau (bercadang ) untuk menubuhkan parti baru yang bernama &#8216;Parti Atas Pagar&#8217;.\u00a0 Ahli parti ini terdiri dari orang-orang yang tidak mahu berpolitik.\u00a0 Semuanya hanya mendengar, melihat, berfikir, menilai dan akhirnya mengundi mana satu parti yang sesuai untuk menjadi pemerintah.\u00a0 Objektifnya ialah supaya tempat ibadat sesuai untuk beribadat dan menghakis dosa &#8216;kering&#8217; yang diperolehi pada setiap hari apabila mendengar orang-orang politik bercakap dan berlakon.( macam-macam ada).\u00a0 Senda saya, saya ingin jadi presidennya.<\/p>\n<p>Sebagai guru, kami menamatkan perbualan ringkas dan spontan di pagi raya itu\u00a0dengan cerita-cerita sekolah dan beliau berhasrat untuk\u00a0ke rumah saya petang nanti.\u00a0 Cg Mazlan juga\u00a0bercerita mengenai Guru Besar sekolahnya.\u00a0 Guru Besar &#8216;perempuan&#8217;.\u00a0 Hebat Guru Besarnya.\u00a0 Saya mengenali Guru Besar ini\u00a0dari jauh.\u00a0 Tegas dan berkesan.\u00a0 Guru Besar ini pernah menziarahi jenazah PK 1 nya\u00a0 (juga bekas PK HEM saya) dengan linangan air mata kerana secara kebetulan (diberitahu) dua hari sebelum PK 1nya <em>kembali<\/em>, dia ada meminta satu tugasan yang belum sempat dilaksanakan. Walaupun bukan itu penyebab kematiannya tetapi kadang-kadang seseorang itu perlu melihat juga dimana proses ketegasan itu <strong>harus dimulai dan ditamatkan<\/strong>. Al-fatihah, amin.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;seorang gbpencen perempuan, kawan se Taman dan sekerja saya bertanya <strong>isteri saya<\/strong> mengapa saya jarang-jarang kelihatan di surau ?\u00a0 Saya menjawab : Saya ke surau untuk berjemaah bukan untuk berpolitik<\/em>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pagi raya yang lalu saya bertemu cg (cik gu) Mazlan, PK 1,\u00a0 SK Kampung Baru, Bukit Mertajam.\u00a0 Kami meninggalkan surau taman perumahan tempat saya tinggal sebaik saja doa di aminkan. Dua soalan yang saya inginkan sangat mendengar jawapan darinya.\u00a0 Mengapa sembahyang di surau saya, tidak di surau taman tempat tinggalnya ? dan mengapa tidak mendengar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[13],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/458"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=458"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":693,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/458\/revisions\/693"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}