{"id":459,"date":"2009-10-02T07:53:59","date_gmt":"2009-10-02T07:53:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=459"},"modified":"2009-10-16T03:43:12","modified_gmt":"2009-10-16T03:43:12","slug":"tiada-lagi-sir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=459","title":{"rendered":"Tiada lagi, Sir"},"content":{"rendered":"<p>Round ke 2 :\u00a0 Selepas mengajar sebagai GSK (Guru Simpanan Kebangsaan) selama 14 minggu beberapa bulan yang lalu, \u00a0saya kembali ke sekolah untuk pusingan ke 2 selama 2 bulan mulai 14 September lalu iaitu 4 hari menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Di sekolah yang sama, kini mengajar di Tahun 4 dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup di semua kelas Tahap 2. Seronok bersama dengan murid-murid. Di Round 1, saya mengajar Science (PPSMI)<\/p>\n<p>Era baru.\u00a0 Kali ini <strong>era tanpa PPSMI<\/strong> pula.\u00a0 Sebagai anak-anak (murid-murid)\u00a0mereka cepat menyerap perubahan. Seakan-akan mereka tahu yang pelaksanaan PPSMI secara beransur-ansur akan dilupuskan, mereka membahasakan diri saya sebagai cikgu. &#8220;Cikgu masuk mengajar kami atau tidak ?&#8221;. &#8220;Cikgu mengajar di sini pulak kah&#8221;.\u00a0 Itulah antara soalan-soalan yang sempat saya dengar ketika mereka menerkam bersalaman dengan saya setelah 2 bulan saya tidak kelihatan oleh mereka.<\/p>\n<p>Seperti <em>entri<\/em> saya terdahulu, saya pernah menyatakan bahawa murid sedia belajar apa sahaja yang diajar.\u00a0 Guru juga sedia mengajar apa sahaja yang dikehendaki oleh pihak yang merencana pendidikan negara. Tiada banyak masaalah yang timbul sama ada <em>ada atau pun tiada<\/em> PPSMI.\u00a0 Yang menjadi masaalah ialah bila diadakan PPSMI ada pihak yang tidak senang,\u00a0 bila ditiadakan PPSMI ada juga pihak yang tidak setuju.\u00a0 Maka jadilah ia seperti kata peribahasa moden, <strong>&#8216;sekejap ada sekejap tiada&#8217;<\/strong>\u00a0 Oleh itu banyak guru berpendapat, ada ke, tiada ke, kita sama juga, mengikut arahan dan terima gaji. Kata orang sekarang, sudah tiada <em>&#8216;uummh&#8217;<\/em> lagi.<\/p>\n<p>Oleh sebab <em>&#8216;ada dan tiada&#8217;<\/em> \u00a0ini, maka ianya telah menjadi satu fenomena baru dalam pengurusan pendidikan di akhir-akhir ini.\u00a0\u00a0Segala keputusan yang dibuat oleh pihak perencana tidak lagi menjadi satu kejutan kepada warga yang mendidik murid-murid ini bahkan ianya menjadi satu perkara biasa.\u00a0 Perubahan akan berlaku apabila ianya dikehendaki berlaku oleh orang-orang tertentu untuk berubah, bukan datangnya dari isyarat yang diberi oleh masayarakat terbanyak. Ditambah pula (nampak) semakin tepat andaian yang selalu diwar-warkan oleh masayarakat terbanyak bahawa perubahan itu akan menguntungkan orang-orang tertentu kerana ia memakan belanja yang banyak.\u00a0 Buku, kursus, seminar, peralatan, pelupusan, prasarana dan sebagainya tentunya banyak memakan belanja.<\/p>\n<p>Selain dari itu ia juga akan mengorbankan banyak pihak.\u00a0 Tentunya yang paling nyata untuk dikorbankan ialah murid-murid di kelas yang akan sering ditinggalkan guru untuk mendapat ilmu perubahan baru itu.\u00a0 Guru-guru juga akan berkorban untuk &#8216;tune&#8217; keadaan, kaedah, persekitaran, ilmu, kemahiran dan sedikit sebanyak kepakaran baru. Guru Besar sebagai pengurus pula harus mengorbankan masa dan fikiran untuk menyesuaikan semula stok peralatan, pelupusan buku, kemudahan kelas, alat bantu dan sebagainya dengan perubahan baru yang sedikit-sedikit\u00a0sedang dilaksanakan.\u00a0 Unit Penilaian, unit buku teks, unit ICT juga sibuk merancana semula perubahan-perubahan ini.\u00a0 Semuanya akan berkorban dan ada di antaranya terkorban.\u00a0 Walaupun begitu (kata guru) ini sudah menjadi perkara biasa. Perkara biasa, kata guru. Mereka akan lakukan seperti biasa.<\/p>\n<p>Perubahan ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi.\u00a0 Mungkin juga ia merupakan salah satu pakej rangsangan ekonomi yang sedia dilaksanakan masa kini.\u00a0 Cetakan buku teks percuma, pembinaan CD ICT bentuk baru, mungkin pekej naik taraf ICT akan dilaksanakan, makmal bahasa akan diwujudkan dan imbuhan untuk guru-guru mungkin akan juga dapat dipertimbangkan (kerana menghargai pengorbanan guru yang sedia menyerap perubahan yang dilaksanakan).\u00a0 Mungkin kenalan saya bekas YB juga akan sekali lagi memperolehi kontrak bekalan ICT ke seluruh negara. (saya diberitahu beliau memperilehi kontrak tersebut ketika pelaksanaan pekej PPSMI ke 2).\u00a0 Alhamdullilah.<\/p>\n<p>Sebelum ini di &#8216;Round 1 &#8211; GSK (saya) ditegur sebagai Sir oleh Nurul Izzah (murid) . &#8221; Sir, sir nak masuk ke kelas kami ke, \u00a0sir&#8230;&#8221; kata Nurul Izzah kepada saya.\u00a0 Sekarang Nurul Izzah berkata &#8221; Cikgu datang mengajar sekolah ini pula ke, cikgu?&#8221;.\u00a0 Pada saya walaupun hanya perkataan <em>sir<\/em>, Nurul Izzah merasakan Bahassa Inggeris semakin diperlukannya untuk belajar kerana ketika saya mengajar Sains saya sering berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sekarang dia hampir menyedari yang Bahasa Inggeris adalah satu matapelajaran sahaja. (mungkin).<\/p>\n<p>Saya masuk ke bilik darjah; masih tergantung LCD di siling.\u00a0 Di lantai dan di dinding ada alat pencawang AV, kotak &#8216;speaker&#8217; &#8211;\u00a0berhabuk dan penutupnya hampir terkulai.\u00a0 Nilai kedua-dua alat itu sekitar 6 hingga 7K .\u00a0 Ianya akan terus digunakan walaupun ada perubahan dalam pelaksanaan PPSMI tetapi tidak begitu nampak kesungguhan guru untuk menggunakannya.\u00a0 Mungkin juga perkara ini perkara biasa.\u00a0 Biasa dalam perubahan dan biasa dalam pelaksanaan.\u00a0<\/p>\n<p>Saya akan terus mengajar (di Round 2 ini) kerana kejayaan seorang guru adalah apabila <strong>dapat memandaikan<\/strong> murid-muridnya yang tidak \/ kurang pandai. <em><strong>AWAS<\/strong><\/em> :\u00a0 ini bukan perkara biasa, ianya perlu dilakukan dalam keadaan <strong>luar biasa<\/strong>.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;menggunakan LCD mengajar Bahasa Melayu dan kemahiran Hidup. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Round ke 2 :\u00a0 Selepas mengajar sebagai GSK (Guru Simpanan Kebangsaan) selama 14 minggu beberapa bulan yang lalu, \u00a0saya kembali ke sekolah untuk pusingan ke 2 selama 2 bulan mulai 14 September lalu iaitu 4 hari menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Di sekolah yang sama, kini mengajar di Tahun 4 dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/459"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=459"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/459\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":494,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/459\/revisions\/494"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=459"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=459"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=459"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}