{"id":470,"date":"2009-10-08T06:24:43","date_gmt":"2009-10-08T06:24:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=470"},"modified":"2009-10-16T03:38:10","modified_gmt":"2009-10-16T03:38:10","slug":"ustaz-dan-pemikat-pemikat-burung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=470","title":{"rendered":"Ustaz dan pemikat-pemikat burung."},"content":{"rendered":"<p>Telah 2 kali saya lihat ustaz ini dikerumuni oleh ramai orang muda ketika dia hadir ke majlis kenduri. Kali ini pula kali yang ketiga saya lihat dia ketika saya menghadiri kenduri &#8216;arwah di rumah <em>bearas<\/em> saya. Dia bersila di beranda rumah sambil dikelilingi oleh orang muda-muda yang berpelajaran sederhana.<\/p>\n<p>Ustaz ini nampak hebat dengan serebannya yang besar, 3 lapis baju yang dipakainya.. anak baju, baju kemeja, dan jeket muslim beserta kain pelikat yang bertali pinggang hijau..\u00a0 Tangannya memegang tasbih yang buahnya besar-besar.\u00a0 Perawatakannya seperti Mujahiddin di Afganistan.\u00a0 Pada mulanya saya gerun dan kagum melihatnya. Kagum kerana ketiga-tiga kali saya bersua dengannya ia sering kali dikelilingi oleh orang muda-muda (kebanyakannya) bekerja sederhana.<\/p>\n<p>Dari jauh saya mendengar perbualan mereka.\u00a0 Tiada apa istimewa yang mereka bualkan, hanya perbualan biasa penuh dengan senda guru dan gelak ketawa.\u00a0 Cuma dapat di &#8216;tangkap&#8217; sekali-sekali antara perbualan itu banyak yang memuji dan mengagumi ustaz\u00a0tersebut.\u00a0 Sekali sekala saya terdengar lafaz ayat suci al-quraan dari mulut ustaz tersebut.\u00a0 Kemudian beberapa orang muda minta diulang ayat tersebut oleh ustaz.\u00a0 Ada diantara mereka yang mencatat ayat suci itu dalam tulisan rumi.\u00a0 Saya juga sudah biasa mendengar ayat-ayat tersebut.\u00a0 Perbualan dengan ustaz semakin rancak.<\/p>\n<p>Pertemuan saya 2 kali sebelum ini juga &#8211; modus operandi &#8211; yang sama.\u00a0 Kehadirannya di sambut oleh pemuda-pemuda \u00a0kampung saya dengan hidangan lauk pauk, termasuk sajian minuman <strong>daun ketom<\/strong> dan sembang yang berpanjangan.\u00a0 Hati saya tertanya-tanya apakah fungsi sebenar ustaz ini sehingga ia begitu dihormati dan di sanjung tinggi.\u00a0 Jawapan yang samar saya perolehi sebelum ini ialah beliau adalah ketua di kalangan orang-orang <strong>3 lines<\/strong>.\u00a0 Saya biasa mendengar perkataan 3 lines, tapi saya tidak begitu memahaminya dan mengambil peduli mengenainya.<\/p>\n<p>Sambil perbualan hari itu berjalan, saya mencongak kesungguhan dan ketaatan pemuda di kampung saya bersama ustaz ini.\u00a0 Bermula jam 11.00 pagi sehingga jam hampir 4.00 petang masih ramai pengikut yang mengelilingi ustaz ini datang silih berganti berbual mesra dengannya. Hampir saya akan meninggalkan majlis itu, <strong>3 bilah pedang<\/strong> dikeluarkan dari sarungnya dan perbualan berkisar pula mengenai keunikan pedang tersebut yang mengandungi cerita-cerita mistik mengenainya.<\/p>\n<p>Akhirnya saya pun minta diri untuk meninggalkan majlis tersebut sambil salah seorang dari peminat setia ustaz ini merakamkan pertemuan itu dengan perakam videonya.\u00a0 Saya terus berfikir bahawa ramai di kalangan orang-orang Melayu kita\u00a0sangat patuh kepada ketua yang berpendidikan agama.\u00a0 Selain meminati kebolehan ustaz-ustaz ini dalam bidang agama, mereka \u00a0juga meminati perkara-perkara mistik, antaranya cerita-cerita luar biasa mengenai alam ghaib dan lain-lain kebolehan dan kelebihan mengenai\u00a0perkara-perkara ghaib. \u00a0Langsung jika kepercayaan ini terus dipengaruhi ianya akan membuatkan seseorang\u00a0menjadi semakin taksub;\u00a0 sepertimana berita-berita yang kita sering di paparkan.\u00a0 Bermulanya\u00a0ajaran sesat\u00a0ialah \u00a0dari ketaksuban seseorang kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama yang agak luar biasa.<\/p>\n<p><strong>Mungkin saya tidak betul<\/strong>, tetapi situasi sebegini agak membimbangkan.\u00a0 Apakah sekumpulan pemuda ini mempunyai hala tuju yang jelas dalam penyatuan ummah yang sering kita di laung-laungkan ? Apakah mereka ini tidak mempunyai pemimpin lain yang boleh membawa mereka ke satu tahap pembangunan dan penyatuan ummah yang lebih berkesan?. Adakah perkumpulan sebegini perlu \/ sesuai pada masa kini ?.\u00a0 Berkesankah perkumpulan yang sebegini\u00a0bagi membantu memperkasakan orang Melayu &#8211; terutama di <em>era masa kini<\/em> di mana kita sedang menghadapi kerapuhan perpaduannya ?.<\/p>\n<p><em>Saya baru perasan yang ketiga-tiga orang saudara saya itu (<\/em>yang rumahnya dikunjungi ustaz tadi<em>) adalah &#8216;pemikat burung&#8217;<\/em><\/p>\n<p><em>..gbpencen&#8230;tak masuk mana-mana kumpulan pun,\u00a0 kalau ada pun hanya &#8216;kumpulan yang sudah dipenghujung jalan&#8217; <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Telah 2 kali saya lihat ustaz ini dikerumuni oleh ramai orang muda ketika dia hadir ke majlis kenduri. Kali ini pula kali yang ketiga saya lihat dia ketika saya menghadiri kenduri &#8216;arwah di rumah bearas saya. Dia bersila di beranda rumah sambil dikelilingi oleh orang muda-muda yang berpelajaran sederhana. Ustaz ini nampak hebat dengan serebannya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/470"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=470"}],"version-history":[{"count":10,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/470\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":491,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/470\/revisions\/491"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=470"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=470"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=470"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}