{"id":556,"date":"2009-10-28T05:59:27","date_gmt":"2009-10-28T05:59:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=556"},"modified":"2009-10-28T05:59:27","modified_gmt":"2009-10-28T05:59:27","slug":"bala-di-kepala-titi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=556","title":{"rendered":"Bala di kepala titi."},"content":{"rendered":"<p>Sekarang titi itu telah bertukar kepada titi baru.\u00a0 Letaknya bersempadan dengan Bandar Tasik Mutiara di tengah-tengah Kampung Kepala Gajah.\u00a0 Dulu titi itu titi kayu yang kemas.\u00a0 Digunakan sebagai laluan orang kampung untuk pergi menoreh (memotong) di ladang getah &#8216;orang putih&#8217;.\u00a0 Titi itu juga digunakan oleh &#8216;tuan beruk&#8217;\u00a0 (Brooke) sebagai laluan keluar kereta jenis &#8216;Borg Ward&#8217;nya masuk keluar di ladangnnya ke bandar &#8211; Pulau Pinang atau bandar berdekatan.<\/p>\n<p>Titi bukan sebarang titi.\u00a0\u00a0 Titi kayu itu digunakan oleh penduduk kampung untuk melepaskan hajat mereka pada setiap tahun.\u00a0 Mereka akan berkumpul pada sesuatu masa yang tertentu untuk &#8216;menolak bala&#8217; yang mungkin akan menimpa kampung, atau orang-orang tertentu di kampung saya itu.<\/p>\n<p>Sungguhpun saya tidak begitu pasti tetapi saya masih ingat bahawa hari berkenaan meriah bagi kanak-kanak kampung seperti saya.\u00a0 Kami akan berkumpul pada kira-kira jam 5.00 petang di kepala titi itu.\u00a0 Orang-orang dewasa akan beransur-ansur memenuhi kawasan tersebut.\u00a0 <strong>Tok Hashim Bomoh<\/strong> akan mendahului upacara &#8216;tolak bala&#8217;.\u00a0 Berpinggan-pinggan pulut kuning dengan gulai ayam kampung akan diletakkan berbaris di atas titi.\u00a0 Jambangan sirih dalam bekas mengkuang lengkap dengan sintok, limau, rokok daun dan tembakau mendahului barisan pulut kuning tadi.<\/p>\n<p>Tiada pun seorang yang bercakap kecuali Tok Bomoh saja yang menyerapah (berjampi).\u00a0 Tidak jelas perkataan yang diucapkan hanya mulutnya yang berkumit-kumit mengeluarkan suara mendengus-dengus memecah suasana hening penuh konsantrasi hadirin yang kira-kira hampir 40 orang. Orang tua dan dewasa duduk mencangkung (bertinggung) sekitar kepala titi itu sambil memerhati dan menghayati serapah bomoh.<\/p>\n<p>Air di bawah titi jernih, mengalir lesu dicelah-celah pokok keladi dan rumput rampai sepanjang parit jalanraya Tasek ke Simpang Ampat.\u00a0 Anak-anak ikan kemeras berenang memecut laju.\u00a0 Kepalanya yang berbintik putih menarik perhatian kami melihatnya.\u00a0 Ditebing parit berkerumun siput pahit memanjat pokok keladi dan pokok paku rawan.\u00a0 Akhirnya bekas sirih itu dihanyutkan perlahan-lahan di dalam air parit itu.\u00a0 Aliran air diharap akan membawa sirih jampi itu ke jambatan keretapi ke sungai Simpang Ampat terus ke laut di kuala hampir dengan Bukit Tambun.\u00a0 Semua orang merenung bekas itu dihanyutkan air sambil mengharapkan <strong>bala <\/strong>yang akan menimpa juga akan hanyut bersamanya (?)<\/p>\n<p>Serentak dengan itu, kaum ibu akan menebarkan bertih ke atas kepala hadirin di majlis itu.\u00a0 Bersorak kami semua bila bertih itu turut diberi kepada kami untuk ditaburkan.\u00a0 Melompat-lompat kegembiraan.\u00a0 Akhirnya majlis itu berakhir apabila pulut kuning dan gulai ayam kampung dihidangkan kepada semua yang hadir dalam &#8216;istiadat&#8217; tersebut.\u00a0 Semua kembali ke tugas masing-masing petang itu setelah puas bahawa bala yang bakal menimpa kampung kami sudah diikhtiar dihindarkan.<\/p>\n<p>Sebab saya masih anak-anak lagi (ketika itu)\u00a0 saya tidak pasti samaada ada pihak yang menegah amalan tersebut kerana (seperti yang kita maklumlum)\u00a0 ianya adalah amalan kurafat. Walaubagaimana pun begitulah antara berbagai-bagai amalan yang dilakukan di masa-masa dulu.\u00a0\u00a0 Sudah banyak &#8216;amalan&#8221; seperti\u00a0 itu ditinggalkan oleh generasi sekarang.\u00a0 Sungguhpun begitu dengan senang juga kita\u00a0 boleh dapati amalan sebegitu dalam bentuk yang lain berleluasa dilakukan.<\/p>\n<p>Itulah dahulu dan itulah kenangannya.\u00a0 Tanpa menyedari batasan keagamaan, ada saja &#8216;aktiviti&#8217; sedemikian dilakukan pada zaman itu demi mengisi masa lapang (masa terluang). Tapi sekarang,\u00a0 kesibukan manusia telah\u00a0 menghindarkan orang ramai dengan amalan kurafat ini. Akhirnya wujud pula kurafat dalam bentuk lain (?) pula&#8230;<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;adik ipar saya dah jadi bomoh <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekarang titi itu telah bertukar kepada titi baru.\u00a0 Letaknya bersempadan dengan Bandar Tasik Mutiara di tengah-tengah Kampung Kepala Gajah.\u00a0 Dulu titi itu titi kayu yang kemas.\u00a0 Digunakan sebagai laluan orang kampung untuk pergi menoreh (memotong) di ladang getah &#8216;orang putih&#8217;.\u00a0 Titi itu juga digunakan oleh &#8216;tuan beruk&#8217;\u00a0 (Brooke) sebagai laluan keluar kereta jenis &#8216;Borg Ward&#8217;nya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/556"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=556"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/556\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":572,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/556\/revisions\/572"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=556"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=556"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=556"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}