{"id":586,"date":"2009-11-13T14:23:30","date_gmt":"2009-11-13T14:23:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=586"},"modified":"2009-11-13T14:23:30","modified_gmt":"2009-11-13T14:23:30","slug":"betul-ke-cikgu-ni","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=586","title":{"rendered":"Betul ke cikgu ni&#8230;"},"content":{"rendered":"<p>Sifatnya memang kritikal. Ada kebaikannya dan ada wawasannya.\u00a0 Saya sering menghormati pemandu lori ini.\u00a0 Antara pekerja di situ (tempat saya bekerja sekarang), dialah yang berfikiran rasional. Pandangannya saya hormati dan dia amat menghormati saya.\u00a0 Berprinsip dan rajin bekerja juga sedikit wara&#8217;. Oleh yang demikian dia bijak mengelola keluarga dan mempunyai kebolehan menguruskan kewangan dengan baik.\u00a0 Simpanan ASBnya dan isterinya semakin hari semakin meningkat.\u00a0 <em>Saya angkat topi.<\/em><\/p>\n<p>Pagi itu dia menyatakan yang cikgu anaknya di sekolah (menengah) meminta wang sebanyak RM15.00 untuk tujuan mengadakan jamuan kelas.\u00a0 Dia begitu tersentak dengan jumlah wang yang diminta itu.\u00a0 Bukan kerana dia tidak mampu membayarnya tetapi jumlahnya adalah &#8216;banyak&#8217; berbanding dengan &#8216;event&#8217; pelajar sekolah Tingkatan 2.<\/p>\n<p>Dia terus menghuraikan bantahannya :\u00a0kalau dengan tujuan jamuan perpisahan akhir tahun cukup pelajar-pelajar ini makan dengan RM5.00 sahaja, itupun sudah lebih (katanya disokong oleh Rosli rakannya) \u00a0Beliau membandingkan yang makan tengahari beliau yang sebegitu teruk bekerja hanya dalam lingkungan jumlah itu sahaja. Juga huraiannya bertambah yakin dengan membandingkan bahawa pekerja di kilang tempat kami bekerja hanya berupah sebanyak RM 15.00 sehari &#8211; lapan jam bekerja.<\/p>\n<p>Jika Pah, Mariam, Che Jam, Biaeah\u00a0\u00a0dan Nora (ibu tunggal) dan Aishah (suami uzur) diminta oleh cikgu kelas untuk membiayai RM15.00 untuk jamuan perpisahan anak mereka, maka habislah gaji untuk sehari mereka bekerja.\u00a0 Bayangkanlah.\u00a0 Itu adalah antara berapa banyak (entah) cerita ibu tunggal yang senasib dengan mereka.\u00a0<\/p>\n<p>Dipendekkan huraian rakan saya itu beliau menyimpulkan bahawa pada setengah orang RM15.00 itu tidak ada nilai apa-apa tapi pada setengah orang RM15.00 itu adalah seharian gaji mereka untuk membiayai seluruh kehidupan dalam sehari. (?)\u00a0 Sedarkah kita (?) Jawapan yang sering kita lihat (bukan kita dengar) ialah ramai antara kita tidak sedar dan jarang atau tidak pernah mengambil kisah perkara ini.<\/p>\n<p>Esoknya dia datang lagi membawa rentetan dari keluhan wang jamuan RM15.00 anaknya.\u00a0 Pertanyaan beliau dijawab oleh anaknya dengan menyatakan banyak rakan-rakan di kelas\u00a0tidak dapat, tidak mampu atau tidak mahu menjelaskan bayaran jamuan itu.\u00a0 Ha&#8230; (katanya) itu menunjukan bahawa pada kebanyakan orang yang senasib seperti Nora tadi, begitu besar nilainya (RM15.00) kepada mereka.<\/p>\n<p>Maka begitulah berakhir cerita Dira, pemandu di kilang tempat saya bekerja.<\/p>\n<p>Kalau saya sebutkan saya pernah susah, semua akan menyebutnya begitu juga tetapi dapatkah kita benar-benar menginsafi kesusahan orang ?.\u00a0 Kesusahan zaman moden perlu digarapkan oleh setiap Pengetua dan Guru Besar di sekolah. Dipersekitaran kesibukan pengurus-pengurus sekolah ini akan kita terlepas pandang dan selalunya kita akan terlupa kesusahan waris-waris diluar persekitaran kita.\u00a0 Di keliling perkarangan sekolah penuh dengan kereta model masa kini yang menggambarkan &#8216;kita&#8217; (cikgu) \u00a0tidak susah. Tapi diluar perkarangan sekolah kita terselit berbagai-bagai episod -beberapa keping wang yang berjumlah RM15.00 itu sangat tidak ternilai &#8211; nilainya.<\/p>\n<p>Setiap sumbangan yang diberi, setiap sumbangan yang dipohon ianya haruslah melingkari kedaerahan yang mempunyai banyak episod duka.\u00a0 Mampukah kita mengisafinya,\u00a0 atau PK HEM atau PIBG sendiri mengisafinya sebelum apa-apa langkah \/ keputusan yang membabitkan kewangan dibuat. Sudah cukupkah maklumat yang kita perolehi jika kita hanya berlegar-legar sahaja di kawasan dan bangunan sekolah ?.\u00a0 Kita perlukan satu keinsafan yang waris sedang memerhati kita dari luar pagar &#8216;daerah&#8217; kita.<\/p>\n<p>Disamping kita akui banyak juga waris yang merupakan pelakon-pelakon\u00a0yang tergamak melakonkan <strong>&#8216;kemiskinan&#8217; dalam kemampuan<\/strong> dek kerana ketamakan dan salah urus diri sendiri.\u00a0 <strong>TAPI<\/strong> yang paling berbisa ialah Guru Besar melakonkan beberapa episod membeli &#8216;buku-buku kerja tambahan&#8217; untuk murid-murid masing-masing tetapi diakhir tahun &#8211; buku tidak bertulis, yang bertulis pula tidak bertanda, yang bertanda pula tidak disemak&#8217;.\u00a0<\/p>\n<p>Malang sungguh anak Dira, anak Rosli dan anak-anak mereka yang bergaji RM15.00 sehari.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;konsep beli buku kerja RM4.75,\u00a0 jual RM5.00 dan beli RM4.25,\u00a0 jual RM4.00 &#8211;\u00a0kerana keinsafan.<\/em><\/p>\n<p><em><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sifatnya memang kritikal. Ada kebaikannya dan ada wawasannya.\u00a0 Saya sering menghormati pemandu lori ini.\u00a0 Antara pekerja di situ (tempat saya bekerja sekarang), dialah yang berfikiran rasional. Pandangannya saya hormati dan dia amat menghormati saya.\u00a0 Berprinsip dan rajin bekerja juga sedikit wara&#8217;. Oleh yang demikian dia bijak mengelola keluarga dan mempunyai kebolehan menguruskan kewangan dengan baik.\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[7],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/586"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=586"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/586\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":590,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/586\/revisions\/590"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=586"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=586"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=586"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}