{"id":609,"date":"2009-11-28T05:09:01","date_gmt":"2009-11-28T05:09:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=609"},"modified":"2009-11-28T05:09:01","modified_gmt":"2009-11-28T05:09:01","slug":"pak-lah-bela-kerbau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=609","title":{"rendered":"Pak Lah bela kerbau."},"content":{"rendered":"<p>Pak Lah (Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi) telah semakin dilupakan.\u00a0 Berada dipuncak kekuasaan (memang benar) bukan sesuatu yang senang dan sentiasa tidak disenangi.\u00a0 Keperkasaan dari segenap segi harus diberi perhatian, kalau tidak begitulah jadinya.\u00a0 Kalau adapun yang hendak dikenang kerana terpaksa mengenang atas sifat-sifat &#8216;kelembutan budi dan pekerti&#8217; masyarakat &#8216;kita&#8217;.\u00a0 Semoga Pak Lah terus sihat dan menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.<\/p>\n<p>Guru Besar juga begitu.\u00a0 Meninggalkan pintu pejabatnya di sesebuah sekolah dengan seribu macam kenangan. Semasa dipuncak kuasa tentu ada sesuatu yang dilakukan untuk kemajuan sekolah, yang akan meninggalkan kesan kepada warga yang dikepalainya sebelum ini. Atau sebaliknya.\u00a0 Impaknya sama seperti yang berlaku pada Pak Lah. Sama ada ianya terus menjadi ingatan atau akhirnya akan dilupakan.\u00a0 Dilupakan &#8211; sebab tidak meninggalkan kesan, atau sekurang-kurangnya kenangan.<\/p>\n<p>Pak Lah yang ingin saya ceritakan adalah<strong> Pak Lah biasa,<\/strong> bukan Tun Abdullah<strong>.<\/strong> Orang kampung biasa seperti saya, sepermainan dengan saya semasa kecil. Namanya Abdullah, tetapi dia sedikit tua dari saya.\u00a0 Dan saya adalah rakan bulinya. Sebagai orang kampung dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar menamatkan persekolahan di darjah 3, sekolah rendah.\u00a0 Tugas beliau ialah &#8216;bela&#8217; (memlihara) kerbau kepunyaan keluarganya.\u00a0 Kami sering mandi di sungai bersama kerbaunya.\u00a0 Dia juga mandi bersama saya dan kebau-kerbaunya.<\/p>\n<p>Melalui kehidupan seperti orang kampung biasa, biasanya tidak banyak aktiviti yang diceburinya. Dia tidak menyertai kami dalam persatuan belia di kampung kami.\u00a0 Dia juga tidak berminat bermain bolasepak.\u00a0 Dia juga tidak terdedah dengan aktiviti kami yang bersekolah di sekolah menengah. Kami akan temui Pak Lah selepas kami bermain bola sepak ketika dia memandikan kerbaunya di sungai.\u00a0 Ketika itu dia akan cuba membuli kami di sungai.\u00a0 Dia akan menunjukkan kejaguhannya di air dan kepakarannya mengendalikan kerbau belaannya.\u00a0 Kerbaunya memang kerbau terdidik\u00a0 yang boleh digunakan untuk mengerjakan tanah di bendang.<\/p>\n<p>Bila dewasa, beliau menyertai politik.\u00a0 Parti berteraskan keagamaan, PAS.\u00a0 selepas beberapa ketika penglibatannya dalam politik, dia sering berulang alik ke masjid.\u00a0 Menjelang petang dia akan bertenggek di tebing titi batu masjid memerhatikan orang yang lalu-lalang.\u00a0 Kumpulan yang seangkatan dengan kefahamannya juga akan melakukan perkara yang sama &#8211; mencari mangsa untuk berhujah. Pak Lah sudah begitu taksub dengan partinya.<\/p>\n<p>Pada masa itu ramai antara kami menyertai Pergerakan Pemuda UMNO di cawangan. Ketika itu UMNO telah mendominasi politik tanahair dengan begitu ampuh sekali seperti tiada tolok bandingnya.\u00a0 Pak Lah begitu rakus sekali menyerang saya dan rakan-rakan saya\u00a0 Setiap kali saya berjumpanya dia akan mempersendakan politik perdana terutama kepimpinannya (Tun Mahathir).\u00a0 Oleh sebab kedengkelan dan informasi yang diperolehinya agak terhad maka, hujahnya agak sumbang.\u00a0 Walau bagaimanapun Pak lah tidak patah semangat.\u00a0 Semangat yang diperolehi dari ketaksubannya dan pemimpinnya telah menjadikannya sentiasa mendabik dada dengan penglibatan dan kebolehannya.\u00a0 Saya tetap menegurnya.<\/p>\n<p>Kemuncak ketaksubannya, suatu hari dia menyatakan kepada saya : &#8221; Di tengah rumah Dr Mahathir itu ada sebuah pongsu yang lilin nya sentiasa menyala,\u00a0 dia selalu memuja pongsu itu &#8211; tok dia, tu lah sebabnya dia susah nak jatuh (ditumbangkan)&#8221;. Saya tidak hairan dia mengeluarkan kata-kata itu tetapi yang menghairankan saya, begitu sekali lah dia mengagumi kebolehan Tun Dr Mahathir. Kesanggupan dia mengeluarkan kata-kata itu tidak menghairankan saya, kerana itu lah Pak lah, sahabat saya yang saya kenali.<\/p>\n<p>Setelah bersara dari bela kerbau, impak yang diterima oleh Pak Lah tidaklah sehebat dengan Tun Abdullah, juga berbeza dengan impak ke atas saya sebagai seorang Guru Besar. Pak Lah masih sihat seperti saya.\u00a0 Langkah politiknya sudah longlai, sama seperti saya.\u00a0 Kudrat sudah kurang tetapi tiada apa kesannya ke atas orang lain, keluarga, masyarakat dan negaranya. Dia tetap seperti dahulu, menikmati arus pemodenan negara bersesuaian dengan kebolehan pendidikannya.\u00a0 Pegangan politiknya juga sama.\u00a0 Pak lah beruntung kerana tanah pusaka datuk neneknya membolehkannya berteduh di sebuah rumah dengan anak cucu cicitnya melalui kehidupan sederhana seperti saya. Kami sama-sama tidak mempunyai misi yang jelas dalam politik, melihat dan mengikuti dari jauh sahaja.<\/p>\n<p>Apa ayng ingin saya nyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan dalam mencorakkan kehidupan kita .. dan ..<\/p>\n<p>Semakin tinggi kita dipertanggungjawabkan maka kesannya ke atas orang lain makin besar andainya kebertanggungjawaban itu tidak dilaksanakan dengan &#8216;yang terbaik&#8217;.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;kenangan mengusik jiwa.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pak Lah (Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi) telah semakin dilupakan.\u00a0 Berada dipuncak kekuasaan (memang benar) bukan sesuatu yang senang dan sentiasa tidak disenangi.\u00a0 Keperkasaan dari segenap segi harus diberi perhatian, kalau tidak begitulah jadinya.\u00a0 Kalau adapun yang hendak dikenang kerana terpaksa mengenang atas sifat-sifat &#8216;kelembutan budi dan pekerti&#8217; masyarakat &#8216;kita&#8217;.\u00a0 Semoga Pak Lah terus sihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/609"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=609"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/609\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":614,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/609\/revisions\/614"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=609"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=609"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=609"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}