{"id":642,"date":"2009-12-29T14:55:07","date_gmt":"2009-12-29T14:55:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=642"},"modified":"2009-12-29T14:55:07","modified_gmt":"2009-12-29T14:55:07","slug":"guru-sukan-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=642","title":{"rendered":"Guru Sukan Sekolah"},"content":{"rendered":"<p>Coretan awal &#8216;entri&#8217; ini rasanya telah lengkap dan telah di <em>publish.. <\/em><\/p>\n<p><em> <\/em>tetapi entah kenapa hanya separuh saja coretan yang terpapar.\u00a0 Penat rasanya melakar tajuk ini sebelum ini.\u00a0 Walaupun begitu ingin juga mencoret mengenainya, \u00a0 maka coretan kedua terus dilakukan.\u00a0\u00a0 Bukannya apa, tetapi ingin juga mencoret pengalaman lalu yang tidak seberapa ini.<\/p>\n<p>Kalau tidak salah, baru-baru ini\u00a0 seorang Timbalan Menteri Pelajaran, Malaysia\u00a0 mengumumkan bahawa tidak lama lagi\u00a0 sekolah-sekolah akan ditempatkan seorang <strong>Guru Sukan <\/strong>khas.\u00a0 Ramai kalangan warga pendidik tidak terkejut dengan pengumuman itu.\u00a0 Sudah menjadi kebiasaan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa oleh KPM walaupun ada diantaranya boleh dibicarakan kesannya terhadap pengurusan atau pembelajaran di sekolah.<\/p>\n<p>Apakah keperluan Guru Sukan (khusus) diwujudkan di sekolah melainkan untuk memantap dan memperkemaskan pengurusan sukan di sekolah. Mungkin pada pandangan KPM pengurusannya masih tidak berkesan atau untuk membantu memudahkan lagi pengurusan sukan yang sedia ada di sekolah.\u00a0 Apapun alasannya kita bersetuju dengan cadangan KPM itu.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun kita sepatutnya mengimbas kembali pelaksanaan ICT dalam PPSMI yang telah mengundang banyak masaalah dalam menguruskan peralatannya.\u00a0 Setelah melalui berbagai kekangan,\u00a0 akhir sekali KPM telah membuat penambahbaikan dengan membekalkan 2 orang juruteknik ke sekolah bagi membantu memudahkan tugasan penyelenggaraan peralatan ICT tersebut. Mungkin pada ketika itu KPM merasakan tugas penyelenggaraan yang dijalankan oleh <strong>agensi swasta <\/strong>(sebelum itu) tidak sampai ke tahap yang diharapkan.<\/p>\n<p>Sungguhpun 2 juruteknik (kebanyakannya perempuan) dibekalkan, adakah masaalah yang dihadapi oleh makmal ICT (multi media) telah berakhir.\u00a0 Jawapannya sangat pasti iaitu <strong>TIDAK<\/strong>.\u00a0\u00a0 Jika auditan (istilah popular masakini) dibuat secara jujur hanya keselesaan menjawat jawatan (kerajaan)\u00a0 tersebut oleh <em>golongan yang bernasib <\/em>baik ini saja <strong>yang ketara<\/strong>.\u00a0 Untuk makmal ICT ianya masih di tahap lama.\u00a0 Komputer masih berhabuk, internet yang tidak berfungsi terus begitu juga,\u00a0 bilik akses terus sunyi, pemantaun pembelajaran murid terus terabai, stok entah ke mana dan printer terus tidak bergerak.<\/p>\n<p>Dulu tidak ada kaunselor sekolah tetapi GB bersama rakan pengurusan memilih guru yang sesuai untuk dipertanggungjawabkan\u00a0 mengenainya di sekolah.\u00a0 Selepas itu diwujudkan jawatan guru kaunseling. KPM (mungkin) pada masa itu merasakan bahawa amat penting ada satu jawatan khusus untuk tujuan itu;\u00a0 yang akan berkhidmat dalam waktu perjabat di sekolah.\u00a0 Gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengisi jawatan ini.\u00a0 Pada akhirnya ada kaunselor yang menjalankan tugas dengan baik dan ramai pula yang separuh jalan.\u00a0 Pada masa ini jawatan dan guru kaunseling masih ada di sekolah, hanya ada pada nama tetapi pengingkatan dari segi memberi input yang maksima di sekolah masih banyak boleh dipersoalkan.<\/p>\n<p>Guru Besar harus melibatkan diri untuk membuat auditan di sekolah samaada kedua-dua jawatan khusus yang diwujudkan di sekolah sebelum ini menepati kehendak KPM.\u00a0 Atau KPM harus membuat satu auditan bebas terhadap keberkesanan pelaksanaan\u00a0 Juruteknik ICT dan Guru Kaunseling Sekolah.\u00a0 Auditan termasuk adakah Guru Besar sendiri telah mengkhuskan tugasan mereka demi tidak membazirkan jawatan atas nama keperluan sekolah.\u00a0\u00a0 Adakah stok telah dikemas kini, semua peralatan sudah berfungsi dan diselenggara dan penggunaannya oleh murid boleh dibuat secara maksima.<\/p>\n<p>Adakah murid yang bermasaalah ditangani dengan berkesan, adakah rekod pertemuan menggambarkan tugasan yang profesional,\u00a0 semua sistem kaunseling berjalan dengan teratur.\u00a0 Benarkah disiplin di sekolah ditangani secara bijaksana dan pendekatan berhemah dibuat kepada semua warga sekolah.\u00a0 Bagaimana dengan program dengan waris (?) adakah ianya memberi impak (baik) maksima terhadap warga sekolah.\u00a0 Dan yang penting adakah guru kaunselor bertugas seperti waktu pejabat ?.\u00a0 Dan banyak lagi.<\/p>\n<p>Yang paling dikhuatiri,\u00a0 jawatan khusus <strong>tetapi <\/strong>tugasan tidak khusus.\u00a0 Tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh sekolah bagi menetukan <strong>pengkhususan <\/strong>yang harus dilaksanakan oleh penjawat jawatan tambahan di sekolah.\u00a0\u00a0 Ianya amat penting kerana ia akan menggambarkan (KPI) sesorang penjawat jawatan tersebut di sekolah.\u00a0 Dan pemantauan secara berterusan harus dilakukan supaya tidak berlaku <strong>pembaziran jawatan<\/strong>. Ini menyebabkan tugas pengurus sekolah lebih berat lagi dengan pengwujudan jawatan-jawatan baru di sekolah (<em>istilah baru <\/em>: kerana ia melibatkan <strong>wang rakyat <\/strong>&#8211; kata <em>ahli politik<\/em>).<\/p>\n<p>Begitu jugalah akan berlaku jika sekiranya jawatan Guru Sukan Sekolah diwujudkan.\u00a0 Dengan kehadiran pegawai baru ini sekadar untuk memberi arahan, tampil dengan idea yang bermutu maka ianya sudah tentu\u00a0 akan turut membazirkan jawatan seperti yang telah berlaku sebelum ini.\u00a0 Ianya perlu mempunyai minat (terhadap sukan) berpengalaman,\u00a0 boleh mengwujudkan suasana kerja berpasukan, komited, mempunyai <strong>seni menguruskan <\/strong>manusia (guru yang pelbagai gelagat) \/ keadaan.<\/p>\n<p>&#8230;<em><strong>kalau tidak<\/strong><\/em>, biarlah seperti keadaan sekarang, kerana sebelum ini pun sukan di sekolah telah lama menjadi <em>feeder <\/em>kepada negara untuk meniti kecemerlangan. Dan kalau jawatan ini diwujudkan sekalipun\u00a0 belum tentu lagi kecemerlangan sukan yang sedia ada akan lebih menyerlah&#8230;<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;sentiasa membawa <strong>test pen <\/strong>keliling sekolah sambil menjadi juruteknik sambilan. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Coretan awal &#8216;entri&#8217; ini rasanya telah lengkap dan telah di publish.. tetapi entah kenapa hanya separuh saja coretan yang terpapar.\u00a0 Penat rasanya melakar tajuk ini sebelum ini.\u00a0 Walaupun begitu ingin juga mencoret mengenainya, \u00a0 maka coretan kedua terus dilakukan.\u00a0\u00a0 Bukannya apa, tetapi ingin juga mencoret pengalaman lalu yang tidak seberapa ini. Kalau tidak salah, baru-baru [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/642"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=642"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":645,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/642\/revisions\/645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}