{"id":653,"date":"2010-02-12T02:15:55","date_gmt":"2010-02-12T02:15:55","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=653"},"modified":"2010-02-12T02:15:55","modified_gmt":"2010-02-12T02:15:55","slug":"kelahiran-bersama-lap-top","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=653","title":{"rendered":"Kelahiran bersama Lap Top"},"content":{"rendered":"<p>Bulan Febuari ( 12) hari\u00a0 ini, \u00a0 blog kerdil saya menyambut ulang tahun pertama kelahirannya.\u00a0 Saya senang mengingati kelahiran itu kerana ianya sama dengan tarikh saya memiliki sebuah lap top.\u00a0 Sebelum saya membeli lap top saya menemui rakan anak saya untuk mengajar saya asas pengendalian blog.\u00a0 Sebaik saja saya balik dari PC Depot, tempat lap top dibeli, saya memulakan entri pertama saya &#8211; apa yang guru besar pencen buat selepas pencen.<\/p>\n<p>Sehingga saat ini, 78 entri telah saya tulis, dengan 355 komen (terima kasih) dalam berbagai-bagai kategori.\u00a0 Saya senang mengendalikan blog ringkas ini.\u00a0 Ianya adalah tempat saya menghabiskan masa terutama waktu petang ketika pulang dari bekerja, anak saya yang bekerja tidak menggunakan bilik ketika itu, dan cucu-cucu selalu\u00a0 tidur pada waktu begini.\u00a0 Suasana aman sementara menunggu petang yang akan larut.<\/p>\n<p>Dalam perantauan dari blog ke blog saya sering membaca coretan Bloggers guru.\u00a0 Terlalu ramai guru yang menulis blog dalam berbagai-bagai dimensi.\u00a0 Kebanyakan mempunyai blog yang cantik.\u00a0 Mereka semua menulis semau &#8211; maunya seperti saya.\u00a0 Saya dapat rasakan yang perasaan mereka juga sama dengan perasaan saya.\u00a0 Mungkin yang membezakannya adalah mereka kebanyakannya berdarah muda tidak seperti saya seorang guru yang dah bersara\/ lanjut usia.<\/p>\n<p>Tidak ramai yang melayari blog saya, sekitar 5000 pengunjung (terima kasih) dalam masa setahun kerana ia tidak banyak informasi dan kurang interaktif.\u00a0 &#8216;Tidak mengapa&#8221; pujuk hati saya.\u00a0 Saya hanya sekadar melontarkan coretan dan memenuhi usia santai ini.\u00a0 Kita dapat mengenali diri kita jika kita merantau di Blog Dr Mahathir, pada saya blog yang hebat.\u00a0 Tidak menghairankan.. beliau seorang negarawan yang tiada tolok bandingnnya.\u00a0 Dapat dicontohi untuk dimenegerti dalam banyak aspek.\u00a0 Selain dari aspek politik, beliau seorang yang memegang prinsip yang tinggi.\u00a0 Moderator dan berpandangan jauh.\u00a0 Rajin membaca, berpengetahuan dan kritis.\u00a0 Tegas dan berhemah.. siapalah kita (dan apalah blog kita.. jauh semanggang dari api)<\/p>\n<p>Kalau pun begitu ianya akan menjadi penanda aras yang baik kepada semua bloggers guru.\u00a0 Anda semua masih muda dan berpengetahuan.\u00a0 Kebanyakakannya dididik dengan baik dalam era komunikasi pendidikan yang terkini.\u00a0 Oleh itu anda boleh ke aras sebaik itu.. kalau mahu.\u00a0 Masa masih ada, kudrat masih kuat dan ganjaran pun tidak &#8216;kalah&#8217; dengan orang-orang diluar institusi pendidikan.<\/p>\n<p>Setiap antara 5 hari\u00a0 hingga seminggu saya akan mempamerkan coreta terbaru dalam berbagai kategori.\u00a0 Tidak kurang dari 5 \/ 6 kali saya membaca entri yang saya tulis sebagai semakan.\u00a0 Cuba meminimakan kesalahan\u00a0 dan tidak lupa memperbaiki persembahan.\u00a0 Tetapi dek kerana cetek sangat ilmu saya, maka tentu banyak lagi kekurangan yang dapat di kesan. Maafkanlah saya dalam masa setahun ini.<\/p>\n<p>Saya <em>updatee <\/em>profile saya sebab peringkat awal ada pelayar yang memberi komen yang saya cuba menyembunyikan diri melalui profile saya yang ringkas.\u00a0 Saya berbuat demikian sebab kalau saya memperkenalkan diri sekali pun bukan ramai yang mengenali saya kerana saya hanya &#8216; <em>seorang guru biasa, yang mengajar tulis dan baca<\/em>&#8216;\u00a0 Yang kenal pun hanya rakan atau bekas murid saya.\u00a0 Saya dapat rasakan tidak ramai bekas murid saya yang rajin membaca &#8211; seperti cikgunya juga.\u00a0 Sungguhpun begitu saya rasa, sudah tibanya saya menjengukkan sedikit diri saya ke depan agar dapat saya berkomuikasi dengan lebih berkesan .. mugnkin melalui media-media yang lain.. (entahlah..)<\/p>\n<p>Banyak antara blog cikgu-cikgu ini memuatkan lakaran dan cerita keluarga tersayang, aktiviti kekeluargaan dan juga tugasan kerjaya.\u00a0 Semua ini menambahkan lagi keinginan sahabat handai,\u00a0 rakan taulan. adik beradik dan saudara mara untuk melayari blog bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keluarga. Hubungan rapat dan kasih sayang nyata terserlah melalui paparan di blog-blog cikgu-cikgu.\u00a0 Ianya telah menjadi sebahagian lagi menfaat kecanggihan teknologi bagi membentuk keluarga bahagia.<\/p>\n<p>Antara perkara yang menarik sepanjang saya mengendalikan blog ialah seorang penulis blog akan di dakwa kerana mempersendakan undang-undang.\u00a0 Beliau telah menggunakan blog untuk mengatasi undang-undang.\u00a0 Walaupun setengah pihak berpendapat bahawa undang-undang tersebut ialah undang-undang manusia tetapi tanpa ada dan mematuhi undang-undang itu maka sesebuah komuniti itu akan menguruskan komuniti berdasarkan siapa kuat dia kudrat.\u00a0 Saya menganggap tiada berlaku keterbatasan dalam penulisan blog tetapi keterbatasannyanya ialah undang-undang (yang mungkin setengah bloggers tidak tahu dan arif &#8211; termasuk saya)<\/p>\n<p>Banyak blog politik yang ditulis oleh penganalisis blog dan penyokong kepartaian dari keturunan Melayu.\u00a0 Blog-blog tersebut mendapat sambutan ramai, Oleh itu tidak sesuai untuk saya menjadikan blog saya sebagai blog politik untuk menarik perhatian ramai;\u00a0 walaupun politik menjadi sebahagian dari kehidupan saya.\u00a0 Tulislah apa saja falasafah politik anda asalkan tidak melanggari undang-undang yang mesti ada dalam kita bernegara.\u00a0\u00a0\u00a0 Saya lebih suka politik yang sederhana, yang telah menyemarakan semangat petriotisme dan tidak mendorong kepada keadaan yang kelam kabut yang menjurus kepada perpecahan Melayu.<\/p>\n<p><em>&#8230;gebpencen&#8230;selamat harijadi pertama blog syok sendiri&#8230;<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bulan Febuari ( 12) hari\u00a0 ini, \u00a0 blog kerdil saya menyambut ulang tahun pertama kelahirannya.\u00a0 Saya senang mengingati kelahiran itu kerana ianya sama dengan tarikh saya memiliki sebuah lap top.\u00a0 Sebelum saya membeli lap top saya menemui rakan anak saya untuk mengajar saya asas pengendalian blog.\u00a0 Sebaik saja saya balik dari PC Depot, tempat lap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[15],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/653"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=653"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":719,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/653\/revisions\/719"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}