{"id":655,"date":"2010-01-05T05:37:01","date_gmt":"2010-01-05T05:37:01","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=655"},"modified":"2010-01-05T05:37:01","modified_gmt":"2010-01-05T05:37:01","slug":"pengalaman-berharga-di-awal-2010","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=655","title":{"rendered":"Pengalaman berharga di awal 2010"},"content":{"rendered":"<p><strong>2 January<\/strong> adalah merupakan hari-hari awal dalam kalendar 2010.\u00a0 Jam 5.00 petang memandu berseorangan balik ke Kulim dari makan kenduri di Junjung.\u00a0 Sampai di hadapan Sekolah Menengah Teknik, Kulim,\u00a0 saya memperlahankan kereta Wira 1995 saya (disebut dalam entri 1 Januari baru lalu) kerana banyak kereta waris berada di kiri kanan jalan.\u00a0 Kereta terus bergerak dalam kelajuan antara 30 hingga 35 kmh menghampiri selekoh garisan berkembar dari arah hadapan.\u00a0 Kelihatan kereta dari arahan bertentangan bergerak teratur dan perlahan seperti saya..<\/p>\n<p><strong>Tiba-tiba..<\/strong><\/p>\n<p>meluru dengan laju sebuah motosikal dari arah hadapan memotong deretan kereta betul-betul diselekoh itu.\u00a0 Penunggang remaja itu telah melampaui garisan berkembar.\u00a0 Motosikal sudah berada di laluan saya.\u00a0\u00a0 Saya cuba sedikit mengelak ke kiri <strong>dengan harapan <\/strong>dapat memberi laluan kepadanya untuk\u00a0 mengelak dari melanggar kereta saya.\u00a0 Namun dia tergamam.\u00a0 Saya nampak jelas raut mukanya yang sangat panik. Saya hanya membrek dan menunggu.<\/p>\n<p>Saya fikirkan ke mana dia akan terjatuh dan bagaimana seriusnya dia nanti.\u00a0 Saya fikirkan apa yang bakal terjadi kepada saya,\u00a0 samaada badan motosikal atau pennggangnya akan menghempap cermin hadapan kereta saya. \u00a0 Motosikal itu meluru ke arah kereta saya tanpa melakukan apa-apa.\u00a0 Motosikalnya terus <strong>menghentam <\/strong>bahagian hadapan kereta saya dengan kuat. Sempat saya melihat badannya melambung ke udara mengatasi bonet kereta saya tetapi saya tidak sempat nampak tubuhnya jatuh kerana terlindung dengan &#8216;bonet&#8217; depan saya telah terkopak ke atas.<\/p>\n<p>Saya tidak lantas keluar.\u00a0 Saya memerhati keliling bahagian dalam kereta saya. Semua benda yang berada di atas kusyen tercampak ke lantai.\u00a0 Telefon saya entah kemana.\u00a0 20 minit kemudian barulah telefon bimbit saya ditemui, nun jauh terpersosok di celah pedal brek kaki, malangnya baterinya sudah hampir habis.. hanya sempat mengambil 2 keping gambar untuk <strong>facebook <\/strong>saya (<em>ideris_rejab@yahoo.com<\/em>)\u00a0 Saya pasti saya <strong>membrek dengan kuat <\/strong>kerana terkejut.\u00a0 Sungguhpun begitu tindakan saya itu (memberek) tidak membantu memperlahankan kenderaan saya kerana motosikal remaja itu meluru laju.\u00a0 Saya begitu tenang dengan memujuk perasaan bahawa\u00a0\u00a0 <em>&#8216;tiada apa yang saya boleh buat selebih dari itu<\/em>&#8216;\u00a0\u00a0\u00a0 Saya hanya\u00a0 menunggu kedatangannya untuk menghentam dan meranapkan semua bahagian depan kereta saya.\u00a0 Berkecai berberai-berai..<\/p>\n<p>Radio kereta masih berbunyi.\u00a0 Saya membuka pintu dan terus keluar. Remaja itu menangis, sesal dan sedih.\u00a0 Saya takut menghampirinya kerana dari mata kasar saya kecederaan kakinya agak serius kerana seperti\u00a0 terkulai.\u00a0 Sungguhpun begitu saya rasa lega kerana dia boleh bergerak, bersuara, bangun dan baring kembali di atas jalanraya, mungkin kerana kesakitan yang amat sangat.\u00a0 Saya minta dia bertenang dan jangan banyak bergerak.\u00a0 Saya memujuknya dengan mengatakan bahawa kecederaannya tidak serius.\u00a0 Orang ramai memberhentikan kenderaan dan berkerumun di tempat kejadian.\u00a0 Ada seorang saksi dari sebuah kereta 4&#215;4 yang mengekori saya;\u00a0 sibuk memberi kenyataan kepada orang ramai yang tertanya-tanya.\u00a0 Dia yang melihat kejadian itu dalam jarak yang paling hampir kerana kereta itu mengekori saya dari Pekan Junjung lagi.\u00a0 Ada juga yang bertanya saya&#8230;<\/p>\n<p>Sebuah kereta Mercedes berhenti di belakang kereta saya.\u00a0 Tuan punya kereta Mercedes itu sibuk menelefon ke sana-sini melaporkan kejadian kemalangan saya dengan begitu sistematik sekali.\u00a0 Dia bertanya maklumat diri saya dan saya memberi kerjasama kepadanya.\u00a0 Dia bertanya nombor telefon saya, saya menjawab telefon saya belum dijumpai &#8211; berkali-kali.\u00a0 Dia dengan agak marah dan meninggikan suara. .\u00a0 Baru saya tersedar walaupun telefon belum dijumpai tapi nombornya sepatutnya saya tahu..\u00a0 Saya tersenyum sendirian mengenangkan kebodohan saya &#8211; mungkin kerana sedikit agak terkejut ..<\/p>\n<p>Saya bertanya siapakah tuan ?\u00a0 Rupa-rupanya dia seorang Pegawai Polis dari Alor Star.. ooo patutlah berkereta besar ( Mercedes).\u00a0 Saya mengucapkan terima kasih kerana menjadi beliau bertindak menjadi pegawai perhubungan dalam kejadian itu kerana membuat semua panggilan kecemasan termasuk kepada waris penunggang motosikal itu.\u00a0 <strong>Terima kasih TUAN <\/strong>!<\/p>\n<p>Kemudian,\u00a0 dua orang anak saya datang, \u00a0 kerana rumah saya tidak jauh dari tempat kejadian&#8230; ambulan pun datang,\u00a0 ibubapa penunggang motosikal itu pun datang, polis pun datang, wakil insuran pun datang. \u00a0\u00a0 Episod duka itu semakin berakhir.\u00a0 Jam 7.00 malam kereta saya telah tiada bersama saya lagi dan kembalilah saya ke rumah dalam keletihan.<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230;Syukur alhamdullilah.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2 January adalah merupakan hari-hari awal dalam kalendar 2010.\u00a0 Jam 5.00 petang memandu berseorangan balik ke Kulim dari makan kenduri di Junjung.\u00a0 Sampai di hadapan Sekolah Menengah Teknik, Kulim,\u00a0 saya memperlahankan kereta Wira 1995 saya (disebut dalam entri 1 Januari baru lalu) kerana banyak kereta waris berada di kiri kanan jalan.\u00a0 Kereta terus bergerak dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/655"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=655"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/655\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":665,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/655\/revisions\/665"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}