{"id":699,"date":"2010-02-07T05:14:44","date_gmt":"2010-02-07T05:14:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=699"},"modified":"2010-02-07T05:14:44","modified_gmt":"2010-02-07T05:14:44","slug":"emak-bercerita-semangat-padi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=699","title":{"rendered":"Emak bercerita &#8211; semangat padi"},"content":{"rendered":"<p><em>Suatu hari seorang musafir (orang susah kata emak saya) berjalan di pinggir sebuah bendang.\u00a0 Bila kepenatan dia berhenti berteduh di sebuah &#8216;dangau&#8217; (tempat pesawah berteduh kepanasan).\u00a0 Perutnya terasa sangat lapar. Tiada sesiapa berada\u00a0 di situ. Dalam masa dia berehat itu dia terdengar bunyi seakan-akan suara orang menangis.<\/em><\/p>\n<p><em>Dia mencari serata tempat kalau-kalau ada sesorang tersembunyi dimana-mana.\u00a0 Tetapi tidak\u00a0 ditemuinya di mana-mana jua. Didongakkan kepalanya ke atas kerana suara itu seolah-olah datang dari atas atap nipah dangau tersebut.\u00a0 Makin jelas bahawa suara itu memang datang dari atas atap dangau tempat dia berteduh.\u00a0 Dia mendekatkan pandangan ke sisipan atap nipah bumbung dangau tadi.\u00a0 Semakin dia menghampiri, semakin jelas suara tangisan itu kedengaran.<\/em><\/p>\n<p><em>Diamati betul-betul, Rupa-rupanya yang mengeluarkan suara itu ialah sekeping kerak nasi yang telah keras,\u00a0 di sisipkan ke atas bumbung dangau itu.\u00a0 Musafir tadi memegang kerak nasi tersebut.\u00a0 Suara tangisan itu terhenti.\u00a0 Dia membawa kerak nasi tersebut ke air di bendang di situ lalu membasuhnya. Musafir tersebut mengunyah dan memakannya sehingga habis.<\/em><\/p>\n<p><em>Emak menyambung ceritanya :\u00a0 Tidak lama kemudian apabila musafir itu pulang ke kampungnya untuk bertanam padi, tanamannya amat &#8216;menjadi&#8217;\u00a0 sehingga berkunca-kunca* hasil padinya.\u00a0 Ini telah menjadikannya seorang yang kaya raya<\/em> di akhir ceritanya.<\/p>\n<p>Semasa saya budak-budak dahulu, emak saya suka dan pandai bercerita.\u00a0 Ceritanya berkisar kepada cerita-cerita yang berunsur nasihat dan bersesuaian dengan pengalamannya sebagai petani tradisional. Ceritanya mempunyai moral yang tersendiri dan mempunyai hubungkait dengan kehidupan petani seharian.\u00a0 Secara tidak langsung, cerita emak saya mempunyai hubungan tentang perlakuan saya semasa budak-budak.\u00a0 Ianya secara tidak langsung untuk membentuk saya menjadi seorang anak yang &#8216;berdisiplin&#8217;.<\/p>\n<p><em>Singkatan peristiwa dibawah adalah jawapannya <\/em>:<\/p>\n<p>Setelah saya selesai makan nasi,\u00a0 emak selalu berkata : Kalau sudah makan nasi, mesti mengairkan pinggan agar tanaman di bendang sentiasa berair dan menyebabkan padi menjadi subur (banyak hasilnya)<\/p>\n<p>Bila saya sudah kekenyangan makan dan mahu berhenti, emak pun berkata :\u00a0 Nasi dalam pinggan mesti di habiskan bila dimakan .\u00a0 Jangan ditinggalkan barang sebiji pun,\u00a0 nanti nasi menangis, yang boleh menyebabkan tanaman tidak menjadi di musim mendatang.<\/p>\n<p>Setelah selesai makan, sebiji dua nasi tentunya akan tumpah ke lantai, emak pun berkata : Nasi yang tumpah dari pinggan dilantai (ketika itu makan di atas lantai beralaskan tikar mengkuang) hendaklah dikutip dan di makan juga.\u00a0 Kalau sekiranya lantai kotor,\u00a0 jangan sesekali menyapunya dengan penyapu (lidi, di masa itu) ianya hendaklah di sapu dengan kain agar nasi tidak rasa terhina.<\/p>\n<p>Setelah saya menyapu dengan kain, emak pun berkata : Jangan pula dibuang ke bawah rumah nasi yang disapu itu, sebaliknya hendaklah dikumpulkan untuk makanan ayam di reban nanti.<\/p>\n<p>Keluarga saya\u00a0 seorang pesawah tradisonal. Perkara-perkara sebegini memang di ambil berat oleh emak saya.\u00a0 Mungkin kerana penat jerih di sawah, tanpa bahan kimia dan peralatan moden, restu dari Maha Berkuasa amat di tagih .. untuk mendapat sesuap nasi. Semangat padi sentiasa dipertahankan.<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230; selalu ke\u00a0 bendang untuk main serunai padi je..<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suatu hari seorang musafir (orang susah kata emak saya) berjalan di pinggir sebuah bendang.\u00a0 Bila kepenatan dia berhenti berteduh di sebuah &#8216;dangau&#8217; (tempat pesawah berteduh kepanasan).\u00a0 Perutnya terasa sangat lapar. Tiada sesiapa berada\u00a0 di situ. Dalam masa dia berehat itu dia terdengar bunyi seakan-akan suara orang menangis. Dia mencari serata tempat kalau-kalau ada sesorang tersembunyi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/699"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=699"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":715,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions\/715"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}