{"id":704,"date":"2010-02-17T02:55:15","date_gmt":"2010-02-17T02:55:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=704"},"modified":"2010-02-20T02:50:44","modified_gmt":"2010-02-20T02:50:44","slug":"pra-satu-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=704","title":{"rendered":"Pra &#8216;Satu Malaysia&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><em><strong>Saya berkayuh <\/strong>basikal tua peninggalan arwah bapa dengan membawa sebuah bekas guni gula terikat kuat di &#8216;plantar&#8217;.\u00a0 Kayuhan menghala ke pekan Simpang Ampat dengan tujuan untuk membeli keperluan\u00a0 dapur yang disuruh emak.\u00a0 Ketika itu saya berada di usia 9 tahun.\u00a0 Basikal tua yang saya naiki tidak mampu untuk saya duduk di &#8216;seat&#8217;nya.\u00a0 Hanya bertenggek sahaja dibesi galang dan mengenjut &#8216;rakap&#8217;\u00a0 ke kiri dan kanan.<br \/>\n<\/em><\/p>\n<p><em>Kurang dari 15 minit saya pun sampai.\u00a0 Tan Poh Guan memasukkan barang keperluan ke dalam guni gula separuh penuh.\u00a0\u00a0 Gula, beras tepung, minyak, sabun buku cap Kapak , agar-agar, susu cap Junjung dan &#8230;\u00a0 Semuanya dibungkus dengan kertas kecuali yang berbotol dan bertin.\u00a0 Yang saya tak nampak, sabun mandi, syampu, ubat gigi, susu tepung, minyak rambut ..\u00a0 Tapi yang saya pasti saya tidak pernah menggunakan benda-benda tersebut pada masa itu.<\/em><\/p>\n<p><em>Saya tidak perlu bayar apa-apa.\u00a0 Tan Poh Guan akan menulis harganya di buku dan saya akan menyerahkannya kepada emak saya bila sampai di rumah nanti.\u00a0 Dengan tidak banyak soal saya berkayuh balik ke rumah dari kedai runcit di pekan itu.\u00a0 Saya suka ke kedai itu kerana Poh Guan mesra  orangnya.\u00a0 Dia jarang berbaju tetapi sentiasa menguruskan kedainya dengan teratur.\u00a0 Saya pasti bila cukup sebulan, bila abang saya mendapat gaji dia akan membayar hutang barang tersebut kepada Poh Guan. Itu saja.<\/em><\/p>\n<p><strong>Lima puluh tahun kemudian<\/strong>, saya berjalan dihadapan bekas kedai lama Poh  Guan\u00a0 di Jalan Tasek (<em>Tasek Road<\/em>) yang telah lama sudah ditutup.\u00a0 Poh Guan pun sudah lama meninggal dunia.\u00a0 Saya meneruskan rondaan santai saya ke kedai barunya\u00a0 <em>di Jalan\u00a0 Main Road<\/em>,\u00a0 Simpang Ampat.\u00a0 Kelihatan anaknya sedang\u00a0 menguruskan  kedai racun dan bahan pertanian berbahan kimia yang terbesar di dalam  daerah ini, lengkap dengan kemudahan tercanggih dan terkini.\u00a0 Ada 3 \/ 4  buah kereta berjenama dikedainya. Kedainya berruang 3.\u00a0 Anaknya (mirip wajah Poh Guan) sudah  tentu tidak mengenali saya tetapi saya teringat Tan Poh Guan yang gigih bekerja hingga ke generasi anaknya &#8211; kaya raya.\u00a0 Saya bukan &#8216;pelanggannya&#8217; jadi tidak perlu dia  menegur saya tetapi ayahnya pula (limapuluh tahun dahulu) p sangat akrab  dengan abang saya( seorang Pegawai RISDA) yang mula-mula mempromosi bekalan racun  dan baja kepada\u00a0 Poh Guan.<\/p>\n<p>Kita (Melayu) kembali merenung diri kita &#8211;\u00a0 masa silam.\u00a0 Ketika itu tidak ramai orang  yang mengejar kebendaan.\u00a0 Banyak masa terluang untuk  berkomunikasi.\u00a0\u00a0Selalu mempunyai ruang untuk bekerjasama.\u00a0\u00a0Dapat bekerja  dengan selesa.\u00a0 Mempunyai makanan berkhasiat dari tumbuh-tumbuhan  menghijau.\u00a0 Sihat dari penyakit yang &#8216;kronik&#8217;. Awal 60&#8217;an dirasakan peluang telah terhidang untuk yang rajin ketikmana negara semakin dihambat kemajuan. Perlumbaan telah bermula.\u00a0 Pemimpin begitu jujur memperkasakan  jati diri rakyat.\u00a0 Namun <strong>tiada seorang pun motivator <\/strong>yang tampil untuk mendidik abang kakak ketika itu untuk memperkasakan diri bersedia untuk dihambat kemajuan.<\/p>\n<p>Antaranya ada yang pandai, yang bijak, yang rajin dan sedikit  berpengetahuan.\u00a0 Mereka berlari ke hadapan sambil mendahului kemajuan dan mereka berjaya.\u00a0 Dalam masa yang sama ada yang terus dibuai mimpi enak  menonton kemajuan yang makin terasa&#8230;Kebanyakan ketika itu,\u00a0 ramai yang masih bersembang (leka -rilexs)) dan bekerja secara  rutin cukup untuk makan pagi dan petang.. secara tradisional. Bekerja sebagai petani tradisional dan &#8216;enjoy&#8217; kemerdekaan yang telah dituntut oleh orang-orang Melayu, kepimpinan terdahulu\u00a0 ke atas bumi bertuah ini.<\/p>\n<p>Ketika itu sudah ada jalan raya, ada sekolah,\u00a0 pejabat kerajaan, <em><strong>seadanya <\/strong><\/em>; kereta tidak banyak,\u00a0 hospital juga ada walaupun kecil (tidak perlu dibesarkan kerana tidak ramai yang mahu mengunjunginya kerana mungkin tidak sakit).\u00a0 Semuanya ada .. dan <em>semuanya ala kadar<\/em>,\u00a0 seadanya. Itu pun sudah cukup untuk keturunan Melayu yang sudah\u00a0 (pun terasa)\u00a0 menjadi <strong>tuan dibuminya <\/strong><em>sendiri<\/em>.<\/p>\n<p>Terus asyik melihat penguasaan saki baki orang-orang Inggeris menguruskan ladang dan syarikat-syarikat besar sambil menumpang bekerja mencari pendapatan. Ramai orang-orang Melayu yang menjadi asykar (termasuk abang kedua saya) <strong>dan <\/strong>orang-orang Cina terus berniaga seperti biasa, (sepertimana\u00a0 perrnah diungkapkan oleh YM Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia &#8211; orang Melayu jadilah asykar, biarlah orang-orang Cina meniaga).\u00a0 Orang berketurunan Cina terus berniaga dan berniaga dan berniagaaa&#8230;&#8230;<\/p>\n<p><strong>Saya mundar mandir <\/strong>di Jalan Tasek memerhatikan pembinaaan landasan keretapi berkembar.\u00a0 Di antara deretan kedai peniaga Cina kelihatan motosikal <em>anak-anak sekolah <\/em>memecut laju membelah jalan raya tanpa topi keledar.\u00a0 Beberapa buah kereta guru separa mewah keluar dari SMK Bandar Tasek Mutiara.\u00a0 Bergaya dan ceria dengan kemewahan dan keselesaan yang ada..<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;sudah MEWAHKAH KITA ? atau kita makin ditinggalkan kemewahan oleh orang lain?<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya berkayuh basikal tua peninggalan arwah bapa dengan membawa sebuah bekas guni gula terikat kuat di &#8216;plantar&#8217;.\u00a0 Kayuhan menghala ke pekan Simpang Ampat dengan tujuan untuk membeli keperluan\u00a0 dapur yang disuruh emak.\u00a0 Ketika itu saya berada di usia 9 tahun.\u00a0 Basikal tua yang saya naiki tidak mampu untuk saya duduk di &#8216;seat&#8217;nya.\u00a0 Hanya bertenggek sahaja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[18],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/704"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=704"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":737,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/704\/revisions\/737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}