{"id":708,"date":"2010-02-23T15:00:21","date_gmt":"2010-02-23T15:00:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=708"},"modified":"2010-02-23T15:00:21","modified_gmt":"2010-02-23T15:00:21","slug":"kahwin-rompak-colombo-plan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=708","title":{"rendered":"Kahwin rompak &#8216;Colombo Plan&#8217;."},"content":{"rendered":"<p>Sebak saya dan emak melihat Pak Lang <em>Mea <\/em>(Ismail &#8211; adik emak saya) mengacu-acukan tangannya ke hadapan seperti mahu memegang sesuatu.\u00a0 Bila ditanya apa tujuannya berbuat demikian dia menyatakan dia nampak anaknya,\u00a0 &#8216;Ax&#8217; (Ishak) berada di hadapannya dan dia hendak memegangnya.\u00a0 Kami tahu, rindunya kepada Ax bukan kepalang.\u00a0 Isteri Pak Lang Mea turut memerhati tetapi tidak berapa kisah kerana lumrah Pak Lang memperlakukan sedemikian semenjak demamnya semakin hari semakin tinggi.<\/p>\n<p>Selepas tamat Form Five di sekolah Penang Free School, Ax sepupu yang sebaya dengan saya berangkat ke Autralia dalam tahun 1969. Dia melanjutkan pelajaran disana dalam bidang akauntant di bawah biasiswa Colombo &#8211; Projek UNICEF Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangga sungguh keluarga kerana bukan senang ketika itu nak masuk universiti, inikan pula belajar keluar negara.\u00a0 Ax memang seorang pelajar yang pintar (rajin dan tekun &#8211; tidak sepeti saya).<\/p>\n<p>Selepas Pak Lang bersara dari menjadi buruh\u00a0 &#8216;harbour boat&#8217; di pelabuhan Bagan Dalam, Butterworth pada tahun 1966 dia membimbit raga kuih di kedua-dua belah lengannya di serata pekan Bagan (Butterwrth) untuk menyara anaknya termasuk Ax yang ke luar negara. Gigih sungguh dia.\u00a0 Dengan penampilan seorang yang pendek (rendah &#8211; seperti emak saya) nampak jelas kepayahan yang diharungi demi anaknya.<\/p>\n<p>Lagi setahun Ax akan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah yang cemerlang,\u00a0 Pak Lang Mea (ayah Ax) telah meninggal dunia.\u00a0 Kami menziarahinya hinggalah\u00a0 disaat kematiannya, kerana emak saya sangat akrab dengan adiknya itu.\u00a0 Emak menitiskan air mata mengenang gelagat Pak Lang Mea melepaskan kerinduannya semasa mayat diusung ke perkuburan.\u00a0 Yang paling memilukan kerana dia tidak dapat merasai hasil penat jerihnya atas kejayaan Ishak, anaknya itu.<\/p>\n<p>Kapal Terbang dari Australia telah mendarat.\u00a0 Tiada keluarga kami yang menyambutnya di lapangan terbang. Emak Ax (Mak Lang Mah &#8211; isteri arwah Pak Lang Mea) juga tidak mampu untuk ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur bagi menjemput Ax.\u00a0 Sebaliknya (pula) keluarga &#8216;girlfriend&#8217; nya telah bersedia di lapangan terbang dengan beberapa buah kereta menjemput Ax terus ke rumah mereka di Bandaraya Kuala Lumpur.\u00a0 Persediaan rapi telah dibuat di sana oleh keluarga &#8216;girilfrend&#8217;nya untuk Ax ditunangkan.<\/p>\n<p>Entah bagaimana abang sulung saya dapat menghidu cerita begitu dari salah seorang keluarga Ax.\u00a0 Beliau amat marah . Mendengus-dengus percakapannya, dengan penuh ketegasan dia\u00a0 memberitahu Mak Lang untuk disampaikan kepada Ax&#8230;<\/p>\n<p><em>Kalau iya pun.. balik lah dulu ke Bagan. Kita pun ada adik beradik (maksudnya hormatilah instituisi adik beradik (?)).\u00a0 Kemudian kita p\u00a0 kira  elok2, bukan kita tak mau;\u00a0 bukan kita nak halang.\u00a0 Balik dulu<\/em> &#8211; sinopsis kemarahan abang saya yang menjadi <strong>induk keluarga <\/strong>ketika itu.<\/p>\n<p>Walaupun saya tidak begitu ingat apa yang berlaku selanjutnya tetapi Ax telah pulang ke Bagan dan selepas itu rombongan peminangan telah dihantar ke\u00a0 Bandaraya Kuala Lumpur.\u00a0 Kemudian jadilah mereka suami isteri yang bahagia sambil tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya terutama emaknya dan adik-adiknya.<\/p>\n<p>Jadi juga perkhwinan ini,\u00a0 walaupun untuk pulang ke Bagan dari Australia, Ax terpaksa transit di bandaraya rumah &#8216;girlfriend&#8217;nya kerana &#8230;. keluarga girilfriendnya tidak yakin atau salah takrif ke atas Plan Colombo.\u00a0 Mereka mentakrif plan tersebut secara negatif tetapi kami sekeluarga mentakrifnya secara positif. Sekarang tinggallah mereka dengan mewah sejahtera di sebuah kawasan perumahan eksklusif &#8211; TTDI saya diberitahu (<em><strong>entah kat mana<\/strong><\/em>). Syukur&#8230;<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230;tak boleh jadi induk keluarga seperti abang saya kerana tak reti marah mendengus-dengus.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebak saya dan emak melihat Pak Lang Mea (Ismail &#8211; adik emak saya) mengacu-acukan tangannya ke hadapan seperti mahu memegang sesuatu.\u00a0 Bila ditanya apa tujuannya berbuat demikian dia menyatakan dia nampak anaknya,\u00a0 &#8216;Ax&#8217; (Ishak) berada di hadapannya dan dia hendak memegangnya.\u00a0 Kami tahu, rindunya kepada Ax bukan kepalang.\u00a0 Isteri Pak Lang Mea turut memerhati tetapi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[11],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/708"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=708"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":742,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/708\/revisions\/742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}