{"id":72,"date":"2009-03-17T14:57:14","date_gmt":"2009-03-17T14:57:14","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=72"},"modified":"2009-10-16T14:25:51","modified_gmt":"2009-10-16T14:25:51","slug":"buah-melaka-buah-lengkenang-buah-keduduk-dan-buah-riang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=72","title":{"rendered":"Buah melaka, buah lengkenang, buah keduduk dan buah riang."},"content":{"rendered":"<p>Hari raya kali itu,\u00a0 (dalam tahun 1961) saya bernasib baik.\u00a0 Saya ada seluar panjang dan baju tangan panjang yang baru.\u00a0 Abang saya yang beli semuanya menjelang hari raya.\u00a0 &#8216;Baju raya itu tidak boleh dibasuh, kerana dia akan hancur&#8217;\u00a0 kata abang.\u00a0 Saya terus mempercayainya kerana mengagumi kecantikan baju itu.\u00a0 Saya akan menceritakan kepada kawan-kawan tetapi ada diantara mereka yang &#8216;cerdik&#8217; tidak mempercayainya. Banyak juga yang percaya.<\/p>\n<p>Selepas aktiviti di masjid di pagi hari raya itu, saya mengajak sepupu saya berbasikal ke pekan yang berdekatan.\u00a0 Dua orang sepupu lelaki saya hanya memakai kain pelikat lusuh dan berbaju, juga lusuh.\u00a0 Mereka tidak mempunyai pakain baru di hari raya itu.\u00a0 Ayah mereka bekerja sebagai penoreh getah.\u00a0 Ayah mereka tidak rajin bekerja.\u00a0 Ibu pula tidak bekerja.\u00a0 Masih ada lagi adik-adik mereka.\u00a0<\/p>\n<p>Begitulah kehidupan kami pada masa itu.\u00a0 Saya bersama ibu (bapa sudah meninggal) mampu hidup agak selesa kerana abang yang menyara kehidupan kami, bekerja dengan kerajaan. Tetapi saya dapat merasakan kehidupan sepupu saya dihimpit kemiskinan.\u00a0 Walaupun saya agak simpati dengan mereka, apakan daya saya.<\/p>\n<p>Biasanya apabila tiba waktu makan tengahari, saya akan makan bersama ibu saya.\u00a0 Tidak jauh dari rumah saya ketika itu akan kelihatan sepupu saya merayau-rayau mengintai kami makan.\u00a0 Biasanya kedua-dua mereka tidak berbaju dan dalam keadaan letih lesu.\u00a0 Ibu akan memanggil mereka makan bersama.\u00a0 Biasanya mereka menolak, tetapi akhirnya mereka akan makan bersama kami.<\/p>\n<p>Sama juga dengan saya, pada waktu petang kami akan bermain seperti budak-budak yang lain. Bila kehausan kami sama-sama akan ke telaga (perigi) menceduk air dan meminumnya melalui timba yang sedia ada di situ.\u00a0 &#8216;Telaga&#8217; adalah sebuah lubang yang di korek di tanah untuk mendapatkan air. Tiada langsung rasa kekok minum air telaga yang letaknya tidak jauh dari &#8216;jamban&#8217; itu.\u00a0 Seingat saya air itulah yang diminum oleh seluruh keluarga dan jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah saya.<\/p>\n<p>Kemudian kami akan pergi di pinggir kampung.\u00a0 Sepupu saya akan memanjat pokok\u00a0 melaka dan menjatuhkan buahnya.\u00a0 Kami akan makan bersama sebagai &#8216;makanan petang&#8217;.\u00a0 Sepupu saya memang handal memanjat pokok.\u00a0 Kadang-kadang kami akan mencari buah keduduk.\u00a0 Pokok keduduk sejenis pokok kecil. Buah keduduk suka dimakan oleh burung merbah.\u00a0 Rasanya manis dan warnanya kebiru-biruan.\u00a0 Mulut kami akan berwarna biru selepas makan buah itu. Itu juga adalah makanan petang kami.<\/p>\n<p>Buah lengkenang adalah sejenis buah makanan burung.\u00a0 Batangnya boleh dibuat rangka sangkar burung. Buahnya juga boleh di makan.\u00a0 Ia juga satu lagi hidangan makanan kami pada waktu petang.<\/p>\n<p>Biasanya pada hari cuti, pada waktu pagi kami akan ke tepi sungai yang tidak jauh dari rumah. Di tepi sungai itu ada sebatang pokok &#8216;riang&#8217;.\u00a0 Pokoknya tinggi dan besar.\u00a0 Sepupu saya akan memanjatnya dan menggoncangkan (menghinggut) rantingnya.\u00a0 Buah riang yang kecil dan masak akan jatuh kedalam sungai yang airnya mengalir &#8216;lesu&#8217;.\u00a0 Kami akan turun ke sungai untuk mengutip dan memakan buah riang yang ranum itu.<\/p>\n<p>Sekarang pokok buah-buah ini telah semakin tidak kelihatan walaupun rasanya belum pupus.\u00a0 Ada generasi sekarang sudah tidak tahu lagi buah ini. Pokonya jarang kelihatan kecuali jikalau kita masuk lebih jauh ke dalam hutan.\u00a0 Buah-buah ini sudah tidak lagi menjadi makanan manusia kecuali haiwan dan unggas.<\/p>\n<p>Apa yang perlu kita tahu bahawa, sekiranya manusia terdesak maka semuanya akan menjadi makanan.\u00a0 Bagi kami, pada waktu petang, tiada menu yang disediakan untuk mengalas perut.\u00a0 Makanan akan dihidangkan pada waktu tengahari dan malam selain dari makanan tradisi untuk sarapan pagi.\u00a0 Oleh sebab ianya satu rutin harian,\u00a0 kami tidak merasakan apa-apa kejanggalan.<\/p>\n<p>Hidup mesti diteruskan sementara menanti dunia berubah. Saya terus bersekolah hingga tingkatan 5 dan kedua-dua sepupu saya berhenti sekolah ketika di darjah2 dan 3.<\/p>\n<p>Syukur saya kerana dunia telah berubah dari sehari ke sehari.<\/p>\n<p>Pada tahun 1967, kedua-dua sepupu saya telah bekerja di &#8216;kilang kertas&#8217; \u00a0yang baru dibuka di kampung saya dengan gaji RM2.50 sehari. Saya sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan sebagai penoreh getah dan membanting padi di sawah.<\/p>\n<p>Sekarang kami bertiga telah pun bersara dari pekerjaan masing-masing.\u00a0 Kedua-dua sepupu saya memperolehi wang KWSP hampir RM180.00.\u00a0 Kami semua sudah bermenantu dan saya telah pun bergelar &#8216;datuk&#8217; (kerana telah bercucu). Kedua-dua sepupu saya pun sudah agak selesa, begitu juga saya, gurubesarpencen.\u00a0 Kami tetap bersama seperti dahulu.\u00a0 Kami terus\u00a0\u00a0bersyukur dan tabah melayari kehidupan yang mendatang.<\/p>\n<p>Kita perlu mengimbas kembali detik-detik di ketika itu.\u00a0 Dengan itu akan timbul keinsafan untuk terus berjuang menabur bakti dengan membina kebajikan diri kerana keinsafan itu.<\/p>\n<p><em>.. gurubesar pencen &#8230; nak pergi meminang untuk anak sepupu di Pulau Pangkor Ahad ini.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari raya kali itu,\u00a0 (dalam tahun 1961) saya bernasib baik.\u00a0 Saya ada seluar panjang dan baju tangan panjang yang baru.\u00a0 Abang saya yang beli semuanya menjelang hari raya.\u00a0 &#8216;Baju raya itu tidak boleh dibasuh, kerana dia akan hancur&#8217;\u00a0 kata abang.\u00a0 Saya terus mempercayainya kerana mengagumi kecantikan baju itu.\u00a0 Saya akan menceritakan kepada kawan-kawan tetapi ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/72"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=72"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/72\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":542,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/72\/revisions\/542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=72"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=72"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=72"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}