{"id":743,"date":"2010-03-02T14:28:59","date_gmt":"2010-03-02T14:28:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=743"},"modified":"2010-03-02T14:28:59","modified_gmt":"2010-03-02T14:28:59","slug":"pemulihan-bahasa-inggeris","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=743","title":{"rendered":"Pemulihan Bahasa Inggeris"},"content":{"rendered":"<p>Seorang guru Bahasa Inggeris mencuit saya dengan menyatakan bahawa Bahasa Melayu (BM) mempunyai program Pemulihan Khas.\u00a0 Bagaimana pula dengan murid yang lemah Bahasa Inggeris;\u00a0\u00a0 mereka tiada program Pemulihan Khas untuk Bahasa Inggeris\u00a0 (BI).\u00a0 Terasa sangat kebenarannya kerana saya banyak\u00a0 <strong>mengomel <\/strong>mengenai Pemulihan BM (sahaja)\u00a0 sedangkan yang ketara kelemahan dan kegagalan peratusan dalam UPSR ialah subjek BI&#8230; betul juga, \u00a0 dan beliau meminta komen dari saya.<\/p>\n<p>Pemulihan Khas, dengan bilik (hawa dingin) khas,\u00a0 dengan guru khas, dengan peralatan khas, dengan taklimat khas, komputer khas, dengan asakan bertali arus kepada Guru Besar (GB) juga khas datangnya dari peneraju utama peringkat negeri (Pengarah). \u00a0 <strong>Semuanya khas<\/strong>.\u00a0 Begitulah pentingnya Program Pemulihan Khas (BM)\u00a0 kepada KPMalaysia dan tidak juga kurang pentingnya kepada seorang Guru Besar.\u00a0 Bahkan pada saya itulah agenda saya selamanya berjawatan sebagai GB. Semuanya dikhaskan kepada Bahasa Melayu.\u00a0 Mengapa pentingnya Bahasa Melayu;\u00a0 Pemulihannya dikhaskan ?\u00a0 Umum sudah mengetahui.\u00a0 Pastinya Bahasa Rasmi Negara, dan sebagai kayu pengukur kepada medium utama dalam aliran perdana pendidikan (hanya sesetangah orang sahaja yang sanggup menafikannya (?)).<\/p>\n<p>Apakah Bahasa Inggeris itu tidak mustahak maka di tiadakan pemulihan ?\u00a0 Saya dan pelayar blog ini tentunya akan menafikan sekeras-kerasnya&#8230;<\/p>\n<p>Pengajaran BI merupakan pembelajaran yang tertua di dunia,\u00a0 maka sudah tentu ianya telah saling melengkapi sepanjang masa dan cukup dengan segala bahan dan strategi untuk memperkasakan penguasaan bahasa itu.\u00a0 Di dalamnya merangkumi berbagai kaedah pengajaran,\u00a0 ia telah menjadi amat sesuai untuk disampaikan kepada semua peringkat umur pelajar. Berbanding dengan BM yang dilengkapan strategi pembelajarannya di sekitar Nusantara ini sudah tentunya ianya memerlukan pendekatan secara berterusan untuk terus memartabatkannya. Maka usaha itu diteruskan oleh KP Malaysia untuk memperkukuhkannya melalui aktiviti Pemulihan Khas seperti yang kita bicarakan.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, rata-rata guru BI di sekolah rendah sudah pun dimengertikan mengenai konsep pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam P&amp;P yang dibawa oleh mereka. Maka KPMalaysia sedar yang ianya merupakan salah satu pelajaran yang <strong>paling kritikal <\/strong>di sekolah.\u00a0 Maka dengan itu telah diadakan <strong>elaun kritikal <\/strong>sebanyak 10% dari gaji pokok guru-guru BI bagi menyatakan betapa kritikalnya pelajaran tersebut.\u00a0 Diharapkan dari semasa ke semasa mata pelajaran ini akan menjadi tidak kritikal lagi.\u00a0 Maka usaha dari guru BI ditagih dengan berobjektifkan &#8211; mesti\u00a0 dilipat gandakan (sekurang-kirangnya 10% lagi) bagi menjamin penguasaan BI di kalangan murid-murid dibawah &#8216;core bussiness&#8217;nya &#8211; <em>logikkan <\/em>?.<\/p>\n<p>Berbalik kepada bahan dan kaedah dalam P&amp;P\u00a0 &#8211; BI :\u00a0 Sepanjang pengamatan saya, ianya sungguh mengkagumkan, ianya telah lengkap dan sangat berkesan. Maka terpulang-lah bagaimana guru-guru BI menghadhamkan penyampaian, aktiviti, pendekatan dan pengolahan di hadapan murid di bilik darjah.\u00a0 Kalau ianya masih gagal, pada hemat saya sudah ada silap dan salah-nya di mana-mana :<\/p>\n<p>1.\u00a0 Kesungguhan guru menganalisis maklumat pengajaran bersama keberkesanan guru menganalisis tahap kebolehan dan pengetahuan murid.<\/p>\n<p>2. Kesedaran guru mentakrifkan pengajarannya sebagai pengajaran bahasa kedua.\u00a0 Pengajaran seharusnya tidak terikut-ikut dengan pengajaran Bahasa Ibunda.\u00a0 Dengan itu satu pengorbanan yang luar biasa harus ada dalam memperkasakan pengajaran BI (Pengajaran bahsa Kedua).<\/p>\n<p>3.\u00a0 Keberkesanan <strong>memilih program yang yang sesuai <\/strong>untuk dilaksanakan bagi memantapkan penguasaan BI.\u00a0 Pihak panita BI dan pengurusan sekolah harus memperkuatkan jalinan kerjasama agar program yang dipilih <strong>berkesan <\/strong>melalui kaedah pemantauan, post mortem, kepaduan dan kejituan proses.<\/p>\n<p>4.\u00a0 Program BI harus dimakmurkan oleh keseluruhan warga sekolah dan sebaiknya BI adalah dijadikan <strong>satu budaya <\/strong>di sekolah.<\/p>\n<p>5.\u00a0 Guru BI kena membulatkan hati dan <strong>bertindak sebagai <\/strong>Guru BI yang amat <em>diperlukan <\/em>dan amat <em>dipertanggungjawabkan<\/em><\/p>\n<p>Sejauh mana asas lima perkara ini disentuh oleh Guru Bahasa Kritikal ini. Atau hanya tersentuh dengan elaun 10% sahaja (yang tidak diperolehi oleh lain-lain guru).\u00a0 Semua guru BI dan semua murid termasuk kalangan waris pula ingin juga merasai sentuhan GB sesebuah sekolah kebangsaan yang menjadi peneraju utama di sekolahnya.\u00a0 Kita amat mengharapkan (sangat-sangat) guru-guru BIyang <strong>kebanyakannya <\/strong>bukan dari kalangan keturunan melayu juga sama-sama\u00a0 tersentuh dengan kelemahan murid keturunan melayu di Sekolah Kebangsaan &#8211; <strong>yang juga <\/strong>adalah salah satu punca yang perlu diperhatikan.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;mengakui tiada banyak kejayaan dan merintis pemulihan Bahasa Inggeris.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang guru Bahasa Inggeris mencuit saya dengan menyatakan bahawa Bahasa Melayu (BM) mempunyai program Pemulihan Khas.\u00a0 Bagaimana pula dengan murid yang lemah Bahasa Inggeris;\u00a0\u00a0 mereka tiada program Pemulihan Khas untuk Bahasa Inggeris\u00a0 (BI).\u00a0 Terasa sangat kebenarannya kerana saya banyak\u00a0 mengomel mengenai Pemulihan BM (sahaja)\u00a0 sedangkan yang ketara kelemahan dan kegagalan peratusan dalam UPSR ialah subjek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/743"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=743"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":764,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/743\/revisions\/764"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}