{"id":750,"date":"2010-03-16T11:42:42","date_gmt":"2010-03-16T11:42:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=750"},"modified":"2010-03-16T11:42:42","modified_gmt":"2010-03-16T11:42:42","slug":"disiplin-guru-dan-saya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=750","title":{"rendered":"Disiplin guru dan saya !"},"content":{"rendered":"<p>Dari jauh (SABAH) datangnya komen melalui lama blog sekolah (kecil) tapi canggih&#8230; memperkatakan mengenai disiplin guru dan minta saya memberikan komen.\u00a0 Walaupun saya tidak begitu jelas maksudnya namun saya andaikan situasainya ialah Guru Besar atau PPD telah mengambil jalan pintas untuk menukarkan guru yang memberikan masalah di sekolah itu ke tempat lain.<\/p>\n<p>Pada saya, kuasa adalah segala-galanya di sesebuah instituisi..\u00a0 Dimana-mana ada pertikaian yang berlaku adalah kerana pemilikan kuasa.\u00a0 Dengan mempunyai kuasa seseorang akan merasa lebih selamat.\u00a0 Tempat yang besar, besar kuasa ketuanya; tempat yang kecil, kecil sedikit kuasa ketuanya.\u00a0 Maka berkuasalah PPD atau Guru Besar menukarkan guru yang rendah disiplinnya untuk menyelsaikan masalah yang timbul. Kuasa yang diberi tidak wajar di pertikaikan tetapi harus (jika perlu) diperkatakan !.<\/p>\n<p>I :\u00a0 Ada ketikannya cg Ariff kurang siuman.\u00a0 Saya selalu menunggu cg Ariff\u00a0 jam 7.45 pagi. Biasanya dia akan datang jam 8.00 lebih atau langsung tidak datang.\u00a0 Bila dia tiba saya mengajaknya minum\u00a0 dan kemudian menghulurkan rokok untuk sama-sama menikmati aromanya selepas minum kopi &#8216;o&#8221; di Kantin Pak Din.\u00a0 Sesiapa yang tidak merokok tidak akan merasa nikmat aroma rokok digabungkan dengan aroma kopi &#8220;o&#8221; di waktu baru bangun tidur. Lebih-lebih lagi bagi cg Ariff jika dihulurkan rokok, nikmatnya sudah tentu akan lebih &#8211; dan lebih menenangkannya. Sedikit perbualan motivasi untuknya, dia akan memulakan tugasnya pagi itu hingga waktu pulang dengan selamat.\u00a0 Esoknya dia menyatakan dia perlu ke hospital Psikatri <em>Perak Road <\/em>(Penang) untuk rawatan kerana dia tidak dapat lena pada waktu malam. Saya sebagai GB mengakurkannya.\u00a0 Dia bersama saya sehingga saya bertukar dari sekolah itu.<\/p>\n<p>II: Saya akan mengintai cg Syukur setiap kali dia ke kantin.\u00a0 Saya akan berjumpanya di sana, makan bersamanya walaupun saya tidak lapar. Saya akan meminta rokoknya sebatang (walaupun saya mempunyai rokok) dan saya akan menghisap bersamanya di kantin. Perbulan motivasi untuknya ialah berkisar mengenai kegemaran ataupun kejaguhan dan kebolehannya.\u00a0 Motivasi seterusnya dia adalah aset sekolah dan pada saya ia adalah seorang guru yang berpotensi.\u00a0 Dia amat banyak kelemahan tetapi saya cuba untuk bersamanya dalam apa-apa acara yang disertainya.\u00a0 Saya akan menjemputnya di rumah jika ada program diluar waktu persekolahan;\u00a0 kalau tidak dia tidak akan datang untuk apa-apa program pun.\u00a0 Kemudian dia akan lesap ketikamana pandangan saya terhadapnya tersasar.\u00a0 Aduh !\u00a0 penatnya saya.\u00a0 tetapi saya gagahi juga. Tingkah laku cg Syukur telah menggambarkan segala-galanya. Cg Syukur telah 2 kali diberkas kerana disyaki ada hubungan dengan dadah.\u00a0 Tanpa bahan bukti yang jelas pendakwaan ke atasnya telah digugurkan.\u00a0 Saya mendekatinya dan keluarganya sehingga ke hari ini walaupun saya sudah tidak bertugas lagi,\u00a0 juga, walaupun dia cuba menghindari dirinya dari saya&#8230;<\/p>\n<p>III &amp; IV:\u00a0 Hussin dan Seri Tanjung tidak disukai oleh kebanyakan guru disekolah.\u00a0 Hussin suka mengajar dengan tingkah laku lembut, kurang sopannya.\u00a0 Dia juga lebih suka &#8216;bisnes&#8217;\u00a0 dari tugas hakikinya.\u00a0 Seri Tanjung pula asyik membela &#8216;rakan istimewa&#8217; nya saja. Langsung sesiapa pun tidak boleh menegur, jika berlaku kesilapan oleh rakanya itu.\u00a0 Aktivitinya sangat aktif bahkan pro aktif, tetapi hanya berjalan ketikamana rakan istimewa berada di dalam program bersamanya saja.\u00a0\u00a0 Tabiat suka ponteng, lewat datang, pandai ber &#8216;cakap&#8217; tapi tak pandai berkomuikasi dalam tugas dan dengan rakan se tugas membosanan\u00a0 PK yang mengendalikannya.\u00a0 PK menghendakkan komitmen seratus peratus macam guru lain tetapi bukan saja tiada komitmen tetapi suka memperlekehkan tanggung jawab PK. Ketegangan memaksa PK beralih tumpuan untuk mendesak saya untuk memaksa PPD menukarkan mereka.\u00a0 Atas alasan yang spara munasabah mereka ditukarkan. Walaupun kehendak itu tidak datang dari GB (saya) tetapi ianya sudah tidak dapat dielak kerana jeneral-jeneral (PK)\u00a0 saya sudah tidak dapat membendung kebosanan mereka, perkara tersebut juga diakui oleh kebanyakan guru di situ.\u00a0 Akhirnya mereka meninggalkan saya&#8230; tanpa banyak menyoal saya (hanya menyerang dan menyoal orang lain).<\/p>\n<p>Situasi besar telah mengajar saya bahawa guru juga sebuah kehidupan manusia.\u00a0 Lakonan guru memaksa saya menjadi pengarah yang berkesan.\u00a0 Menjadi pengurus yang tabah dan sabar.\u00a0 Situasi kecil juga mematangkan saya menjadi sahabat yang setia, pengasih dan sanggup berkorban.\u00a0\u00a0 Namun saya juga seorang manusia yang pada suatu ketika bernama &#8216;cg&#8217;.\u00a0 Dihambat dengan tugas dan berperanan sebagai motivator.\u00a0 Di kejar dengan tanggungjawab dan diburu dengan hasrat.\u00a0 Mahu melakarkan manusia-manusia kecil agar mereka boleh mengharungi kehidupan yang penuh mencabar.\u00a0 Oleh itu, situasi besar yang digambarkan itu perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar situasi kecil yang berlaku tidak akan menghalang anak-anak kecil yang berada di sekolah.<\/p>\n<p>Kesimpulannya :\u00a0 Pengurus di sekolah <strong>berkuasa <\/strong>untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk mengatasi disiplin guru di sekolah. Kuasa yang diberi itu mempunyai banyak dimensi.\u00a0 Dimensi yang paling lumrah adalah menggunakan sepenuhnya kekuasaan yang ada dengan &#8216;segera&#8217; melenyapkan masalah itu dan memindahkan masalah kepada orang lain &#8211; saya tidak akan melakukannya..\u00a0 Dimensi yang jarang digunakan ialah, membuat pendekatan kepada masaalah kemanusiaan dan melakar satu situasi besar itu menjadi kecil dan menguraikan mengikut budi bicara.\u00a0 Pilih lah yang mana akan membuahkan kejayaan dan mengwujudkan situasi : menang-menang (kata orang sekarang).<\/p>\n<p>.<em>..gbpencen&#8230;selalu dalam situasi : kalah-menang&#8230;<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dari jauh (SABAH) datangnya komen melalui lama blog sekolah (kecil) tapi canggih&#8230; memperkatakan mengenai disiplin guru dan minta saya memberikan komen.\u00a0 Walaupun saya tidak begitu jelas maksudnya namun saya andaikan situasainya ialah Guru Besar atau PPD telah mengambil jalan pintas untuk menukarkan guru yang memberikan masalah di sekolah itu ke tempat lain. Pada saya, kuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[9],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/750"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=750"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":772,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/750\/revisions\/772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}