{"id":789,"date":"2010-04-10T16:38:02","date_gmt":"2010-04-10T16:38:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=789"},"modified":"2010-04-10T16:38:48","modified_gmt":"2010-04-10T16:38:48","slug":"guru-yang-tidak-membebankan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=789","title":{"rendered":"Guru yang tidak membebankan"},"content":{"rendered":"<p>Seronok sungguh.\u00a0 Di sana sini, \u00a0 dari guru hingga ke menteri memperkatakan mengenai beban guru. Melingkar-lingkar fikiran membayangi berbagai pendapat dan andaian mengenainya. Adakah ini perkara baru ?.\u00a0 Apakah guru dahulu tidak dibebankan ? Jika dibuat perbandingan tugas guru sekarang dan tugas guru dahulu sudah cukup untuk menjawab soalan-soalan di atas.<\/p>\n<p>Sebelum pelaksanaan KBSR, saya mengajar di sesi petang. Bangun tidur hari sudah meninggi. Singgah di kedai sebelum ke sekolah untuk <strong>bersarapan tengahari<\/strong>.\u00a0 Masih bujang.\u00a0 Seingat saya tiada apapun yang saya bawa dalam peti motosikal\u00a0 Vespa saya,\u00a0 Mungkin (kalau ada) kasut getah untuk bermain sepak takraw selepas sekolah nanti.\u00a0 Mungkin juga terselit dua batang pen dipoket, satu merah dan satu lagi biru.\u00a0 Tiada ada lain-lain bekalan selain daripada bekalan kegunaan peribadi.<\/p>\n<p>Sampai di sekolah pun begitu juga.\u00a0 Mencapai buku ringkasan dan dua tiga buah buku terus masuk ke kelas dan mengajar.\u00a0 Buku panduan memang ada dan ada sedikit-sedikit buku teks murid.\u00a0 Begitulah seharian mengajar.\u00a0 Rehat hanya waktu rehat dan waktu guru agama masuk kelas saya.\u00a0 Waktu Bahasa Inggeris di kelas saya, saya mengajar\u00a0 Bahasa Melayu di kelas sebelah.\u00a0\u00a0\u00a0 Sepanjang hari penuh bersama murid kelas saya.\u00a0 Seingat saya di tahun &#8217;70an , guru pusingan di sekolah saya hanyalah guru agama dan Guru Besar sahaja.<\/p>\n<p>Sambil menulis di papan hitam saya menghisap rokok.\u00a0 Murid, guru lain dan sesiapa sahaja tak kisah mungkin (kerana) ramai yang tidak menghisap rokok dari yang menghisapnya.\u00a0 Sekolah tiada bekalan letrik tapi tidak pula terasa panas sampai berkuap-kuap macam sekarang. Semua berjalan lancar dan tiada pun ada guru yang merungut apa-apa.\u00a0 Tertekan ke, beban ke,\u00a0 marah-marah ke;\u00a0 semuanya macam biasa saja.<\/p>\n<p>Guru Besar tidak pernah menyuruh saya berbuat apa-apa pun selain dari menulis buku ringkasan, memeriksa buku latihan murid dan mencatat jadual kedatangan.\u00a0 Mudah dan &#8216;simple&#8217;. Tiada jawatankuasa Panitia, tiada jawatankuasa kesihatan, tiada jawatankuasa disiplin, tiada dan tiada apa-apa.\u00a0 Yang ada hanya tv pendidikan, itupun kena hidupkan generator baru tv boleh berfungsi. Murid seronok menonton tv, kerana rumah mereka tiada tv..<\/p>\n<p>Mesyuarat hanya diadakan untuk membuat sesuatu acara seperti sukan. Tidak banyak persiapan yang dibuat kerana kebanyakan kerja-kerja persiapan dijalankan oleh orang kampung. Nak Mesyuarat Agung\u00a0 PIBG pun tidak bermesyuarat, hari anugerah pun tidak diadakan, hanya beri hadiah diperingkat kelas sahaja.\u00a0 Kalau ada peperiksaan, guru yang berkaitan dengan Peperiksaan Darjah Lima sahaja yang melakukannya.\u00a0 Yang lain buat kerja masing-masing. Yang saya pernah mesyuarat tunggang langgang ialah apabila PIBG mengadakan pertujukan pentas bagi mengutip derma dengan menjemput Jamal Abdillah (ketika itu belum terkenal sangat lagi) sebagai penyanyi utama. Itu pun kerana penduduk kampung sukakan acara itu.<\/p>\n<p>Senangkan (?) Tidak membebankan kan\u00a0 (?)<\/p>\n<p>Saya tidak pernah dengar arahan dari Kementerian.\u00a0 Saya tidak pernah dengan Pengarah memberi amanat.\u00a0 Saya tidak pernah nampak pegawai dari JPN atau PPD yang datang ke sekolah bertanya itu dan ini. Tidak pernah saya mengumpul apa-apa data pun selain data peperiksaan setengah dan akhir tahun sahaja. Hanya kadang-kadang ada penyelia (PPD) datang bertanya hal-hal berkaitan sekolah dengan Guru Besar. Guru Besar pun jarang bercakap dengan guru \/ murid sebab perhimpunan pun dihadiri oleh seorang dua guru sahaja. Jam 10.00 pagi Guru Besar saya pergi minum kopi di Pekan Pantai Remis. Arahan hanya datang dari satu pihak sahaja, iaitu pihak sekolah. Semua pihak ketika itu menyerahkan tanggung jawab mengajar kepada guru di kelas.\u00a0 Maka guru di kelas pun buatlah, mengajarlah dengan senang hati.\u00a0 Cukup jam, balik ke rumah periksa buku, buat soalan dan membuat kerja-kerja peribadi dengan senang hati.<\/p>\n<p>Tapi gaji sikit saja.<\/p>\n<p>Hanya selepas KBSR mula dilaksanakan maka guru diberi sedikit penekanan untuk mengalihkan paradigma P&amp;P.\u00a0 Guru dikehendaki menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih sistematik.\u00a0 Tetapi masih tidak membebankan kerana alat dibuat sendiri.\u00a0 Tidak banyak yang dapat disediakan, cukup untuk memanipulasi alatan yang sempat dibuat.<\/p>\n<p>Dengan merujuk kepada perkara di atas,\u00a0 persoalannya ialah : Mengapa tugas guru sekarang dikatakan membebankan ? Kalau anda tidak mahu menjawabnya, nantikan jawapannya dari saya.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;sedang mencari anak muridnya\u00a0 yang berjaya (<\/em><em>walaupun cikgunya merokok ketika mengajar) <\/em><em>di pejabat LHDN Negeri Perak. <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seronok sungguh.\u00a0 Di sana sini, \u00a0 dari guru hingga ke menteri memperkatakan mengenai beban guru. Melingkar-lingkar fikiran membayangi berbagai pendapat dan andaian mengenainya. Adakah ini perkara baru ?.\u00a0 Apakah guru dahulu tidak dibebankan ? Jika dibuat perbandingan tugas guru sekarang dan tugas guru dahulu sudah cukup untuk menjawab soalan-soalan di atas. Sebelum pelaksanaan KBSR, saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/789"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=789"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":802,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/789\/revisions\/802"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}