{"id":80,"date":"2009-03-25T15:24:55","date_gmt":"2009-03-25T15:24:55","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=80"},"modified":"2009-10-16T14:25:06","modified_gmt":"2009-10-16T14:25:06","slug":"guru-simpanan-kebangsaan-gsk-vs-ppsmi-4-round","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=80","title":{"rendered":"Guru Simpanan Kebangsaan (GSK) vs PPSMI (4 round)"},"content":{"rendered":"<p><strong>ROUND ONE<\/strong> :<\/p>\n<p>3 Mach yang lalu saya mengisi borang &#8216;Guru Simpanan Kebangsaan&#8217; (GSK) dan terus menghantarnya ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Saya telah mendapat &#8216;memo&#8217; dari seorang pegawai &#8216;muda&#8217; En Shuhada (seperti nama perempuan) yang meminta saya bertugas keesokan harinya. Sebelum memo dikeluarkan hanya satu soalan yang beliau tanya kepada saya : Bolehkah cik gu mengajar sains ?Dengan ringkas saya menjawab : Boleh.<\/p>\n<p>\u00a0Dengan rasa bangga dan gembira saya menerima arahan memo itu kerana saya amat rindukan sekolah setelah setahun meninggalkannya. Cik gu Jamil yang menemani saya ke PPD juga kelihatan gembira. Mungkin kerana pelawaannya untuk mengajar di sekolahnya kali kedua telah saya terima. Pelawaannya kali pertama setahun yang lalu terpaksa saya tolak dengan alasan saya hendak berehat terlebih dahulu.<\/p>\n<p>Kebetulan sekolah tempat saya menjawat jawatan GSK itu adalah sekolah lama saya.\u00a0 Di situ saya telah bertugas selama 12 tahun setengah sebagai Guru Biasa dan Penolong Kanan 1 dan 2 tahun setengah sebagai Guru Besar (GB). Tentunya amat menyeronokan, bukan ?\u00a0 Yang bermain di kepala saya ialah sekarang saya terlibat secara langsung dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&amp;P).\u00a0 Dan yang paling mengujakan pula ialah saya akan mengajar subjek sains dalam Bahasa Inggeris di bawah produk PPSMI yang sedang hangat diperkatakan sekarang.<\/p>\n<p>4hb Mac saya kembali ke sekolah semula. 85% guru dan kakitangan adalah mereka yang pernah bersama saya dan di bawah saya (ketika menjadi GB). GBnya pula adalah sahabat yang seangkatan dengan saya.\u00a0 Walau bagaimana pun saya menjejakkan kaki kembali kali ini dengan satu prinsip bahawa saya adalah seorang guru biasa yang penuh dengan pengalaman (maksudnya : bukan pandai) dan tugas saya ialah untuk mengajar &#8211; sebaik mungkin dan membantu sekolah seadanya.\u00a0 Kini saya berdepan dengan PPSMI.<\/p>\n<p><strong>ROUND TOW <\/strong>:<\/p>\n<p>Mulanya program ini dipanggil dengan nama eTem&#8217;s, ada juga disebut sebagai\u00a0 PPSMI. eTem&#8217;s dipilih mungkin disebabkan hendak mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, dan bila di melayukan dikenali dengan PPSMI.\u00a0 Akhirnya sekarang dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai (PPSMI) tapi mengajar dalam bahasa Inggeris (etem&#8217;s)<\/p>\n<p>Semasa saya menjawat jawatan GB, produk PPSMI penuh dengan seribu andaian . Saya terlibat di sekolah semenjak dari mula pelaksanaannya hingga murid tahun satu di tahun 5, setahun sebelum UPSR\/PPSMI yang pertama. Pada peringkat permulaan pelaksanaannya, sebagai pentadbir sekolah, seperti biasa tumpuan saya berikan kepada pengurusan &amp; pentadbiran PPSMI.\u00a0 Mungkin banyak masyarakat luar tidak mengetahu isi kandungan pelaksanaan awal PPSMI ini.\u00a0<\/p>\n<p>Guru-guru di minta menghadiri satu siri kursus (tinggallah murid bersama &#8216;guru ganti&#8217; masing-masing-relief teacher).\u00a0Kemudian tiba pula giliran ketibaan bahan pengajaran khas, termasuk peralatan-peralatan ICT ke sekolah.\u00a0 Arahan demi arahan diterima untuk memantapkan pengurusan (stok), penempatan peralatan dan kepenggunaaan alatan dan bahan-bahan itu. Troli yang lengkap dengan sistem audio telah dibekalkan ke sekolah.\u00a0 Tolak ke sana, surung ke sini untuk mencari lokasi yang selamat kerana troli itu mahal ceritanya. Laptop dan LCD pula dibekalkan, mahal juga ceritanya.\u00a0 Simpan di sana tak kena, sini tak kena takut di curi.\u00a0 Masih tidak selamat. (memang banyak yang tidak selamat pun)<\/p>\n<p>Kemudian tiba pula peruntukan tambahan.\u00a0 Tingkap dan pintu\u00a0bilik-bilik darjah di grillkan untuk menyelamatkan peralatan ICT. Masih tidak selamat juga rasanya.\u00a0 Arahan diterima bahawa semua guru kena bawa bersama laptop ke rumah dan ambil tanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan &#8216;harta kerajaan&#8217;. Masih ada yang hilang dicuri.\u00a0 Tunggu arahan untuk dikenakan &#8216;sur charge&#8217; (?)<\/p>\n<p>Berbagai-bagai jawatankuasa di tubuhkan, ditambah pula dengan siri perjumpaan pentadbir sekolah dengan pihak yang bertanggung jawab dari Kementerian atau pun Jabatan Pelajaran. Maka sibuklah warga sekolah yang setia (menurut perintah) menyediakan semua yang diarahkan, maka pelajaran pun bermula. Peralatan ICT pun digunakan oleh guru-guru.\u00a0 Murid pula balik ke rumah memberitahu ibu bapa masing-masing &#8220;kami tengok wayang di sekolah&#8221; Guru perlu mengagihkan masa pembelajaran dengan pengajaran secara tradisonal dan kaedah terkini menggunakan peralatan ICT.<\/p>\n<p>Riuh rendah pula diberitakan pula bahawa guru-guru di sekolah tidak mahir Bahasa Inggeris.\u00a0 Kerana kebimbangan ini maka bermulalah pula siri kursus untuk pemantapan penguasaan guru dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik.\u00a0 Guru yang dicadangkan akan dipanggil untuk berkursus namun masih juga tidak menjadi. Maka diminta pula guru Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing mengajar dan membimbing guru-guru PPSMI ini dalam program &#8220;Buddy Support&#8217;.\u00a0 Guru Bahasa Inggeris terima tanggungjawab ini (mungkin kerana mereka ada mendapat elaun 10% dari gaji masing-masing) mengajar guru-guru disamping mengajar Bahasa Inggeris kepada murid-murid.\u00a0 Disyaratkan pula agar perjumpaan guru pembimbing ini dengan guru PPSMI hendaklah diadakan sekerap mungkin(jumlah jamnya ditentukan) .Taklimat, modul, borang, laporan, penilaian dan pematauan terus menerus berlaku.<\/p>\n<p>Akhirnya murid terus juga belajar, guru terus juga mengajar, murid yang cerdik boleh berbahasa Inggeris, murid yang kurang cerdik terus berbahasa seperti &#8216;ayam bercakap dengan itik&#8217;.<\/p>\n<p>Namun anjakan ini diterima oleh semua warga sekolah demi untuk memperkasakan pengetahuan ke arah era globalisasi.<\/p>\n<p>Masih ada lagi yang tidak lengkap, begitulah diberitakan pula. Peralatan PPSMI mesti ditambah&#8230;. (??)<\/p>\n<p>Jumpa lagi di <strong>Round Three &amp; Round TKO (<em>akan datang<\/em>)<\/strong><\/p>\n<p><em>&#8230;gurubesarpencen&#8230; dah 10 hari mengajar (kena kira, sebab gaji hari)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ROUND ONE : 3 Mach yang lalu saya mengisi borang &#8216;Guru Simpanan Kebangsaan&#8217; (GSK) dan terus menghantarnya ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Saya telah mendapat &#8216;memo&#8217; dari seorang pegawai &#8216;muda&#8217; En Shuhada (seperti nama perempuan) yang meminta saya bertugas keesokan harinya. Sebelum memo dikeluarkan hanya satu soalan yang beliau tanya kepada saya : Bolehkah cik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[16],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/80"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=80"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/80\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":541,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/80\/revisions\/541"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=80"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=80"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=80"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}