{"id":867,"date":"2010-05-29T14:46:02","date_gmt":"2010-05-29T14:46:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=867"},"modified":"2010-05-29T14:46:02","modified_gmt":"2010-05-29T14:46:02","slug":"saya-kenal-cikgu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=867","title":{"rendered":"Saya kenal cikgu"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-027.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-882\" title=\"Picture 027\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-027-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-027-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-027.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a>Antara yang paling menyusahkan hati saya ialah bila guru memperlakukan sambil lewa buku latihan murid.\u00a0 Dari sini waris sudah mengenali siapakah cikgu anak-anak mereka. Banyak yang saya pernah ungkapkan dan banyak yang saya selalu berpesan.\u00a0 Waris tidak melihat kita di bilik darjah; GB pun tidak sempat untuk melihat kita; hatta buku latihan atau buku aktiviti murid mencerminkan\u00a0 peribadi sebenar kita sebagai seorang guru yang mengajar di bilik darjah.<\/p>\n<p>Latihan yang tidak sesuai, <em>atau <\/em>latihan yang tidak berkualiti, <em>atau <\/em>latihan sekadar melepaskan &#8216;batuk di tangga&#8217;, <em>atau<\/em> latihan yang tidak diurus dengan baik, <em>atau <\/em>latihan yang tidak kena pada tempatnya; walaupun\u00a0 di Tahun berapa sekalipun anak murid kita berada,\u00a0 semuanya akan mendedahkan peribadi kita sebagai seorang guru kepada masyarakat.\u00a0 Ditambah lagi dengan latihan yang tidak disemak, tidak ditanda dan tiada tindak ikut selanjutnya seperti membuat pembetulan, akan menguatkan lagi tanggapan negatif kepada seseorang guru.<\/p>\n<p>Semua guru berkeinginan untuk menguruskan buku latihan muridnya dengan baik, tetapi terdapat beberapa kekangan yang membantutkan hasrat itu.\u00a0 Antaranya kekurangan masa yang diperuntukan oleh guru itu sendiri, atau kelemahan murid sendiri untuk menguruskan latihan yang diberi,\u00a0 atau guru tidak dapat menyesuaikan atau menguruskan masa menyalin atau membuat latihan murid,\u00a0 atau guru tidak dapat menyesuaikan jumlah latihan yang patut diberi kepada murid, atau guru sendiri tidak begitu berhati-hati ketika memberi latihan,\u00a0 termasuk tidak mengetahui secara mendalam kebolehan dan kemampuan murid untuk menghabis dan mengemaskan latihan mereka.<\/p>\n<p>Bila saya buka buku seorang murid Tahun 1, &#8221; <em>Kata penghubung digunakan untuk menyambungkan dua ayat &#8230;. <\/em>&#8220;. \u00a0\u00a0 &#8220;<em>Kata ganti nama ialah &#8230;.<\/em>.&#8221;. Begitulah catatan yang dibuat oleh seorang murid tersebut yang baru 5 bulan bersekolah, telah diminta oleh gurunya untuk menyalin satu rangkai kata yang begitu kompleks untuk mereka fahami.\u00a0 Dari segi positif ianya merupakan sesuatu yang baik tetapi dari segi rasionalnya &#8230; adakah catatan sebegitu dapat membantu murid Tahun 1.<\/p>\n<p>Disamping itu juga didapat banyak latihan yang sesuai untuk murid membuat latihan dalam buku mereka.\u00a0 Saya juga sempat menyemak lain-lain buku termasuk buku matematik yang lebih tersusun latihannya kerana memeringkatkan kemahiran melalui kebolehan murid berkenaan.\u00a0 Ternayata hasilnya lebih berkesan.<\/p>\n<p>Berilah latihan supaya <strong>sesuai dengan masa <\/strong>yang cikgu berikan kepada mereka,\u00a0 kelak mereka akan dapat menyempurnakan latihan berkenaan.\u00a0 Kawal gerak geri murid agar tidak membazirkan waktu kerana tanpa kawalan, masa yang diperuntukan akan tidak mencukupi.\u00a0 Apabila latihan yang dibuat menjadi sempurna, waris akan mengenal cikgu sebagai guru yang didikasi.\u00a0 Ini mengundang kepada peningkatan <strong>penghormatan <\/strong>mereka kepada kita &#8211; sesuatu yang kita cari.\u00a0 Di samping itu, latihan yang terlalu banyak akan menyukarkan kita untuk mendapatkan ruang masa yang mencukupi untuk menyemak, nanti akan menyebabkan kerja-kerja semakan bertindan-tindih yang akhirnya akan membiarkan latihan murid tanpa di semak.\u00a0 Ini pula akan memberi gambaran yang negatif.\u00a0 Ditambah lagi akan mengundang lain-lain masaalah .. yang kita semua sudah sedia maklum.<\/p>\n<p>Untuk murid Tahap 1, gunakanlah buku aktiviti yang disediakan sebaiknya.\u00a0 Latihan di dalamnya tersusun dan ambillah masa untuk menyemak buku aktiviti berkenaan.\u00a0 Adakan helain tambahan untuk kerja-kerja pengukuhan yang boleh diperolehi dari buku aktiviti yang ada dalam pasaran.\u00a0 Saya dapati ada guru-guru yang sangat perihatin, yang menggunakan lembaran tambahan untuk meningkatkan kebolehan murid-muridnya.\u00a0 Disamping itu terus meningkatkan lagi martabat seorang insan yang berprofesion mulia ini.<\/p>\n<p>Kalau waris itu seorang guru, \u00a0 maka beliau akan dapat <strong>sedikit  sebanyak <\/strong>menggambarkan perilaku ,\u00a0 cara kerja, cara mengajar, sejauh  mana keperihatinana, kesungguhan guru berkenaan melalui buku latihan atau buku aktiviti anak nya.\u00a0 Kalaupun\u00a0 waris itu bukan seorang guru setidak-tidaknya dia akan menyatakan, &#8220;<em><strong>Rajin guru anak aku ini <\/strong><\/em>.. atau sebaliknya.. &#8220;Cikgu ini tak buat apa pun, <em><strong>t<\/strong><strong>ak periksa pun kerja anak aku ini.<\/strong><\/em>.. atau\u00a0 &#8220;Cikgu ni periksa pun <em><strong>halai balai je<\/strong><\/em> (sambil lewa) buku anak aku ni..\u00a0 dan mungkin lebih banyak lagi kata-kata yang berunsur kutukan yang tidak berhajat untuk kita mendengarnya.<\/p>\n<p>Apa yang penting, ibubapa (selalu \/ akan)\u00a0 menilai dan mengenali kita dari semasa ke semasa walaupun dari luar pagar sekolah. \u00a0 Ada antara kita yang memperolehi prestasi tinggi dan kalangan masyarakat setempat, dan ada kalanya kita ini seolah-olah\u00a0 kita langsung tidak bernilai pada mereka.\u00a0 Walaupun banyak ketidakbenarannya (mungkin disebabkan terlalu menyebelahi anak masing-masing), tetapi kita harus menerima .. kadang-kadang banyak juga kebenarannya.\u00a0 Perihatinlah.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;sekali semak, sepuluh kali dah tahu.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Antara yang paling menyusahkan hati saya ialah bila guru memperlakukan sambil lewa buku latihan murid.\u00a0 Dari sini waris sudah mengenali siapakah cikgu anak-anak mereka. Banyak yang saya pernah ungkapkan dan banyak yang saya selalu berpesan.\u00a0 Waris tidak melihat kita di bilik darjah; GB pun tidak sempat untuk melihat kita; hatta buku latihan atau buku aktiviti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[14],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/867"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=867"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":884,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/867\/revisions\/884"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}