{"id":875,"date":"2010-05-23T02:34:34","date_gmt":"2010-05-23T02:34:34","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=875"},"modified":"2010-05-23T02:34:34","modified_gmt":"2010-05-23T02:34:34","slug":"buat-azza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=875","title":{"rendered":"Buat Azza."},"content":{"rendered":"<p>Majalah yang menjadi idola saya ialah Majalah Filem.\u00a0 Ketika saya sudah  mula boleh membaca saya suka sangat membaca majalah ini.\u00a0 Abang dan kakak ipar saya  masih muda ketika itu.\u00a0 Seperti pemuda-pemudi lain mereka menggemari  bintang-bintang filem di zaman itu &#8211; <em>zaman kegemilangan filem melayu <\/em>terbitan di Singapura.\u00a0 Masih segar diingatan saya gambar dan isi kandungan  majalah itu.\u00a0 Kertasnya juga berkilat seperti kertas <strong>majalah Nur<\/strong>..  berkualiti. Pernah kakak saya bergaduh kerana abang saya tidak  membelikan majalah ini.\u00a0 Mungkin itulah satu-satunya majalah hiburan  ketika tahun 60&#8217;an.<\/p>\n<p>Saya membaca salah sebuah komen di blog saya :<\/p>\n<blockquote><p>Salam, saya azza dari majalah nur berminat untuk mengadakan temuramah bersama guru besar pencen (gbp) bagi ruangan kami yang berjudul nostalgia guru (menceritakan pengalaman menjadi guru &amp; memberi tips kepada bakal-bakal guru). Saya boleh dihubungi melalui emel di bawah. Terima kasih.<\/p><\/blockquote>\n<p>Terima kasih banyak-banyak, azza, dan saya sangat menghargainya. \u00a0Saya menghargai jemputan ini dan saya akan menemui azza, insyallah.<a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-262.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-879\" title=\"Picture 262\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-262-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-262-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/05\/Picture-262.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Keesokan harinya saya singgah membeli Majalah Nur.. Kecil saja majalah yang belum pernah saya sentuh sebelum ini. \u00a0Bukan majalah Nur sahaja yang saya belum pernah sentuh, lain-lain majalah pun jarang saya membacanya.\u00a0 Kalau ianya satu kelemahan, memang itu kelamahan saya.<\/p>\n<p>Saya tahu pada masa kini banyak sungguh majalah yang diterbitkan dalam pasaran namun sebagai seorang yang yang penyegan membaca, saya tidak pernah menyentuh majalah-majalah seperti ini. <em>Nur <\/em>saya tatapi dan betul seperti kata azza, ada ruangan yang khas disediakan untuk guru di dalamnya. \u00a0Saya terpanggil untuk menyatakan dalam benak saya.. terima kasih &#8216;karangkraft &#8216; kerana mahu menghargai &#8216;cikgu&#8217; melalui ruangan khas ini.<\/p>\n<p>Bila saya menyebut &#8216;karangkraft&#8217; saya teringat yang saya pernah menerima selambak majalah dari karang kraft.\u00a0 Hadiah itu disampaikan kepada saya oleh Hj Zainal Abidin Rawop, pengacara sukan TV 1. Ketika itu saya <strong>menjadi host <\/strong>dalam siaran langsung, program Sukan &#8211; Fokus Bola.\u00a0 Mungkin &#8216;karangkraft&#8217; menjadi penaja program itu, maka saya telah dihadiahkan lebihkurang sepuluh jenis majalah keluaran terkini syarikat tersebut. Saya memandang positif kerana syarikat ini begitu gigih mempromosikan keluarannya.\u00a0 Insyaalah mereka akan terus berjaya.<\/p>\n<p>Dunia berubah dan paparan majalah juga berubah.\u00a0 Persaingan semakin hebat dan penerbit majlah berlumba-lumba membuat persembahan yang sesuai menurut kehendak pelanggan untuk melariskan jualan.\u00a0 Disamping batasan oleh kerajan (KHDN), majalah terus memperagakan keanggunan personaliti tertentu untuk menarik perhatian <em>audince<\/em> termasuklah personaliti dalam ruangan nostalgia guru.\u00a0 Cantik gambar guru di majalah Nur ini.<\/p>\n<p>Azza tentu faham, kalau keanggunan saya menjadi modal dalam paparan dan penampilan saya dalam majalah sdr, maka ianya tidak mungkin akan menemuinya kerana kualiti itu tiada pada saya. Maafkan saya.\u00a0 Jika pun kalau ilmu yang ingin saya berikan, juga tiada banyak yang ada pada saya.\u00a0 Kalau pun yang ada hanyalah pengalaman, jarak antara yang hebat.. tinggallah saya hanya sekerdil yang saya sendiri dapat rasai. Jika pun hendak dicari kejayan.. hanya keyakinan saya sahaja yang membuahkan\u00a0 kejayaan.. yang tidak pernah dilihat oleh orang lain.<\/p>\n<p>Yang ada, kalau pun tidak salah saya menyatakan, hanya kerana minat, kesedaran,\u00a0 kemahuan, keikhlasan, dan rasa syukur atas tanggung jawab dan peranan yang telah diberikan &#8211; ingin saya tunaikan. Temuilah saya, saya sudi menerimanya. Hasilnya hanya penerbit anda saja yang dapat menilai.. SILAkan.<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;saya tetap saya, yang terus meniti usia dan banyak cerita.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majalah yang menjadi idola saya ialah Majalah Filem.\u00a0 Ketika saya sudah mula boleh membaca saya suka sangat membaca majalah ini.\u00a0 Abang dan kakak ipar saya masih muda ketika itu.\u00a0 Seperti pemuda-pemudi lain mereka menggemari bintang-bintang filem di zaman itu &#8211; zaman kegemilangan filem melayu terbitan di Singapura.\u00a0 Masih segar diingatan saya gambar dan isi kandungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[16],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/875"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=875"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/875\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":881,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/875\/revisions\/881"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}