{"id":89,"date":"2009-04-01T02:43:26","date_gmt":"2009-04-01T02:43:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=89"},"modified":"2009-10-16T14:23:40","modified_gmt":"2009-10-16T14:23:40","slug":"gsk-vs-ppsmi-round-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=89","title":{"rendered":"GSK vs PPSMI (round 3)"},"content":{"rendered":"<p><strong>Round 3<\/strong><\/p>\n<p>Hari ini 01 April, genaplah 14 hari saya mengajar atas kapasiti sebagai GSK. Dari catatan ringkasan; \u00a0guru yang saya ganti (beliau berkursusu 14 minggu &#8211; satu program meningkatkan kemahiran guru dalam bidang-bidang tertentu), bermula dari hurraian sukatan pelajaran, buku teks, buku aktiviti hinggalah ke &#8216;teacher&#8217;s hand book&#8217; dan buku kerja murid (yang dibekalkan oleh penjual buku) .. habis semuanya saya semak, selak dan slidik demi untuk memantapkan pengajaran saya dalam produk PPSMI (Sains).\u00a0 Seperti biasa, bayaran yang saya perolehi nanti (dari gaji) saya kena anggap sebagai satu amanah.\u00a0 Sedaya upaya saya akan saya tunaikan.\u00a0 Akhirnya gendang sains dalam rentak PPSMI yang dipukul dapat juga saya tarikan (menari).\u00a0 Walaupun ada sumbangnya .. tapi disebabkan saya (buat masa ini) lebih pandai dari murid yang saya ajar maka tak lah sesumbang mana pun..\u00a0\u00a0Saya terus mengajar dan mengajar.\u00a0..<\/p>\n<p>Akhirnya saya pun mulalah pula meninjau peralatan canggih PPSMI (ICT) untuk digunakan demi untuk memperkasakan P&amp;P saya. Saya diberitahu, dalam bilik sains ada 2 LCD, satu di gantung dan\u00a0satu dalam almari besi. Kemudian saya diberitahu yang digantung itu tidak dapat digunakan kerana rosak dan saya boleh menggunakan LCD dalam almari besi itu tetapi kenalah memasangnya secara &#8216;manual&#8217;. Saya tidak terus menggunakannya (?), saya tangguhkan dahulu kerana perlu ambil masa untuk memasangnya.<\/p>\n<p>Selang beberapa jam kemudian saya mula cuba mendapatkan CD matapelajaran sains.\u00a0 Saya diberitahu, dalam bilik sains pun &#8216;ada&#8217;, di Makmal komputer pun &#8216;ada&#8217; dan di Pusat Sumber Sekolah pun &#8216;ada&#8217; sebahagiannya. Saya memilih untuk mendapatkannya dari bilik Sains yang kebetulan saya jadikan &#8216;stesen&#8217; kerana tiada tempat untuk saya di bilik guru (padat).\u00a0 Saya menjumpai banyak CD dari dalam laci meja guru di situ tetapi CD yang saya cari belum jumpa lagi.\u00a0 Dalam antara laci tersebut saya menjumpai sebuah lagi LCD.\u00a0 Sebelum ini saya tidak diberitahu bahawa di dalam bilik tersebut ada sebuah lagi LCD.<\/p>\n<p>Demi menjaga amanah harta kerajaan yang berharga itu, saya memaklumkan kepada Ketua Panitia Sains perkara tersebut kerana bimbang tentang tanggungjawab saya yang menggunakan bilik tersebut sebagai &#8216;stesen&#8217; tempat saya <em>bekerja<\/em> ketika waktu tidak mengajar.<\/p>\n<p>Sebenarnya LCD yang digantung di siling dengan set peralatan audio visual yang di pasang di dinding itu adalah sebahagian dari peralatan PPSMI tambahan (fasa II) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia\u00a0 untuk &#8216;memantapkan&#8217; lagi P&amp;P PPSMI. (memantapkan boleh membawa maksud supaya produk PPSMI ini &#8216;tidak gagal&#8217;).\u00a0 Dalam masa pemasangan peralatan untuk fasa II ini, adakalanya saya terpaksa bekerja hingga 6 atau 7 hari seminggu (wakil kotraktor hanya dapat bertugas pada hujung minggu kerana ada diantara mereka bekerja sambilan).\u00a0 Sebagai pengurus sekolah ketika itu, saya benar-benar ingin mempastikan peralatan tersebut akan terpasang sebaiknya seperti yang saya kehendaki juga yang seperti &#8216;tokeh&#8217; saya kehendaki.<\/p>\n<p>Saya meminta\u00a0juruteknik tersebut mengajar\u00a0 saya cara mengoperasikan peralatan tersebut (untuk mengambil tahu) setelah selesai kerja-kerja pemasangan.\u00a0 Setelah berpuashati semuanya, dokumen yang dihulurkan,\u00a0 saya tandatangani agar &#8216;boss&#8217;nya akan dapat membuat tuntutan bayaran seberapa segera. Hah .. letih dan meletihkan, tapi ianya terpasang juga.<\/p>\n<p>Kebetulan pada suatu hari pada minggu yang lalu datang seorang juruteknik pembaikan peralatan ICT\/PPSMI untuk memberi perkhidmatan.\u00a0 Kebetulan pula saya berada bersama guru sains dalam bilik sains.\u00a0 Bila diajukan masalah kerosakan LCD yang disebutkan tadi, maka bermula lah episod yang sering dipanggi karenah birokrasi.. &#8216;kena tanya pegawai&#8230; kena buat pesanan&#8230;kena buat &#8216;Quotation&#8217; &#8230;. kena &#8230;\u00a0 kena &#8230;.&#8217; Beliau meneruskan pemeriksaan di sebuah komputer yang tidak rosak di bilik berkenaan. Beliau\u00a0terus mendapatkan tandatangan dari pihak pentadbir. Sebelum itu beliau ada memberitahu yang beliau tidak dapat menukar LCD rosak itu dengan yang saya temui dalam laci tadi kerana kesuntukan masa untuk ke sebuah(sahaja) sekolah lain.\u00a0 Tak sempat katanya walaupun jam baru pukul 11.00 pagi (?)<\/p>\n<p>Teringat pula apa yang berlaku\u00a0di sekolah lama saya. Teringat saya\u00a0betapa marahnya gadis-gadis yang membuat pemeriksaan di bilik makmal komputer. &#8216;Hang pa mai, gabus sana, gabus sini sikit sebanyak, suruh saya sain&#8217; Kata saya dengan nada menyindir.\u00a0 \u00a0Hati saya sebenarnya bergurau tetapi mereka memang terasa.\u00a0 Saya tidak menyalahkan mereka\u00a0\u00a0kerana mereka digajikan untuk menjalankan gabus mengabus itu. Tapi begitulah perkhidmatan yang berjalan sepanjang PPSMI yang\u00a0 menjadi agenda Kementerian; \u00a0sama sepertimana yang berlaku kepada juruteknik yang membuat &#8216;servis&#8217; hanya di komputer yang tidak rosak. Tujuannya baik tetapi dek terlalu banyak pengisian di dalam produk ini ianya telah menjadi jadi seolah-olah tidak terkawal atau hilang kawalan.<\/p>\n<p>Sinopsis dari pengkisahan tadi ialah :<\/p>\n<p>1.\u00a0 Pembelajaran dengan pengkaedahan tradisi masih menghantui guru.<\/p>\n<p>2.\u00a0 Begitu banyaknya bekalan bahan dan peralatan juga menyukarkan P&amp;P<\/p>\n<p>3.\u00a0 &#8216;budaya selenggara&#8217; masih menjadi masaalah .<\/p>\n<p>4.\u00a0 Berapa banyak wang yang telah digunakan ? Berbaloikah &#8211; itu persoalannya.<\/p>\n<p>5.\u00a0 Pernahkah akar umbi diajak bicara mengenai pelaksanaannya ? (Jawapannya tidak, tapi mengapa ?)<\/p>\n<p><em>&#8230;.. gurubesar pencen&#8230;..sedang melakar GSK vs PPSMI (pukulan TKO)<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Round 3 Hari ini 01 April, genaplah 14 hari saya mengajar atas kapasiti sebagai GSK. Dari catatan ringkasan; \u00a0guru yang saya ganti (beliau berkursusu 14 minggu &#8211; satu program meningkatkan kemahiran guru dalam bidang-bidang tertentu), bermula dari hurraian sukatan pelajaran, buku teks, buku aktiviti hinggalah ke &#8216;teacher&#8217;s hand book&#8217; dan buku kerja murid (yang dibekalkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[10],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/89"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=89"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/89\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":540,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/89\/revisions\/540"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=89"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=89"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=89"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}