{"id":986,"date":"2010-08-25T00:58:28","date_gmt":"2010-08-25T00:58:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=986"},"modified":"2010-08-25T00:58:28","modified_gmt":"2010-08-25T00:58:28","slug":"dendam-al-mubarak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/?p=986","title":{"rendered":"Dendam &#8211; Al Mubarak"},"content":{"rendered":"<blockquote>\n<p style=\"text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Picture-397.jpg\"><img loading=\"lazy\" class=\"aligncenter size-medium wp-image-989\" title=\"Picture 397\" src=\"http:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Picture-397-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Picture-397-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/Picture-397.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><strong><em>Mengaji zaman la = mengaji zaman dulu (?)<\/em><\/strong><\/p>\n<\/blockquote>\n<p>Banyak paku terpacak di sana-sini dalam &#8216;<em>balai lintang<\/em>&#8216; masjid. Macam-macam benda bergantungan di paku itu. \u00a0Senang saja memacakkan paku di tiang-tiang kerana masjid itu 80% diperbuat daripada kayu. Tasbih, kertas, ketayap dan entah apa lagi sedia bergantungan \/bergayutan. \u00a0Yang ketara ialah baju &#8216;<strong><em>teluk belanga<\/em><\/strong>&#8216; Haji Mat <em>Poi<\/em>. \u00a0Dia tersandar santai di bawah bajunya sambil <em>mengambil <\/em>rehat semasa solat sunat tarawikh sedang berlangsung di dalam ruang sembahyang &#8211; sambil itu dia memerhati kami bermain di halaman \u00a0masjid itu dalam suram kegelapan cerahan lampu gasolin (tanpa lampu letrik ketika itu)<\/p>\n<p>Solat tarawikh ketika itu berlangsung tanpa tazkirah. \u00a0Kami bermain sementara menanti jamuan &#8216;<em>more<\/em>&#8216; dihidangkan. \u00a0Menanti jamuan (jamuan yang mungkin lebih istimewa\u00a0dari yang dihidangkan di rumah) di \u00a0malam-malam Ramadhan. Kami menanti alunan lunak &#8211; <strong><em>buyya kafi <\/em><\/strong> (lagu penutup solat tarawikh) berkumandang menandakan makanan sudah mula disajikan.<\/p>\n<p>Kini, selepas bersara saya sempat setiap malam \u00a0mendengar tazkirah yang disajikan di\u00a0<em>surau se taman<\/em>. \u00a0Saya dengar dan saya faham. \u00a0Faham dan dengar. \u00a0Dengar dan fikir. \u00a0Fikir dan kagum dengan janji Allah pada umat nabi <em>Muhammad saw<\/em> akan ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. \u00a0<em>Harap-haraplah<\/em> saya akan menjadi sebahagian dari penerima ganjaran itu. \u00a0&#8220;<strong><em>upgrade<\/em><\/strong>&#8221; ibadat aadalah satu kemestian.<\/p>\n<p>Tarawikh tidak lari dari menyentuh isu-isu semasa &#8211; termasuk mengingati kita akan musibah\u00a0apa yang berlaku <em>masakini<\/em>. \u00a0Hakikat itu mesti di terima, \u00a0bahawa &#8216;<em>isu buang bayi<\/em>&#8216; adalah berkaitan dengan kealpaan dan kegagalan menginsafi akan ketaqwaan kepada Allah.<\/p>\n<p>&#8220;Puak-puak <strong>UMNO <\/strong>punya kerja lah tu !&#8221; \u00a0Kata <strong><em>cikgu A<\/em><\/strong> yang bersama-sama mendengar tazkirah pada malam itu; memecah kekusyukan malam. \u00a0Lantang suaranya dan diulangnya sekali lagi. \u00a0&#8220;Ini semua kerja-kerja puak UMNO lah tu&#8221;<\/p>\n<p>Tersentak saya dengan kata-kata itu. \u00a0Saya tidak mahu berfikir panjang dan terus menambat hati bahawa <strong>&#8216;t<\/strong><strong><em>azkirah<\/em><\/strong>&#8216; adalah untuk mengingati diri saya dan diri semua jemaah yang hadir. Saya tidak lagi mahu \u00a0&#8216;<strong><em>meletihkan diri saya<\/em><\/strong>&#8216; (kerana saya memang telah sedia letih) untuk memikirkan <em><strong>dendam MELAYU<\/strong><\/em> yang sedang berlangsung dari dulu hingga sekarang. Sambil Berharap tazkirah yang mendatang nanti akan bertemu \u00a0<em>lailatur qadarnya<\/em> yang boleh melembutkan hati-hati \u00a0 MELAYU yang masih bergelumang untuk menganjurkan <strong><em>keleraian disamping kecelaruan<\/em><\/strong>, termasuk dalam soal-soal ibadat.<\/p>\n<p>Akan hadirlah malam-malam syahdu Ramadhan ini untuk (kalau boleh) membukakan hati <strong><em>pendendam-pendendam &#8216;tegar<\/em><\/strong>&#8216; dari mana-mana kelompok MELAYU agar terus berusaha merapatkan \u00a0perpaduan atas kalimah \u00a0yang menjadi pegangan kita sepertimana yang di sarankan oleh \u00a0ramai ustaz \u00a0(berbagai-bagai stail dan pendekatan)\u00a0yang saya temui pada setiap sesi tazkirah.<\/p>\n<p>Tok Haji Mat Poi dihormati di kampung saya. \u00a0Saya berkira-kira dia dihormati kerana kesederhanaannya menjadi ketua agama (imam) di kampung saya. \u00a0Kebolehannya dalam ibadat dan perhubungan sosialnya yang rendah diri (<em>bertaqwa<\/em>) di kampung telah menambat hati semua penduduk. \u00a0Kadang kala dia digantikan untuk mengimamkan tarawikh, dia akan berehat diluar ruang sembahyang. Dia suka bergurau dengan kami remaja yang ke masjid dan yang penting dia gemar mendengar saya dan rakan-rakan memukul <strong><em>gendang raya<\/em><\/strong> &#8211; sahur. \u00a0Kadang-kala dia mencapai kayu pemukul dan turut sama bergendang&#8230;.<\/p>\n<p>Tiada ada orang yang menonjol diri dalam masjid, termasuk Haji Mat Poi. \u00a0Semuanya sama. \u00a0Tiada siapa yang lebih baik dari orang lain dan tiada yang lebih buruk dari orang lain. \u00a0Yang ada kebolehan ke depan, yang kurang kebolehan berada di saf belakang (maaf, saya berada di luar masjid &#8211; <strong><em>bermain toi<\/em><\/strong>) \u00a0Bertarawikhlah sepertimana orang-orang sebelumnya bertarawikh&#8230; maka tiada tazkirah ketika itu kerana tidak banyak masalah yang timbul. Pemimpin-pemimpin peringkat atasan pun tidak ada apa yang hendak ditonjolkan atau tiada ada apa yang hendak di rebutkan.<\/p>\n<p>&#8216;Senafas sahaja -alfatihah dibaca oleh Hj Mat Poi setiap kali dia mengimamkan tarawikh di masjid kami. \u00a0Makmum juga bergerak laju mengikut rentak Hj Mat Poi. \u00a0Ada yang merungut kerana terlalu cepat pergerakan sembahyangnya. \u00a0Yang lain tersenyum sahaja tanpa membantah atau menyokong. \u00a0Semuanya mengikut rentak Hj Mat Poi&#8230;<\/p>\n<p>Yang penting esok paginya, selepas subuh Haji Mat Poi akan berbasikal <em><strong>pelantar besarnya<\/strong><\/em> ke kebun getah untuk memotong (menoreh) bersama isterinya.<\/p>\n<p>Cik gu A (pula), akan ke pasar selepas subuh dengan keretanya. Seronok melihatnya dia begitu selesa dalam persaraannya sebagai <strong><em>seorang guru DG 52.<\/em><\/strong> Apa yang dikata, semuanya kena&#8230;..<\/p>\n<p><em>&#8230;gbpencen&#8230;pesara DG29, kata pun tak kena, tak kata pun tak kena&#8230;<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengaji zaman la = mengaji zaman dulu (?) Banyak paku terpacak di sana-sini dalam &#8216;balai lintang&#8216; masjid. Macam-macam benda bergantungan di paku itu. \u00a0Senang saja memacakkan paku di tiang-tiang kerana masjid itu 80% diperbuat daripada kayu. Tasbih, kertas, ketayap dan entah apa lagi sedia bergantungan \/bergayutan. \u00a0Yang ketara ialah baju &#8216;teluk belanga&#8216; Haji Mat Poi. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/986"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=986"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":993,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/986\/revisions\/993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gurubesarpencen.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}