Facebook sudah lumrah.
Sehati sejiwa
Saya mempunyai akaun facebook. Apabila saya melayari akaun tersebut kelihatan ianya tidak se popular sepertimana ketika mula akaun ini diperkenalkan. Banyak rakan yang menarik diri atau tidak mahu aktif. Ada setengahnya menyembunyikan akaun masing-masing. Saya yakin mereka juga seperti saya, akan melihatnya apabila ada kelapangan dan keperluan.
Saya suka mengikuti perkembangan semasa terutama politik tanahair yang dihangatkan oleh pengguna facebook. Menahan diri dari membuat sebarang komen sebab ia akan menambahkan lagi kecelaruan yang sedia ada. Baca, lihat hayati dan belajar sesuatu darinya.
Ungkapan “jaguh papan kekunci” adalah sangat tepat. Kelihatan ramai cerdik pandai yang memberi reaksi masing-masing. Seperti seorang pakar, seorang cendiakawan, politikus ulung dan sebagai lagi dapat dicerminkan melalui komen masing-masing. Tidak dinafikan memang antaranya terdapat golongan sedemikian tetapi rata-rata hanya pandai menulis komen yang pada hakikatnya mengikut perasaan yang tidak ketentuan.
Tidak dapat dinafikan bahawa laman facebook (fb) memberi kepuasan kepada setengah pengguna. Ia dibuktikan setengah pengguna yang tidak dapat melepaskan perasaan tekanan melalui saluran yang lain akan menggunakan fb sebagai jalan keluar. Ingin mempromosi diri, kerjaya, kehebatan peribadi serta keluarga akan menggunakan ruang ini untuk menyampaikan mesej yang diharapkan. Salah satu jalan untuk keluar dari tekanan di era ledakan maklumat ini. Ia sangat bagus untuk kesihatan diri.
Juga laman ini digunakan oleh pengguna yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan. Dengan ruang hebahan tanpa sempadan dan sekatan, produk perniagaan yang disalurkan melalu fb ini dapat menjana pendapatan. Sesungguhnya laman fb ini membantu golongan yang mempunyai azam untuk maju dalam perniagaan.
Dan saya samasekali tidak menolak bahawa ramai pengguna fb menggunakan kesempatan dan kemudahan ini untuk menimbulkan kecelaruan terhadap pembaca. Mengambil kesempatan mempromosi agenda yang tidak baik, tidak sihat demi mencapai cita-cita yang tidak murni yang ada di dalam diri masing-masing.
Merujuk kepda pemain-pemain politik, laman ini digunakan sepenuh dan seliciknya untuk memburukkan pihak-pihak yang lain tanpa ada rasa tanggungjawab. Bermaksud : tanpa memberi penekanan kepada konsep semangat bernegara, sejarah, kesan, ketelusan dan kesahihan fakta. Silicik ini akan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tindakbalas dari mana-mana pihak kerana terlalu ramai si licik sebegini yang berlegar-legar diruang maya – untuk diberi perhatian.
Kebaikannya tetap ada untuk pelayar-pelayar medium politik ini. Ianya menjadi kayu pengukur oleh pembaca untuk cuba menerima atau menolak apa yang telah dibaca. Juga membina sikap sendiri untuk berada di sempadan dalam membicarakan idea pemain-pemain politik.
Sungguhpun fb tidak begitu popular tetapi tetap dihati pengguna sebagai medium tambahan apabila kelapangan.
…gbpencen… sentiasa bersua dengan sahabat dalam fb / selamat menyambut hari kemerdekaan tanahair tercinta.