Skip to content

PKP dan murid Tahap1

2022 April 11
by Guru Besar Pencen

Murid Tahap Satu sesi persekolahan 2021 baru saja disambung semula setelah sekian lama murid tidak ke sekolah selama beberapa bulan lalu menyambung berkurung di rumah setelah perintah Lockdown 3.0 dilaksanakan.

Tiada ada yang perlu dirungut, sebagai seorang guru hanya perlu tabah dan ikhlas untuk terus bertugas sebagai seorang profesional. Ketentuan illahi yang menurunkan apa saja musibah kepada makluknya, sudah tentu ada hikmahNya (termasuk penutupan sekolah). yang merupakan salah satu antara ujian Allah.

Tugasan yang dijalankan tidak perlu dicanang ke sana dan ke sini kerana sebagai seorang guru semestinya tahu apa kehendak anak kecil yang baru masuk ke alam persekolahan samada Tahun 2 atau 3 apatah lagi Tahun 1.. Maka tugasan ini perlu dilakukan dengan baik, mantap dan berkesan.

Dari pihak pengurusan atasan, sudah tentu banyak garis panduan dan prosedur pelakasanaan yang perlu diikuti apatah lagi untuk dipatuhi. Namun ianya belum pasti akan membuahkan hasil – iaitu menyediakan murid yang mengusai 3M dengan baik untuk meneruskan pelajaran di Tahap 2.

Tdak sesuai murid Tahap 1 belajar melalui pembelajaran dalam talian sepenuhnya. Mereka adalah golongan anak-anak yang perlu bimbingan, tunjuk ajar yang lebih berkesan. Ia hanya dapat dilakukan oleh seorang pembimbing yang dapat fokus sepenuhnya proses perkembangan pembelajaran seperti mana yang berlaku dalam pembelajaran biasa di bilik darjah.

Setelah berorentasi bersama guru masing=masing mereka kembali ke rumah menghabiskan masa belajar bersama keluarga. Dengan harapan bekalan yang diberikan cukup untuk persediaan pembelajaran mereka – entah sampai bila (?)

Oleh yang demikian peranan guru ialah menyediakan lembaran pengajaran, lembaran kerja dan latihan untuk dibuat / dipelajari di rumah bersama keluarga. Dengan tempoh yang tertentu lembaran aktiviti ini dikumpil dan sekali lagi guru berperanan untuk mendapatkan lemabaran latihan tersebut dan disemak serta dibuat teguran dan pembetulan.

Peranan ini perlu dilakukan dengan teliti dan penuh rasa tanggungjawab. Bertanggung jawab untuk mempastikan komunikasi dengan waris dan murid terbentuk – dengan melalui apa cara sekali pun. Dengan yang demikian objektif pengusaan 3M murid tahap 1 perlu dicapai.

Dan secara kebetulan ada guru yang tidak membekalkam apa-apa kepada muridnya bahkan ada antara buku kerja, atau buku latihan masih berada di dalam almari di bilik darjah atau di bilik guru. Dengan lain perkataan guru tidak tidak sempat bersedia kerana tidak menduga untuk menghadapi PKP.

Semenjak bermulanya PKP, kita telah didedahkan dengan pelbagai cadangan, saranan dan tindakan dari kalangan pelbagai lapisan guru dan pakar pendidikan. Kalangan cerdik pandai ini memberi berbagai pendapat bagi mengatasi masalah murid tidak dapat ke sekolah. Selebihnya adalah saranan cadangan mega dikemukakan untuk memperkasakan pembelajaran dalam talian. Dan ianya pula perlu dilakukan dalam masa yang singkat – dan boleh dikatakan dalam keadaan yang tidak bersedia dan tergesa-gesa.

Maka semenjak itu waris-waris tahun satu telah menerima berbagai-bagai arahan, dokumentasi pembelajaran daripada guru melalui media sosial dan lain-lain bentuk perisian maya bagi melaksanakan pembelajaran di rumah. Ada antara waris yang dapat melaksanakan pembelajaran tersebut dan ada ramai diantaranya tidak berpengetahuan untuk melaksanakannya.

Ketikamana ibubapa berhempas pulas menghadapi berbagai kekangan PKP, mereka juga turut berhempas pulas untuk terus menyekolahkan sendiri anak masing-masing. Kepada ibubapa yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran (P&P) tentu lah peluang ini akan dimenafaat sebaik mungkin. Kepada yang tidak – sudah tentu mengharapkan buku yang ada di dalam beg anak masing-masing yang dibawa pulang pada hari terakhir persekolahan.

Tidak kurang juga surat kahbar dan media lain mempamer dan mempromosi aktiviti guru yang bersungguh-sungguh menyediakan pembelajaran dalam talian yang mungkin boleh digunakan oleh murid dari rumah semasa PKP ini. Ibubapa juga dihujani oleh arahan guru dari grup wasap untuk menambahkan impak kepada pembelajaran dalam talian. Dan tidak kurang pula waris tidak dapat menyediakan kemudahan pembelajaran maya seperti peralatan komunikasi dan capaian internet yang memuaskan. Sejauh manakan berkesannya kaedah yang telah diusahakan untuk memperkasakan kemahiran murid Tahun 1 ini. Tidak keterlaluan kalau ada yang berpendapat lebih banyak yang menimbulkan masalah.

Murid Tahun Satu perlu mendapat pendedahan awal asas pembelajaran di sekolah. Mereka perlu diperkukuhkan penguasaan membaca, menulis dan mengira. Pengusaan kemahiran ini tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya dalam talian sebaliknya perlu dilakukan secara manual dibilik darjah atau dirumah. Dan apakah tindakan yang dilakukan oleh guru agar murid dapat menguasai tiga kemahiran penting ini.

Seorang murid yang dibimbing sebaiknya oleh ibubapa yang mempunyai asas Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), berkebolehan dari segi teknik dan mempunyai ruang masa serta dapat menerapkan disiplin asas – akan berjaya membina penguasaan 3M ini kepada anak masing-masing. Bagi ibubapa yang tiada mempunyai kebolehan sebegitu, mereka perlu dibantu agar murid-murid tahun satu akan ketinggalan mengusai kemahiran asas (3M) yang perlu mereka kuasai.

Guru-guru Tahun Satu khasnya haruslah mengembeling tenaga untk menyediakan satu cetakan modul yang sesuai untuk diagihkan kepada murid melalui waris khasnya yang memerlukan bimbingan. Sebaiknya ibubapa diberi sedikit gambaran atau taklimat asas bagi mempekemaskan penggunaan latihan modul tersebut untuk diajarkan kepada anak-anak mereka.

Modul-modul ini hendaklah merujuk kepada buku teks dan buku aktiviti yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Selanjutnya, ibubapa boleh berinteraksi dengan guru melalui media sosial untuk melengkapkan strategi pembelajaran dan penguasaan 3M di kalangan murid Tahun 1 ini.

Dalam masa senggang PKP ini, pihak pengurusan sekolah perlu memanggil guru-guru yang berkenaan untuk hadir ke sekolah bagi menyediakan modul dan menetapkan satu garis panduan pelaksaanaan yang mesra waris dan murid. Ini termasuklah kaedah semakan pencapaian hasil kerja murid dari masa ke semasa,

Dengan menggunakan kaedah konvasional ini – selain dari guru Tahun 1, guru Tahun 2 dan 3 juga boleh menggunakan kaedah ini bagi mengatasi masalah capaian internet dan kekangan pengetahuan P&P dikalangan waris. Dengan yang demikian diharapkan setelah kembali ke sekolah murid-murid telah dapat menguasai sepenuhnya sukatan pelajaran yang telah ditentukan mengikut selama mana mereka tidak hadir bersekolah. Dengan yang demikian mereka akan dapat meneruskan pembelajaran mereka ke tahun-tahun seterusnya dengan lebih bersedia dan penuh keyakinan.

…. gbpencenmasih sesuai ‘back to basic

One Response leave one →
  1. October 28, 2024

    Assalamualaikum, Cikgu. Sy Ckg Subhi Masih di Juru & 2024 mencecah 20 Tahun kekal setia bersama Nizam, Azlan, Bibi. Rahman 19 thn krg setahun. Masih membaca coretan ckg, semoga Hidup ckg sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 9 ?
Please leave these two fields as-is: