Skip to content

Santai Ramadhan

2010 September 9
by Guru Besar Pencen

Saya ditegur oleh cikgu RB kerana bersembang ketika tazkirah tarawikh sedang berlangsung.  Peluang bertemu dengan cg Majid digunakan sedikit bercerita mengenai kawan-kawan se kampung.  Maklumlah cg Majid jarang-jarang saya temui.  Kami berasal dari kampung yang sama dan menetap se taman dan se surau pula.

Ketika Pengarah sedang memberi ucapan, dalam ramai-ramai Pengetua dan GB di perjumpaan dwi bulanan,  juga saya gunakan untuk bersembang.  Mencari-cari rakan sembang di awal pendaftaran dan duduk sambil bercerita-cerita berbagai hal untuk mengubat kebosanan. Itu juga yang diulang oleh Tuan Pengarah dalam setiap ucapannya.  Berlingkar mengenai kekalutan dan ketakutannya prestasi JPN negeri merudum dari JPN negeri-negeri lain. Saya rasa saya sudah cukup faham.

Saya terbawa-bawa tingkah laku ‘buruk’ itu sampai ke usia pencen. Walau bagaimanapun saya (pasti) saya memang ada rasa hormat kepada apa saja majlis;  hanya maklumat yang diulang-ulang (supaya kita tidak lupa) itu yang membosankan saya. Walaupun saya bosan tetapi hakikat tetap saya terima juga – sunat berulang-ulang, kata Tuan Guru.

Selepas teguran itu, baru saya perasan yang Cg RB akan berada di saf belakang sambil memerhati suasana setiap kali tazkirah berlangsung, agar berjalan lancar.  Dalam senda hati kecil saya menyatakan bahawa “Ingat di sekolah sahaja ada ketua darjah, rupanya dalam tazkirah pun ada ketua darjah”.  Bulan baik ini saya pujuk hati saya dengan menyatakan “Bagus juga begini ye… !”

Kata-kata ustaz tazkirah terbenam dalam hati saya “Tazkirah ini adalah ‘santai’ dalam kita menunaikan ibadat solat tarawikh”.  Saya minat dengan ungkapan itu dan saya memegang teguh denganya. Saya mengamalkannya.  Tiada perlakuan terkejar-kejar dalam bersolat tarawikh.  Saya pun secara bersahaja : menanggalkan ketayap, memacak lutut, beralih ke sana-sini, bertimpuh, bersila dan menghela nafas lega  secara bersahaja – semasa mendengar tazkirah di sampaikan.  Di hujung mata saya,  saya melihat cg RB memerhatikan saya.  Saya senyum ‘kambing’.

Ramadhan hampir menuju penghujung.  Bini semakin kalut berkueh raya.  Dia meminta saya tolong sikit-sikit. Saya tolong sapu ‘telur’ di biskut, letak badam dan sebagainya hanya sehingga  mata mula mengantuk.   Namun tarawikh tidak saya abaikan dengan melakukannya di rumah – sebelum tidur – . Bila habis 4 rakaat,  selepas doa – saya sambung membantu bini berkueh raya, kemudian saya sambung lagi 4 rakaat dengan 3 rakaat witir !  … santai kan ? Santaikan Ramadhan ini ?

Lagi 4 hari menjelang raya, panggilan Ramadhan terus menghantui saya.  Keazaman untuk memperhebatkan alaman melonjak-lonjak – beza dari tahun sebelumnya, mungkin disebabkan banyak juga mendengar tazkirah. Cucu ajak bermain mercun. Lepas solat Isyak di rumah, bermain mercun dengan cucu dahulu sebelum membantu sedikit banyak  ‘bini’ yang sedang bertungkus lumus berkueh raya.  Masuk semula ke bilik – dalam suasana yang hening (hanya bunyi air con saja yang kedengaran)  Tarawikh terus menyemarakkan 10 malam terakhir. Santaikan ?

Banyak petunjuk diperolehi dalam Ramadhan ini.  Dalam bersantai Ramadhan saya merasakan sudah tiada apa lagi yang perlu dikejar dalam usia 60an ini .  Nak sombong tiada apa yang boleh dibanggakan.  Nak bergaya tiada siapa yang nak saya ditunjukan gaya saya.  Nak berkelahi tiada apa yang nak direbutkan. Nak kaya, sekarang pun dah rasa selesa dah dan rasa tak nampak sebarang petunjuk yang memungkinkan akan jadi kaya.  Nak jadi pemimpin, banyak sangat dah pemimpin yang sedang menonjol dan hebat, Nak jadi ketua, siapa pula  yang nak jadi pengikut ….. Maka jadilah saya seorang yang suka bersantai selepas bersara dan yang pasti selepas Ramadhan ini

Yang benar-benar terasa ialah kesyukuran yang amat sangat kerana masih dianugerahkan kesihatan yang baik.  Supaya dapat membuat kebaikan dan melakukan benda-benda baik…. dan saya akan terus melakukan itu, insyaalah..

Hebat ustaz ini : Ustaz Sofi – Pemangkin aktiviti Ramadhan di sekolah saya.

Ketika bertemu dengan cg Osman Sungai Duri (GB SK Sungai Bakap) semasa menziarahi kematian ayah pemangku GB Pulau Aman dia menyatakan yang ia akan mengakhiri tugasnya dalam beberapa minggu lagi,  Ruangnya untuk bersantai semasa bertugas memang tidak ada.  Dia menambah bahawa tugasan sebagai GB dipenuhi dengan komitmen yang padu di sekolah.  Ianya telah dipikul selama bertahun-tahun – dan dia tidak mampu lagi meneruskan sehingga usia 58 – dan bersara ketika usia 56….. untuk bersantai (?)

Saya juga tidak pernah bersantai ketika bertugas sebagai GB.  Setelah 3 tahun bersara,  Ramadhan kali ini benar-benar dekat di hati. Sambil menghayatinya, saya telah diajar banyak erti kehidupan ini terutamanya – dunia ini adalah laluan smentara (begitu menusuk dihati…)

“Ramadhan oh ! Ramadhan”  (kata M. Shariff – bapa rock Malaysia)

...gbpencen… ” Bertemukah saya di  Ramadhan akan datang… ?”


7 Responses leave one →
  1. SHAIR permalink
    September 12, 2010

    Nampak macam dah nak jadi alim ulamak, dulu nampak biasa je… alhamdulillah lah tu..
    Insyaalh di doakan cikgu akan ketemu Ramadahan yang akan datang.

  2. paklang permalink
    September 17, 2010

    teringin nak jadi ketua darjah dari dulu lagi. sekarang teringin nak jadi ketua kampug pulak. cg boleh tolong saya dak ?

  3. September 17, 2010

    “sunat berulang-ulang, kata Tuan Guru”

    saya suka. seronoknya jadi Guru Besar, pahala dan jasa dikenang sampai bila-bila. Cukup masa rehat sepuas-puasnya.

  4. aziz permalink
    October 26, 2010

    Assalamualaikum W.B.R,
    Semoga cikgu sekeluarga sihat wal afiat.
    Kalau Ramadhan kali ini santai bagi Cikgu, berlainan pula dengan saya. Ini Ramadhan saya yang entah kali keberapa. Lazimnya sejak 15 tahun yang lalu saya mengaji selepas Tarawih. Amalan yang bukan saya hendak banggakan tetapi walau sejahat mana saya dibulan bulan yang lain Kitab Allah itu sentiasa memanggil saya bila tiba Ramadhan.
    Paling menyedihkan tahun ini amalan itu tidak terjadi seperti biasa. saya berhenti mengaji pada mukasurat 12 Surah Al-Baqarah. Ada sesuatu yang memanggil saya untuk mencari sesuatu daripada sekadar mengaji. Kemudian sayadiketemukan dengan sebuah buku yang bertajuk Yakjuj & Makjuj. Saya membaca buku itu sehingga habis. kemudian menjelajah di Internet mencari tajuk yang sama. Kemudian ke bab Dajjal. kemudian ke bab akhir zaman. dan sehingga kini saya masih meneruskan pembelajaran saya tentang akhir zaman. Mungkin itu yang disuratkan untuk saya. memahami apa yang terkandung dalam Al-Quraan.
    Sesungguhnya , banyak yang telah diperingatkan tentang cubaan dan cabaran ita umat diakhir zaman ini. Betapa kita dikaburi dari musuh kita dengan kenikmatan dunia . Gelap kita sangka Terang. Sengsara kita sangka Nikmat. Baik kita anggap Jahat . Walaupun sebenarnya jauh panggang dari bara.
    Cikgu, saya minta maaf kalau catatan komen saya ini melampau batas. kerana hakikatnya andaikata saya menemui Tuhan hari ini dan ditanyakan apakah hidup saya selama ini kita menegakkan Darul Islam atau tidak? Saya tidak mampu menjawab. Saya mengundi sebuah kerajaan yang menghalalkan Judi sedangkan Allah mengharamkan Judi. Saya menjadikan Riba’ sebagai sebahagian cara hidup sedangkan Riba’ itu haram disisi Allah. Saya menjadi warganegara yang mendaulatkan undang-undang Persekutuan dan mengetepikan Undang-undang yang Allah.
    Apapun saya mengharapkan belas ihsan Sang Pencipta untuk saya, kerana saya insan yang lemah. Akan tetapi saya cuba untuk tidak menjadikan alasan saya insan yang lemah untuk mendapat “Lesen” melakukan sesuatu sewenang-wenangnya.
    Terima Kasih Cikgu.
    # Hari ini saya bersyukur kerana saya faham Iqraq itu bukan membaca Al Quraan seperti Burung Nuri yang meniru kata-kata tanpa memahaminya.

  5. iderisjab permalink
    October 26, 2010

    Saya bangga dengan kesungguhan tuan melakukan yang terbaik sebagai seorang yang beragama Islam. Atas nama Islam, terlalu banyak dan luas ilmu Nya (pada saya) untuk diperkatakan apatah lagi untuk diamalkan. Namun menjadi hakikat bahawa kita terpaksa melalui tuntuan itu, dan dalam masa yang sama kita dihimpit dengan kekangan keduniaan.

    Dalam masa yang sama sebahagian dari kita akan (dianggap) terkorban tuntuan akhiratnya demi mempertahankan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan orang lain. Kalau kuasa ini terlepas…

    Akan (juga) menghalang kita menunaikan tuntuan Nya dalam keadaan seperti yang ada sekarang.

    Sekarang kita dalam keadaan selesa untuk meberi tumpuan – beribadat.

  6. aziz permalink
    October 27, 2010

    Dalam masa yang sama sebahagian dari kita akan (dianggap) terkorban tuntutan akhiratnya demi mempertahankan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan orang lain. Kalau kuasa ini terlepas…

    Cikgu, asal jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran…selisih malaikat 44.
    Insyaallah akan berjaya walau sukar..tapi janji Allah itu tetap pasti.

    Terima kasih Cikgu

  7. October 30, 2010

    Allah maha pengampun lagi amat mengasihi dan mengetahui…..

    Amin.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 6 + 8 ?
Please leave these two fields as-is: