Cuti-cuti sekolah Malaysia
Cg Mazlan masuk ke bilik saya. Pejabat Guru Besar jarang dikunjunginya. Walaupun dia seorang guru yang ‘cengea’ (??) tetapi dia tidak sewenangnya masuk ke bilik saya. Saya menghormatinya dan dia menghormati saya .. sampai saya pencen.
Dia memberitahu yang dia ingin menyusun takwim Ko Kurikulum untuk tahun berikutnya. Dengan senyuman saya menghulurkan takwim induk sekolah – bidang saya telah saya sediakan. “Lan, berpandukan takwim saya ini, Lan boleh sediakan takwim KK” Kata saya pada cg Mazlan PK KK sekolah saya.
Dia keluar tanpa banyak soal lagi. Dia mungkin terus membelek takwim saya dan mula merancang tugasnya. Saya pasti dia akan melakukannya dengan baik, walaupun dia selalu datang lewat ke sekolah dan selalu tidak masuk kelas mengajar.
Hari semalam cuti 1 Malaysia. Sehari sebelum itu cg Mazlan menelefon Tuan Pengarah Pelajaran kerana GBNya sudah 2 hari tidak ke sekolah selepas cuti Hari Raya. Dia meminta kepastian dari Tuan Pengarah samada boleh atau tidak guru UPSR mengadakan kelas pada hari cuti – 1 Malaysia ?
2 situasi dalam kes cg Mazlan menelefon Tuan Pengarah : (1) : Dia tidak satu angin dengan GB yang kurang memberi perhatian kepada tugasannya . (2) Dia ingin menyatakan yang GB hanya pandai menyusun cuti untuk guru-guru supaya cuti raya dihadkan dan hadir ke sekolah dengan segera tetapi GB sendiri tidak datang ke sekolah selepas raya.
Sekolah sana cuti, sekolah sini bersekolah, sekolah sana sambung cuti UPSR, sekolah sini cuti UPSR 2 hari, ada yang 3 hari ada yang sehari dan berbagai-bagai lagi ‘arrangement’ cuti untuk keselesaan semua, Untuk memberi impak yang berkesan kepada murid UPSR, murid lain, guru hatta untuk keselesaan GB sendiri (?). Ada sekolah yang bercuti selama 3 minggu berterusan -cuti semester – cuti raya – cuti UPSR. Puasssss …. iaitu salah sebuah sekolah Kebangsaan PERKASA yang pernah saya kunjungi.
Salah satu tugasan GB ialah memperincikan cuti-cuti Malaysia dengan cuti-cuti sekolah Malaysia. Bakal-bakal guru berminat menceburi profesion perguuan kerana – profesion ‘ini’ yang banyak cuti. Ibubapa bakal guru menggalakkan anak mereka menceburi bidang ini kerana ‘banyak cuti’. Cuti awam dimestikan, cuti semester dimestikan, cuti ganti untuk keselesaan dan cuti peperiksaan diaturkan. Maka jadilah profesion ini sebagai profesion cuti (banyak cuti).
Saya pernah mendebatkan hal cuti ini dengan seorang guru yang mana saya mengutarakan bahawa “guru selesa kerana banyak cuti” berbanding dengan bidang awam yang lain. Saya terdiam juga bila jawapannya ringkas : Itu bidang mereka, ini (perguruan) adalah bidang kita…., saya jawab dalam hati : Bidang kita – bidang banyak cuti…”
Walaupun ada yang manafikan bahawa cuti tidak banyak membantu proses pembelajaran setengah-setengah murid, tetapi cuti amat penting dalam urusan perguruan.
Pada suatu masa, kira-kira 10 tahun yang lalu – Cg Hamid seorang bekas GB pernah menyatakan kepada orang-orang yang mempertikaikan cuti guru-guru sekolah di sebuah kedai kopi – : ” Cg dah hampir lembek dah apabila sampai dihujung penggal persekolahan akhir tahun… hangpa (kamu semua) kena percayalah… !” katanya. Samada sedar atau tidak, betul atau tidak, saya sebagai seorang guru biasa pada masa itu memang merasai benar kata-kata cg Hamid itu. Memang setuju bahawa guru sudah keletihan… sampai ke hari terakhir sekolah akan bercuti .
Keletihan dengan karenah anak didik. Keletihan untuk memandaikan manusia yang berragam-ragam, Keletihan kerana perlu menghabiskan tugasan yang telah diaturkan untuk anak didik melangkah ke tahun hadapan – yang penuh dengan cabaran. Indeks prestasi harus mengikut momentum yang telah digariskan. Menghidarkan kirisauan GB yang berterusan jika indeks yang digariskan tidak menepti piawaian.
Kepada guru-guru yang selesa dengan – cuti-cuti sekolah Malaysia – ianya menjadi sebahagian daripada bonus yang di terima. Gaji yang lumayan bersama gaji isteri / suami, dengan elaun-elaun yang telah diwujudkan menjadikan cuti-cuti sekolah Malaysia – amat bermakna kepada insan bergelar guru. Bersyukur kerana kita dalam profesion yang banyak cuti tetapi janganlah berselesa sahaja tanpa penanggunjawaban di atas profesion ini di kesampingkan. Selami-lah ia dalam keberkatan.
...gbpencen…sentiasa habiskan kerja yang tertunggak sepanjang hari cuti persekolahan.

Masa cuti sekolah, lapangnya rasa kepala ni sebab tak payah fikir banyak benda. Muka pun berseri2, senyum sokmo. Itu lah salah satu kelebihan guru. Logik lah cuti tu untuk cikgu, teruk dah kerja dalam kelas dan luar kelas. Sekian, terima kasih.
Semoga cikgu sentiasa sihat….teringat dimasa lalu…