LDP realitinya.
Saya melalui jalan kecil di hadapan rumah pusaka ayah Dato Seri Anuar Ibrahim. Di situ letaknya rumah seorang guru saya yang sering mencari alasan untuk tidak hadir. Kadang-kadang ketidak hadirannya – tanpa alasan pun. Saya ingin menjemputnya untuk hadir mesyuarat – sekarang dikenali sebagi LDP ( yang dimestikan). Dia dikejutkan oleh isterinya yang menyatakan GB datang menjemputnya ke sekolah. Selepas mandi, dia menaiki kereta saya ke sekolah.
Saya berjaya.. kerana dia sering tidak hadir dalam program yang semacam itu. Peluang untuk guru-guru hadir bersama dengan saya adalah peluang yang sangat saya hargai.
Saya sering memikirkan untuk menjadikan sesuatu perjumpaan benar-benar memberi kesan kepada sekolah. Saya hanya akan memikirkan apakah agenda yang belum selesai di sekolah – seperti mana yang dikehendaki oleh JPN / KPM. Saya ingin melarikan diri dari ungkapan yang sering dikatakan iaitu ‘beban guru’ di sekolah. Maka peluang santai / bersahaja beginilah akan digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan ‘beban’ berkenaan.
Difikir, diolah, dirancang, didokumentasi dan dipersembahkan (oleh saya) untuk dilaksanakan oleh guru-guru yang hadir. “Mohon cikgu-cikgu selesaikan apa yang telah digariskan dalam kumpulan masing-masing”. Kata saya setelah selesai bermukadimah dalam satu perkembangan staf (LDP) di sekolah.
Di akhir program – banyak beban saya telah diselesaikan oleh guru. Terima kasih cikgu. Legaaaaaaaaaaa.
Tak pernah saya dengar pun yang : saya merobotkan cikgu. Kalaupun ada, saya sanggup menerimanya kerana, kerja guru yang banyak (kalau hendak dibuat) menjadi beban apabila banyak kerja-kerja tertunggak tidak dapat diselesaikan dalam masa tertunggak itu.
Jadi peluang perjumpaan sebegitu / sebegini saya akan gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak sebelum ini. Rancanglah apa sahaja untuk guru melaksanakan, nescaya mereka akan laksanakan dengan sebaik-baiknya; kadang-kadang lebaih baik dari yang diharapkan.
Apa masalahnya ?
Sekiranya perancangan LDP berfokuskan hanya semata-mata kepada pembangunan kemahiran guru – ada antaranya yang merasakan ianya tidak perlu dilaksanakan kerana ada banyak perkara lain yang berlaku di sekolah merupakan agenda yang belum selesai. Ada antara agenda tersebut sudah lama terbenam di sana dan menjadi kudis kepada sekolah (?) tidak dapat diselesaikan.
Apa yang boleh diselesaikan? (sekadar beberapa contoh)
(1) Stor sukan yang tidak tersusun mengganggu pembelajaran PJ. (2) Buku perpustakaan (yang dibeli oleh GB sebab banyak lebihan wang) yang belum diproses. (3) Aset sekolah yang telah bertapuk-tapuk tidak dikemaskini. (4) Bahan terbuang yang banyak di bawah meja guru. (5) Bilik panitia sudah lama tidak di audit. (6) Penilaian yang telah dijalankan di sekolah sebelum (itu) belum di analisis atau dibuat post mortem .. oleh GB sendiri.. (7) Ruang pejabat untuk menerima pelanggan dan tetamu tidak menceriakan…. etc
Rancanglah ini semua supaya sekolah akan sentiasa kelihatan sedang dan sentiasa di uruskan oleh seorang pengurus yang suka mengurus.
Pada saya :
LDP bukanlah hanya sekadar untuk memenuhi ruang yang telah disediakan dengan komimen dari GB sendiri tidak menyerlah – Seperti sekadar contoh di bawah ini :
(1) Guru disuruh membaca buku untuk mendidik tabiat membaca. (2) Guru disuruh memasak untuk meningkatkan kemahiran berkem di suatu masa nanti. (3) Memanjat bukit untuk membina ketahanan diri. (4) Mengikut ceramah motivasi khas agar rajin datang ke sekolah. (5) Memberi ceramah agama agar menguatkan ketaqwaan masing-masing. (6) Memberi bimbingan ke sukanan agar boleh menjadi pegawai sukan yang baik (7) Lawatan sambil makannnnnn.
…gbpencen…Perkembangan Staf digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masaalah sekolah yang tertunggak kerana guru semua dah mahir belaka dah….

Sekolah cikgu dulu cantik kah ? Biasa je kan ?
di sekolah lama saya (SMK Taman Tun Fuad, KK) sangat aktif buat LDP dan berjaya dilaksanakan dengan hebat bermula dari perancangan sehinggalah kepada penilaian kursus. Saya banyak belajar tentang pengurusan dan pengajuran kursus yang profesional dan ada “kelas”. Pembentukan jawatankuasa yang cekap dan urusetia yang sangat teliti sehinggakan kelemahan kursus berjalan hampir tidak ketara. (kebetulan saya SU LDP sekolah dan baru berposting – tidak tau buat kerja). Banyak menimba ilmu dan berkongsi idea bersama penceramah yang luas pengalaman. Secara peribadi saya melihat peranan pihak pentadbir tidak dapat disangkal. Sangat-sangat penting dalam membentuk, melatih dan membina keyakinan guru untuk menjadi seorang GURU khususnya kepada mereka yang baru menjadi guru. terima kasih kepada mereka yang berjaya membentuk diri ini.
I was thinking that LDP stands for Liberal Democratic Party in Japan. The party that collapsed by its erogance after years governed the country.