Skip to content

Pejuang yang penakut.

2010 October 30
by Guru Besar Pencen

Walaupun kurang disenangi tetapi UMNO banyak membantu saya di sekolah

Terbayang kemeriahan disuatu masa suatu ketika dahulu.  Saya bersama-sama dengan yang lain berbondong-bondong mengunjungi Perhimpunan Agung UMNO. Terasa bersemangat menyertai rombongan UMNO Bahagian Nibong Tebal sebagai ahli UMNO yang setia.  Berbagai cerita dan kenangan ada di sana masih terasa hingga ke hari ini.

Kini Perhimpunan itu kembali lagi.  Terasa kemeriahannya walaupun sudah tidak bersama di perhimpunan itu.  Perhimpunan kali ini tidak seperti beberapa tahun sebelum ini. yang rata-rata perhimpunannya tidak menimbulkan kepedulian bukan sahaja dari saya bahkan dari rakan-rakan sebaya seperjuangan (kononnya) dengan saya.

Tentunya pehimpunan kali ini mempunyai kelainanannya. Ucapan Presiden UMNO yang lantang dan berani penyebab kepada kelainan yang saya rasai.  Bersama mengheret citarasa dan kemahuan sebenar UMNO – orang Melayu.  Itulah sebenar yang dimahukan oleh ahli setia seperti saya yang mendokong UMNO bukan untuk ‘kita‘ tetapi untuk UMNO;   yang satu-satunya –penerus kewujudan umat Melayu.  Presiden berani, semua orang berani dan kita akan terpanggil untuk sama-sama berani.

Di sebuah motosikal buruk terlekat lambang bulan putih,  berlatar belakangkan warna hijau – menunjukkan keberanian ahli PAS untuk menyatakan pendirian mereka.  Motosikal buruk itu berulang alik membawa baja subsidi kerajaan ke kebun sayurnya di hujung bendang. Tanpa ada segan silu, penunggang motosikal itu terus bangga dengan lambang yang diheretnya ke sana -sini. Keberaniannya tercetus kerana pendiriannya jelas, tiada apa-apa  salah yang pernah dilakukannya terhadap umat Melayu.

Lihat … atau, pernahkah anda lihat penyokong kuat UMNO mempamerkan logo UMNO di motosikal buruk atau di kereta mewah mereka.  Kalau adapun hanya boleh dikira.  Kerana penyokong setia seperti saya malu untuk mempamerkan logo itu.  Dan takut untuk mempamerkan logo yang sebenarnya berkeramat itu.  Malu dan takut kerana….

kerana… (1) MALU

Malu dengan gelagat pendokong UMNO diperingkat pertengahan bermula dari Cawangan, Bahagian dan juga ahli-ahli yang menjadi pengapit kepada peneraju di peringkat nasional.

Banyak daripada mereka yang telah me… layukan UMNO dengan sikap ketidak pedulian mereka kepada penyokong-penyokong setia di peringkat bawahan (akar umbiistilah popular).  Juga sikap mementing diri lebih dari mementingkan Melayu – UMNO.  Dan sikap yang paling keji ialah menggunakan apa saja kedudukan atau jawatan tanpa memberi sumbangan untuk menyemarkakan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO.

kerana… (2) TAKUT

Takut kepada orang Melayu UMNO sendiri;   yang telah membuka ruang dan peluang yang luas untuk orang Melayu dan bukan melayu:  memperlekeh dan mempersendakan Melayu UMNO.  UMNO tiada panglima yang ke hadapan untuk  –   ‘membuka gelanggang’   –   ‘memecah pencak’   –    ‘membuka buah silat’   –  ‘melagang kata’  –  ‘menghentak bumi’ bagi mempertahankan UMNO sehinggalah – apa yang diungkapkan oleh Presiden UMNO dalam Perhimpunan kali ini.

Selepas itu,

dari jauh saya dapat rasakan  gelombang sudah mula membadai, kalaupun lah ianya tidak sampai ke pantai, diharapkan sekurang-kurangnya derumannya akan disambut oleh penghuni rumah usang deretan kampung nelayan di tepi pantai.  Moga cetusan itu menghilangkan risauan di hati yang gundah selama ini yang seolah-olah ketuanan Melayu masih ada yang mahu membelanya

Sejarah terdekat telah membuktikan bahawa ungkapan Melayu  Mudah Lupa hendaklah dirujuk kepada beberapa kerat Melayu yang sudah melupakan paksi bahawa pemimpin yang dipilih oleh UMNO harus ada pengorbanan untuk mempertahankan UMNO yang merupakan tunjang kekuasaan Melayu.  Apabila ada ramai dikalangan pemimpin ini berpaksikan kemegahan, ketamakan, kekuasaan maka…..UMNO yang mereka terajui semakin tersungkur di hadapan kerakusan Melayu dan bukan melayu itu sendiri

Pemimpin mesti ada pengorbanan…

melainkan jika ia hanya semata-mata pemimpin politik.  Atau hanya semata-mata pemimpin yang menggunakan kedudukan dalam politik.

…gbpencen…selepas ini akan mempamerkan logo UMNO.

2 Responses leave one →
  1. November 3, 2010

    sy tk pandai sgt pasal politik tp mmg umno skrg tk sama lagi dgn umno dahulu. perjuangan yg dilaungkan terasa semakin digah gahkan tanpa melihat ke bawah lagi. Kata kata yang semakin riak sedangkan anak melayu semakin terpinggir di bumi sendiri.
    masih ramai yg sayangkan umno, termasuk saya. kadang2 bila org berckp atau memberi komen yang kurang enak di telinga, hati saya terasa sakitnya. tapi kadang2 yg dicakap itu adalah realiti yang harus kita ambil berat walaupun pahit untuk ditelan.
    komen bukan sekadar menjatuhkan, masih banyak komen yang membina yang harus di ambil berat oleh semua orang2 umno.

  2. Khairi Din permalink
    December 12, 2010

    Umno bermaksud penyatuan Melayu tetapi
    sekiranya Umno gagal menyatukan Melayu
    Umno patut bermuhasabah. Sekiranya Umno
    masih gagal berbuat sedemikian secara positif
    Berilah peluang pada yang lain untuk membela
    nasib kita. Kita terpinggir ditanah air kita
    sendiri. Peranan kita bukan sekadar buka kedai
    kecil jual komputer tapi lebih dari itu. Dari buat
    palet(polyethlene, pvc, pu) bahagian kotak
    display, metal, transformer, mother board
    sehinggalah buat ink printer. Umno berperanan
    sekadar Melayu guna aje komputer tu canggih,
    kerja boleh cepat, budak budak senang tengok
    kalu gunakan LCD projector jenis Epson untuk
    subject science dan math. Untuk rekod 95%
    pembekal plastik bukan orang kita dan kita
    berebut rebut untuk 5%. Kasihan. Apa yang
    Dr Mahathir buat selain merampas hak Raja
    Raja Melayu. Memberi projek pada Tajuddin
    Ramli yang akhir nya mendakwa kerajaan di
    mahkamah. Mencari jalan mengkuburkan budak
    Degil dengan isu yg maha aib. Juga Dr Mahathir
    berjaya menghidupkan semangat membanjirkan
    puak pemimpin Melayu dgn projek yang akhirnya
    pergi kepada orang lain. Akhir kata berundur
    la Umno berilah peluang pada orang lain.Positif.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 8 + 4 ?
Please leave these two fields as-is: