Skip to content

Ringkasan Khutbah

2010 November 11
by Guru Besar Pencen

Mencari keredhaan, insyaalah….

Tahun 2005 ketika banjir besar di Kedah, khatib yang berkhutbah Jumaat menyatakan banjir itu berlaku kerana Allah menurunkan bala kepada kerajaan yang memerintah pada masa itu kerana tidak mengikut ajaran Islam sepertimana  yang tuhan kehendaki.  Allah murkah.

Tahun 2010 ketika sekali lagi banjir (lebih) besar berlaku di negeri Kedah, khatib menyatakan banjir itu adalah satu ujian kepada seluruh umat supaya bertaqwa kepada Allah, mematuhi ajarannya kerana bala (khatib menyebut dengan bunyinya ‘balak’) yang datang itu kerana ada seorang dua antara kita (bukan semua) yang sering melakukan maksiat – kepada Allah. Saya berdoa agar yang sorang dua itu bukan saya.

Semua makmum diam.  Kerana sebelum itu bilal yang bertugas berpesan : ‘hendaklah kamu diam ketika khatib sedang membaca khutbah’ -‘jika tidak hilanglah pahala Jumaatnya’.  Saya pun diam dan saya rasa saya mendapat pahala dan solat Jumaat hari ini / itu.  Saya diam dan berfikir sehinggalah saat saya menghadapi komputer untuk melakar coretan ini.

Sunat berulang-ulang :  Berkali-kali khatib menyebut dan mengulanginya.  Berkali-kali beliau menyeru agar semua jemaah mempraktikkan suruhan Allah dan menghidarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.  Berulang kali juga beliau mengulangi bahawa yang datang ke masjid adalah tergolong antara orang-orang yang diredhai amalannya dan membuat penegasan bahawa masih ramai di luar sana yang tidak bersolat Jumaat tetapi terus menerus melakukan kemungkaran dan melakukan maksiat.

Saya faham yang diluar itu bukannya anak-anak yang leka bermain ketika semua makmum dewasa sembahyang di dalam masjid.  Umat di luar maksudnya di pusat hiburan, pusat membeli belah atau di pusat….

Dengan suara yang besar, khatib yang bertubuh besar itu bersemangat memberikan khutbahnya melalui pembesar suara.  Maka bertambahlah kesungguhannya meyakinkan saya dan makmum lain dengan khutbahnya itu.  Setidak-tidaknya seminggu sekali saya akan diperingati akan amalan-amalan baik yang wajib dilakukan.

Khatib mengajak semua makmum mencegah kemungkaran dan salah pekerti yang berlaku. Berulang-ulang dia mengajak saya dan semua yang hadir.  Khatib memberi petujuk yang berlaku diluar sana perlu diberi perubahan.  Perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.  Perlu dilakukan secara berani dan penuh dengan ketegasan.

Khutbah disambung lagi, diulangnya beberapa kali kerana kekuatan perlu ada bersama ketegasan dan keberanian.  Dihuraikan oleh ayat-ayat suci dan sunnah nabi.  Ditafsirkan kehendak al quraan dan sunah dengan sebaik dan setegas mungkin untuk memberi keyakinan tambahan kepada sya dan makmum lain yang memang sudah pun yakin akan initipati khutbah yang disampaikan.

Di ulangnya lagi… diulangnya lagi…

Setelah tamat, dengan punuh khyusuk dan tawadhoz, solah Jumaat di teruskan dan ditamatkan dengan doa yang syahdu memohon kemaafan dan keampunan serta kerdhan ilahi… insyaalah !

‘Khutbah ini  sebenarnya boleh diringkaskan  jika khatib menyatakan – sokokonglah parti PAS yang mendokong Islam, dan janganlah undi BN (UMNO) yang tidak islamik…

Penggiat politik PAS tentu akan marahkan saya jika saya katakan demikian,  mungkin pula penyokong UMNO akan menyatakan saya betul.  Mungkin ramai yang akan menyatakan saya telah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Pada saya apa yang penyokong (2)  parti yang saya sebutkan itu tidak betul kerana mereka tidak berkecuali.  Kerana saya faham, amalan agama tidak menjurus kepada persengketaan anatara saudara saagama atas kalimah syahadah.

Katakanlah apa sahaja atas nama demokrasi tetapi janganlah memperjudikan saudara seagama semata-mata kerana kita menyokong sebuah parti politik – sama PAS atau UMNO.  PKR atau DAP.  PAS memerintah pun kita ikut dan UMNO memerintah pun kita turut.  Kita tinggal di Kedah, PAS perintah, kita tinggal di Malaysia UMNO memerintah – sedangkan kita tinggal di Pulau Pinang, kita akur dengan DAP – kita tak boleh buat apa-apa ! Kerana kita umat Islam yang bernegara.

” Baru ‘Malaya akan jadi aman, kalau tidak haru Malaya”  Kata Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia – dalam loghat Kedah.

…gbpencen…lebih kusyuk mendengar khutbah tanpa disaluti politik melampau.

2 Responses leave one →
  1. paklang permalink
    November 13, 2010

    Dengar khutbah penuh kusyuk dan ikutlah yang mana baik… jangan banyak soal, tak baik….

  2. Khairi Din permalink
    December 11, 2010

    The conventional n typical attitude of Malay’s
    thinking that you can’t ask or better not to ask.
    Where comes an intellectual discourse if you
    don’t ask, elaborate,ornate or even spell it out.
    A taboo in our religion says don’t question what
    has been ruled. There is a lot of empty space
    yet to be questioned, discussed ie why goverment
    not really concern on North Korea attacks on
    Yonpeon(pls refer to YB Sallehudin’s proposal
    ruled out by parliament).

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 11 + 7 ?
Please leave these two fields as-is: