Skip to content

Carta-carta cinta

2011 January 2
by Guru Besar Pencen

“dia hanya salah seorang insan penghuni bumi Allah ini”

Jangan!,  jangan kata Nor.  Abang jangan tulis.  Abang dengar dan abang rakam dengan hati dan perasaan  abang.  Kata hati itu akan merakam dan menganalisis semuanya.  Bila ditulis kembali ia akan lebih tersentuh.  Bila abang melakonkannya abang akan terasa ‘feel’nya.  Bersediakah abang mendengarnya ?.  Abang bersedia, Nor… jawab penulis yang telah bersedia untuk mendengar cerita Nor seterusnya….. :

Perkahwinannya di restui.  Atas dasar cinta acara majlis perkahwinan meriah.  Seluruh keluarga meraikannya.  Bahtera di layari dengan laju.  Rumah dibeli, kereta dimiliki dan akhirnya anak diperolehi. Chahaya mata comel dan membesar dengan belian manja mesra.

Sudah 2 tahun usia perkahwinan.  Cinta isteri dan suami mula pudar.  Satu demi satu alasan yang timbul.  Alasan-alasan biasa dalam kehidupan berumah tangga.  Tuntutan dunia ada yang berjaya diperoleh dan ada yang tidak.  Untuk memenuhi tuntutan berbagai strategi digubal, diubah dan dipinda.  Ada yang berjaya tetapi tidak memenuhi tuntutan dengan kemampuan yang ada.

Lebih malang bila pihak ketiga mula mengorak porakperanda.  Yang betul jadi tidak betul, yang elok jadi tidak, yang manis jadi masam, yang masam terus pahit.  Hempedu kehidupan berarus tersangkut-sangkut.  Tuntuan tidak sama dengan kemampuan yang sedia ada.  Gelora selalu membadai.  Dulunya cakap sedikit ketawa yang banyak,  sekarang tak cakap pun tak ketawa, cakap pun tak ketawa…. semuanya jadi – marah !.

Peranan keluarga menjadi penentu keputusan untuk melabuhkan bahtera dalam badai yang sedang melanda.  Akhirnya sauh dilabuhkan,  layar diturunkan namun angin sepoi bahasa masih tidak kunjung tiba.  Gelombang terus menghempas dinding bahtera.  Beralun,  berolak, berkocak dan penghuni bahtera masih mencari haluan….

Akhirnya angin berhenti dan ombak tidak sanggup membadai.  Bahtera sudah hampir tenggelam.  Bocor di sana sini kerana tempat perhentiannya penuh dengan karang yang menggila. Perlahan-lahan penghuni bahtera turun membawa haluan masing-masing.  Si isteri menggendung anak kecilnya yang dalam kebingungan.  Lambaian terakhir telah memisahkan dua insan yang sekian lama memadu kasih merangka sinar yang tidak sangat jauh dihujung trowong..

Gigih menempuh haluan masing-masing.   Kedua-dua insan yang pernah memadu asmara ini berjaya dalam kelas tersendiri.  Masing-masaing mendabek ego menuntut sanjungan antara satu sama lain.  Mempamer kejayaan dengan sindir dan cerca.  Anak dipelihara oleh ibu secara total tanpa dibantu oleh ayahnya sebagai sepatutnya.

Hati ibu ditenteramkan bahawa anak ini sudah ada rezekinya dari Allah.  Maka Allah perturunkan rezeki itu melalui ibu dan kaum kerabat ibunya.  Maka membesarlah anak bersama ibunya dan ayahnya yang kerap mempersendakan bantuan yang diberinya.

Si suami sudah amat berjaya.  Dari jauh ibu yang geram mermerhati.  Kereta Mercedesnya  merayap menjemput anak di depan rumah.  2 bulan RM50 sebagai bantuan ayah kepada ibu yang memelihara anaknya yang sudah bersekolah. Kereta mewah yang dibeli kerana kejayaan berniaga sambil bekerja dengan kerajaan.  Kereta itu dibeli setelah menjual motosikal yang berkuasa tinggi yang dibelinya sebelum itu tersungkur di bumi sehingga ayah si anak patah tangan dan pening-pening lalat apabila topi keledar menghentak di batu jalan ….

Ayah sudah ada pasangan baru, berambut merah dan comel.  Belajar hingga ke peringkat Master.  Sepadan dengan Mercedes Kompressor menjalar seceruk rantau Pulau Mutiara.  Si isteri berpindah randah mencari cinta.  Cinta sepadan tidak ditemui.  Tanggung jawab berganda kerana anak semakin dewasa menuntut pembelaan dan pengorbanan ibu.  Rezeki anak juga ada.  . – belum kering tekak kerana dahaga,  belum pernah dikecewakan bila diminta…

Kini ayah bergelora dengan pendarahan kepala, luka bekas lama (?)  Ibu membawa anak mengunjungi ayah yang sakit bukan kepalang.  Ibu menyegerakan penemuan agar ayah tidak kecewa dan sengsara kerana kesakitannnya amat membara, takut-takut tidak sempat berjumpa.

Penulis termenung.  Apakah ini cinta ? Penulis perlu rakan untuk bercerita.  Rakan mengangguk mendengar cerita – bahawa dia amat tersentuh dan kagum dengan kekuasaan Ilahi.  Saya juga mengangguk dan …..

…gbpencen…kita perlu berusaha, tetapi kata putus di tangan NYA. Redhakan lah.

7 Responses leave one →
  1. January 2, 2011

    Bahtera rumahtangga sering dilanda badai dan tsunami. Itulah cabaran dan dugaannya. Konsep memahami, memberi dan menerima.. seumpama padanan puzzle. Saling melengkapi dan menyusun arah dan tujuan ke arah matlamat pelayaran bahtera kehidupan. Arah mana yang dituju?

  2. Khairi Din permalink
    January 3, 2011

    Wow hebat tulisan ini. Saya doakan semuanya selamat lebih terutama pada buih puteh yg belum mengenal badai dan lautan.
    Dia tak bersalah. Ya Allah hidupkan buih puteh itu dengan kerahmatan, kerahiman yg Kau ada. Berilah kasihMu kepadanya semoga ia lebih mengingati mu.Amin

  3. jhyvtec11 permalink
    January 7, 2011

    menarik dan tersentuh

  4. January 9, 2011

    Salam.
    N3 ini menarik.

  5. gbpencen permalink
    January 11, 2011

    anak ada cartanya, ayah ada cartanya, cucu ada cartanya, menantu ada cartanya, SAYA lagi panjang carta-carta cintanya… yang anda semua belum tahu…

    nanti saya lukiskan.
    sebab carta cinta tidak mengenal usia. 100tahun pun masih mengiklankan cinta… hairankan ?

  6. January 11, 2012

    Salam..tumpang lalu n tumpang baca n3 d sini..menarik!g

  7. January 11, 2012

    Salam..tumpang lalu n tumpang baca n3 di sini..menarik!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Current month ye@r day *

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 4 + 11 ?
Please leave these two fields as-is: